Salam sayang buat semua....lama dah asz tak bersiarankannn... hari nie br berkesempatan mengupdate....
N3 hari nie adalah CC yang asz buatkan khas untuk students form 3 yang dapat A untuk subjek Matematik PMR tahun lepas dan guru-guru yang mengajar mereka iaitu Kak Norani Ahmad, Kak Intan, Kak Siti Hajjar Sidek dan Siti Hajar Johari.
Terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak iaitu daripada pentadbir, guru-guru panitia dan pelajar-pelajar... semoga ini menjadi sebagai satu motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini...iaitu PMR yang terakhir...untuk lebih cemerlang dan bilangan A yang lebih ramai...InsyaAllah.
VANILLA ALMOND CUPCAKE
Bahan-bahannya:
- 220 g tpg gandum
- 180 g mentega
- 140 g gula halus
- 2 biji telur
- 80 ml susu segar
- 50gm serbuk badam
- 25 gm kepingan badam
- 2 cmt esen vanilla
- 2cmt baking powder
Cara-cara Penyediaannya:
- Putar mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu.
- Apabila sebati tambahkan esen vanilla dan masukkan tepung + baking powder(yg diayak bersama tepung) berselang dgn susu segar kacau perlahan.
- Masukkan serbuk badam dan kacau sebati
- Masukkan adunan ke dalam cup dan taburkan kepingan badam diatasnya dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 c
- Selepas siap di bakar, sejukkan dan letakkan coklat glaze kemudian hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
CHOCOLATE GLAZE
Bahan-bahannya:
- 300 gm coklat masakan gelap
- 370 gm Heavy cream
- Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...
Cara-cara Penyediaannya:
- Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
- Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
- Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
- Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
- Laetakan ke atas cup cake dan hiaskan mengikut kreativiti masing2....