Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

SERAWA DURIAN + PULUT + LEMPENG






















Assalammualaikum
Selamat malam semua...lama sudah tidak ketemuan...rindu pula rasanya...  ;)

Maaf lah tuan rumah kesibukan menyediakan diri dan anak2 bila tiba musim persekolahan...

Anak sulung asz tisya dah melangkah ke darjah satu dan haziq pula ke tadika... terasa tua pula bila anak dah mula bersekolah...kalau dah masuk "u" pula nanti terasa ape yea???? hehe
Selamat belajar anak2 ummi... semoga beroleh keberkatan dan dimudahkan dalam segala urusan pembelajaran..... :))

Rasanya tak terlambat asz nak mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013" buat semua rakan2 bloger dan teman2 tersayang... Semoga tahun ini menjadi lembaran baru yang lebih baik...


Masa lalu adalah kenangan...masa kini adalah kenyataan...masa depan adalah harapan...selamat tinggal kenangan...selamat datang harapan....

Selamat Tahun Baru 




Sempena cuti tahun baru yg lepas...pagi2 lagi asben dah minta buatkan lempeng cicah serawa durian..kebetulan ada lagi 2 biji hasil membeli belah di pasar malam yg lps...pulut pun mmg ada stok...apa lagi...ke dapur rendam pulut la dulu...hehe, kurang2nya kena rendam 2 jam...tapi lama skit pun lg bgs...cepat skit masaknya...

Asz buat lebih pulut dan serawanya...buat sedekah kawan2 makan di sekolah esoknya...





SERAWA PULUT & LEMPENG DURIAN


SERAWA DURIAN

Bahan-bahannya:

  • 2 biji isi durian
  • 3 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1/2 ketul gula melaka(dihiris nipis)-kalau xde gula perang/gula merah pun boleh
  • 5 sudu gula pasir (kalau nak manis atau tawar bolehlah ditambah atau kurangkan gulanya)
  • sehelai daun pandan (simpulkan)
  • 1 cawan air (utk larukan gula melaka dan tapiskan)
  • 2 sudu tepung jagung (utk pekatkan sedikit kuahnya)
  • secubit garam (utk rasa yg lebih lemak)

Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan santan, air, isi durian,gula melaka yang telah dilarutkan,gula pasir dan garam.
  • Kacau rata hingga mendidih dengan api sederhana.
  • Masukan bacuhan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga kuahnya agak pekat.
  • Tutup api dan hidangkan bersama pulut/lempeng/roti jala/roti buku...











PULUT

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan beras pulut (dibilas bersih dan direndam sekurang2nya 2 jam)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu minyak masak (utk dapatkan pulut yg cantik berkilat)
Cara-cara Penyediaannya:
  • Panaskan pengukus
  • Tanak beras pulut dan masukkan santan, air, garam,minyak masak dan daun pandan.
  • Gaul rata, agar semua pulut masak sekata.
  • Masak sehingga pulut betul2 masak
  • Hidangkan bersama serawa durian tadi






LEMPENG



Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara Penyediaannya:

  • Satukan tepung gandum, air & garam dan kacau sebati.Nak senang blendkan saje...lagi cepat... :)
  • Panaskan kuali leper, lagi senang kalau guna non stick pan, sebabnya tidak perlukan minyak yang banyak.
  • Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. 
  • Masak dengan api pelahan. 
  • Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  • Bila dah agak kekuningan tandanya lempeng dah masak.
  • Hidangkan bersama serawa durian tadi.












Monday, 24 December 2012

MIHUN GORENG TOM YAM

Assalammualaikum





Selamat pagi dan salam sayang buat semua....pagi yang agak mendung di Putrajaya...jgn ada yang monyok jer pagi2 nie kat tempat kerja tau..... opis mungkin agak lengang hari nie kann... maklum la,ramai yang sambung cuti sempena cuti  Krismas esok...sabau jela yea...hehe







Dah sarapan???jom join skali....:))

Hari nie menu bihun goreng tom yam... sesekali buat...mmg kena dgn selera...dapat pulak kopi "O" panas... aduhhh....segar skit pepagi nie...








MIHUN GORENG TOM YAM

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus mihun - direndam dan toskan apabila  lembut
  • 20 ekor udang
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit udang kering (dikisar)
  • 1/2 magkuk isi ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 kiub perencah tomyam (asz guna cap knorr- cap maggi atau cap x pun boleh)
  • 2 sudu cili mesin - asz tambah untuk lebih rasa pedas
  • 2 biji telur
  • 3 sudu kicap
  • seikat sawi - basuh dan dipotong kecil
  • semangkuk tauge (dibuang kepala hitamnya)
  • 2 helai daun limau purut - disiat2kan
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang putih,bawang merah,udang kering dan serai hingga wangi. 
  • Masukkan cili mesin dan ayam, kemudian kacau rata.
  • Masukkan pula perencah tomyam. Goreng dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan biarkan seketika baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam, kicap dan gula secukup rasa. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan sayur sawi dan juga daun limau purut yg telah disiat2kan
  • Masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut
  • Akhir sekali masukkan tauge dan kacau sebati ( asz masuk last skali sebab sukakan tauge yang still rangup) 
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan perahkan asam limau.











Tuesday, 18 December 2012

CUCUQ UDANG RANGUP





Assalammualaikum
Selamat sejahtera dan selamat petang semua...baru bangun tidoq ka cikgu2??? 

Esok kuar dah result PMR....waaaaa...risau +takut+gementar+runsing+berpoloh2....tapi tidur tetap nyenyak..makan tetap kenyang...hehe..
Ape2 pun aku redha dengan ketentuanNYA... semoga anak2 didikku tersayang memperolehi result yang cemerlang dan terbaik...terutamanya subjek matematik....aminnnn

Lapaq pulak petang2 nie kannn....hujan pulak tue....aduhhhh..

Nak makan ape....?nak makan ape....???  hehe...






Jom layan cucuq udang nak...???asz suka buat bancuhannya agak cair sedikit dari biase..supaya dapat banyak telinga kat cucuq udang tue...sedap makan kalau bunyi krup krap krup krapppp tue....dapat pulak tisya...tue je dulu dia carik...

Teringat zaman belajar di usm dolu2....  sanggup berjalan kaki 2 jam dari jeti ke Pulau Tikus semata2 nak makan "pasemboq yang sedap sangat" yang diura2kan oleh apai....huhu... sampai2 je bukan selera dah...layan penat kaki jer...apai jer yang perabiskan semuanya...macam nak nangis jer aku ngan reen time tue.... tapi tue yang jadi memori terindah buat aku+reen+apai...sure gelak + senyum sumbing bila teringatkan balik...rindu sangat kat dia orang...  :( 

Asz x suka letak baking powder atau pun yis...tapi yang gemarkannya untuk dapatkan cucuq udang gebus boleh la ditambahkan yea...





CUCUR UDANG RANGUP

Bahan-bahan penyediaannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 2 cawan udang
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 cawan tauge (dibersihkan dan dibuangkan kepalanya)
  • 1 cawan daun kuchai (dibersihkan dan hiriskan kecil)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu garam halus
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng






Cara-cara Penyediaannya:

  • Campurkan semua bahan dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
  • Gaulkan rata bahan-bahan tadi.
  • Masukkan telur dan air sedikit demi sikit sambil dikacau rata.
  • Habiskan kesemua air dan kacau rata.Kalau bancuhannya agak pekat,tambah sedikit air lagi.
  • Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
  • Ambil senduk kecil atau sudu, sudukan bancuhan cucur tadi 
  • Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
  • Bila cucur mulai timbul,bagi mengaringkan semua bahagian cucur,cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
  • Terbalikkan cucur dan goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
  • Bila dah garing, angkat dan toskan atau pun alaskan dgn tisu makanan supaya dapat serap minyak yang berlebihan.
  • Hidangkan cucur sementara masih panas...cicah bersama kuah lada atau kuah kacang.






SOS LADA


Bahan-bahannya:

  • 5 tangkai cili merah
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 sudu gula merah/gula melaka
  • 1 1/2 cawan air asam jawa atau 2 keping asam keping        (kalau guna asam keping sukatan air biasanya sama ) 
  • 2 ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • sedikit bijan sebagai hiasan


Cara-cara Penyediaan sos lada :

  • Masukkan cili,bawang putih dan air asam jawa/air ke dalam mesin pengisar kecuali asam keping.
  • Mesin sehingga halus, masukkan ke dalam periuk
  • Masukkan gula pasir,gula merah/melaka/asam keping dan garam. 
  • Masak dengan api perlahan hingga pekat.
  • Sejukkan,taburkan sedikit bijan dan bolehlah di hidang.










Saturday, 29 September 2012

ROTI JOHN LADA HITAM...

ROTI JOHN LADA HITAM



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua...






Ke mana kita hari nie???asz dah di kampung skrg....sejak raya yang lps, baru minggu nie berkesempatan nak balik Melaka...rindu sgt dh dgn semua di kampung...sudah pastinya rindukan emak n masakannya yg tip top...dapat pulak kalau mak buat sarapan roti canainya...fuhhhh...kn bg tau nie..hehe

N3 petang nie asz hidangkan menu Roti John Lada Hitam....selalunya roti nie asz buat tuk bekal ke sekolah...menu lengkap ngan sayur2annya dan kenyang smpi petang...roti Perancis nie panjang, asz bahagi 2...yang  separuh lg asz bagikan jiran depan rumah, kak Ros....







ROTI JOHN LADA HITAM



Bahan-bahannya:

  • 1 buku roti Perancis (kalau di Melaka ada jual roti John)
  • 1 sudu besar daging cincang 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji telur 
  • serbuk lada sulah / lada hitam
  • garam
  • sos cili 
  • mayonis 
  • tomato 
  • salad
  • kubis ungu 
  • timun 
  • minyak






Cara-cara Penyediaannya:


  • Bawang besar dipotong kiub 
  • Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu 
  •  Masukkan daging cincang 
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam 
  • Masak hingga agak kering kemudian angkat 
  • Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata 
  • Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak 
  • Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan 
  • Tekapkan roti Perancis yg telah dibelah dua (jgn putus
  • Masak sampai kekuningan,dan angkat.
  • Letakkan timun,tomato,bawang racik, sos cili dan mayonis. 
  • Hidangkan ketika masih panas k.














Sunday, 23 September 2012

NASI LEMAK PANDAN bekalan ke Fraser Hill

NASI LEMAK PANDAN


Assalammualaikum ....dan selamat berhujung minggu yg tinggal beberapa jam jer lagi...:))







Nasi lemak nie asz buat untuk bekalan asz dan family ke Fraser Hill pada hari Isnin sempena cuti Hari Malaysia yang lepas. Asz p meneman suami p kayuh basikal di sana bersama abangnya dan member2nya yang lain....

Kebetulan terjah blog kak Hana....tertarik asz tgk menu nasi lemak pandannya...tue yg try test...:)) rasanya sama hebatnya dengan nasi lemak ori....tapi kelainan dr segi kalernya yang menarik....cube2 la yea nnti  :))




NASI LEMAK PANDAN
Sumber : Kak Hana's Family


Bahan-bahan

  • Beras
  • Air pandan secukupnya (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pewarna hijau


Cara-cara Penyediaannya:

  • Basuh beras bersih. 
  • Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler hijau kurang menarik, tambah sedikit dgn kaler hijau k...:))
  • Masukkan ke dalam rice cooker dan masak.
  • Dah masak  gaulkan supaya santan sebati dengan nasi.
  • Hidangkan bersama hidangan sampingannya yg lain iaitu sambal ( asz buat sambal sotong kering dengan ikan bilis) ,ikan bilis goreng, telur dadar dan timun.































SAMBAL SOTONG KERING

Bahan-bahannya :

  • 7 ekor sotong kering
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 bj bawang besar (2 biji dikisar dansebiji lg diracit)
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa



Cara-cara Penyediaannya:


  • Sotong dibersihkan & disiang.
  • Lada kering dan bawang besar di kisar halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15 minit.
  • Masuk sotong kering dan ikan bilis dan gaulkan rata.
  •  Masuk pula kicap pekat,garam & gula secukup rasa. 
  • Gaul sekata selama 10 minit dan terus angkat untuk dihidangkan.















Sunday, 29 July 2012

ROTI CANAI EMAK yang TIP TOP

ROTI CANAI


Assalammualaikum
dan salam sejahtera dan selamat pagi buat teman-temanku....



Sebut je roti canai...tekak dah mula la terasa2 roti canai mak... asz memang rasa roti canai mak yang terbaik yang pernah asz makan setakat ni. Kalau dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. 

 Apa yang asz rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. 

Selalunya kalau ramai yang balik mak buat dalam sekilo tepung. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 14 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tue belum termasuk kalau ada yang request nak roti sardin atau pun roti telur... 

Tue yang takut xde sapa yang mewarisi resepi dan kepakaran tue asz pun cuba dan mengagahkan diri membuatnya... time2 bujang dulu mak suruh belaja buat dalam 2 keping jer...bila dah terer baru leh  nak buat sekilo tepung...hehehe











ROTI CANAI


Bahan-bahan :
  • 1 kilo tepung gandum 
  • 4 sudu majerin 
  • 500ml air 
  • 3 sudu susu pekat 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 biji telur









Cara-cara Penyediaannya: 

  • Taburkan tepung di atas meja/dulang . 
  • Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah) 
  • Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah. 
  • Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung. 
  • Tuang air sedikit demi sedikit. 
  • Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut. 
  • Biarkan doh tadi selama 2 jam. 
  • Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin. 
  • Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam. 
  • Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing2...




*1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 14 keping roti 
  canai. Mengikut size sendiri.