Sunday 5 February 2012

NASI GORENG IKAN MASIN with KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU

NASI GORENG IKAN MASIN

Assalammualaikum...


Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).

Salam Maulidur Rasul 1433H buat semua pembaca yang beragama Islam.Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.

N3 pada petang nie ask sharekan resepi nasi goreng feberet asz time blajar di usm dulu...resepinya mudah,paling best jika gunakan ikan Tenggiri masin...nasi nie asz makan bersama kepak ayam panggang bermadu...yang lain tue terpulang lah pada selera masing2...;))


NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan nasi putih 
  • sayur kailan ( asz guna sayur sawi) 
  • garam 
  • sepotong ikan tenggiri masin 
  • sedikit lobak merah dan saderi (dipotong kecil)
  • minyak masak


Bahan tumbuk: 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • cili api (ikut suka)


Cara-cara Penyediaannya:
  • Goreng ikan tenggiri masin yang telah dipotong kecil ke dalam minyak masak yang telah panas. 
  • Masukkkan bahan tumbuk dan kacau bersama ikan masin tadi. 
  • Masukkan garam secukup rasa (sikit je pasal dah ada ikan masin)
  • Masukkan sayur sawi,lobak merah dan saderi bersama nasi putih. 
  • Gaulkan sehingga masak dan angkat untuk dihidangkan di atas pinggan. 
  • Sedia untuk dimakan.




KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU

Bahan-bahannya:
  • 4 keping kepak ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 3 sudu besar madu
  • 2 ulas bawang putih-di sagat
  • sedikit halia-di sagat

Cara-cara Penyediaannya:
  • Gaul semua bahan bersama dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam
  • Panggang atas bara atau boleh jugak di panggang dalam oven dgn kepanasan 180 bergantung pd oven masing2. (asz dlm oven je)
  • Hidangkan panas2


2 comments:

  1. Lama tak masak nasi goreng ikan masin.

    ReplyDelete
  2. tue la..asz p pasar tani,nmk ikan tenggiri masin tue yg buat ....

    ReplyDelete