Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

FISH FILLET with YOGURT MINT-SAUCE



As salam dan selamat pagi buat semua...
Semoga beroleh keberkatan dan kejayaan hendaknya hari nie....terutamanya buat pasukan olahraga SMKPP11(2)...




Buat sahabat ku deena semoga kau terus ceria bersama meraka yang tersayang...

Hati ini ALLAH yang berikan untuk kita...
Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata...
Tapi janganlah lupa...
Hebatnya hati juga boleh menghancurkan Iman kita...
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu...
Jadi jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya...
Kadangkala kita terlalu menjaga hati orang lain... 
Sehingga membuatkan hati kita sendiri terseksa...

















Tahniah buat semua atlet yang berjaya mendapat pingat dan bagi tidak, InsyaAllah ada rezeki akan datang,...yang penting anda dah berusaha sebaik-baiknya dan mencapai the best PB masing-masing... bangga dengan ilman... starting from zero...dan baru berjinak-jinak dgn sukan semasa dia form 4 tapi semangatnya harus di puji...hehe..bagi yang terlibat untuk acara petang nie...Best of luck k... :) 


Kadangkala bukan mudah mendapat penghargaan daripada orang lain... cukuplah Allah SWT yang mengetahui dan menghargainya...InsyaAllah  :)

Entri hari ini sepatutnya asz sertakan bersama dengan entri lamb chop tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan...asz tangguhkan dulu...


Fish fillet nie asz buatkan kuahnya berasingan dengan lamb chop...tapi kalau di makan dengan gravy cendawan yang ada pun sedap jugak.


Kuah untuk fillet asz buatkan yogurt mint-sauce...memang beri kelainan rasenya...kena cuba baru tau...hehe











FISH FILLET with YOGURT MINT-SAUCE

Bahan-bahannya:
  • 4 keping kepingan ikan dory (di potong 2)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 inci halia - kisar 
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk tepung ubi/ tepung gandum
  • 1 mangkuk breadcrumps











Cara-cara Penyediaannya: 

  • Perap isi ikan tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram & garam. 
  • Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
  • Panaskan minyak yg byk dlm kuali. 
  • Pecahkan telur dan kacau rata
  • Ambil isi ikan dory tadi dan lumur ikan dengan tepung ubi/gandum sehingga rata
  • Celupkan ke dalam telur. 
  • Lumur pula dengan breadcrumps
  • Masukkan dlm minyak yg panas 
  • Goreng hingga garing. 
  • Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak. 
  • Hidangkan bersama-sama salad dan garlic bread atau wedges.









YOGURT MINT-SAUCE

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan plain low-fat yogurt
  • 1/2 batang timun (dibuang kulit dan bijinya)
  • 2 tangkai daun parsley
  • 3 helai daun pudina



Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan bahan-bahan tersebut dan dikisar halus.
  • Siap untuk dihidang bersama fish fillet tadi.




GARLIC BREAD
Bahan-bahannya:
  • Roti Perancis
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu mentega
  • 3 tangkai daun ketumbar
Cara-cara Penyediaannya:
  • Blend kering bawang putih bersama-sama daun ketumbar.
  • Gaulkan bersama mentega dan sapukan pada roti perancis yang telah di potong tadi.
  • Bakar selama 10- 15 minit pada suhu 140c
  • Hidangkan bersama fish fillet tadi atau buat cicah dengan gravy :)




Sunday, 6 October 2013

NASI DAGANG KELANTAN senang jer rupanya.... :)



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua...
setelah beberapa bulan menyepi...timbul balik asz...hehe...hari nie baru berkesempatan mengupdate blog yg telah bersawang tebal....hehe..

Minggu nie asz sibuk menguruskan barang2 keperluan mak untuk menunaikan haji, alhamdulilah mak selamat berangkat ke Makkah semalam...rezeki yang tak diduga...mengantikan anak buah abang ipar yang tak dpt pergi disebabkan masalah mahram....semoga mak dikuatkan semangat,kesihatan yg baik dan dapat menziarahi kubur arwah abah di sana...sampaikan salam rindu kami kpd arwah....InsyaAllah mak balik pada 16 Nov ...sama tarikh arwah abah meninggal...Al-Fatihah dr kejauhan...rindu yang teramat sangat ...yang xdapat dilontarkan dgn kata2...semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....amin


Petang nie asz nak kongsi bersama menu yang tertangguh lama sudah....menu yang asz dan husband suka sgt...kalau p pasar malam hari Isnin/Khamis di rumah kakak di Salak Tinggi sure beli...tue la kannn...tak kenal maka x chintaaaa....


Dulu sebut jer ikan tongkol...kembang jer rase tekak nie...pada hal...try pun tidak.... alih2 bila sekali cube... wowwww...terangkat u...hehehehe....lepas2 tue selalu la membeli...tp kdg2 terkena juga gulai yang tak kena dengan selera...tue yang cuba juga membuatnya...terpaksa la minta tolong dengan kawan2 pantai timur resepinya...dan berasnya Masnun yang belikan dari Kelantan...tqsm  & sayang u olss...  :)


Dan yang memalaskan asz buat selama nie...sebab ada yang ajar...nasinya perlu dikukus...pastue kena kuarkan dan gaulkan pula dgn santan dan bahan2 yang lain...so yang nie asz terus jer guna rice cooker....mudah begitu...macam masak nasi lemak...sesuai la ngan asz yang pukul 6 lebih baru sampai rumah... :)


NASI DAGANG KELANTAN versi mudah....






NASI DAGANG

Bahan-bahannya:
  • 1  kg beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 4 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
  • 1 sudu besar rata halba
  • santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
  • santan cair 2 cawan (sesuaikan dgn sukatan air beras)




Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 2 - 3 jam. Toskan.(asz rendam sekejap jer)
  • Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi dan curahkan santan tadi serta bahan2 hirisan dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
  • Apabila sudah masak gaul sebati nasi dagang itu tadi.
  • Sedia di nikmati bersama dengan gulai ikan tongkol.



 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahannya:
  • 1 kg ikan tongkol (di siang & dibasuh bersih)
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi akar
  • 3 cm lengkuas ~ dihiris
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 biji kelapa (1 cawan santan pekat,2 cawan santan cair)
  • 1 batang timun ~ dipotong serong
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu serbuk jintan putih }
  • 1 sudu serbuk jintan manis}di gaul rata
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam}
  • garam secukup rasa













Cara-cara Penyediaannya:
  • Ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...biar seketika
  • Racit halus bawang merah, bawang putih, lengkuas,serbuk kunyit.
  • masukkan bahan-bahan yang telah di racit ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama rempah2nya
  • Kemudian, masukkan bawang yang siap digaul tadi, garam dan tumiskan hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit santan cair dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
  • Kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili api akar.
  • Kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih.
  • Hidangkan bersama-sama nasi dagang.








ACAR TIMUN

Bahan-bahannya:
  • 2 biji timun 
  • 1 biji lobak merah (carot)
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • sedikit cuka (asz x letak)



Cara Penyediaannya:
  • Cuci timun dan carot diracit halus memanjang (kecuali bahan empulurnya bg timun). 
  • Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.















Thursday, 18 July 2013

PENANGAN LIMAU PAGAR DALAM MASAKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI API






Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua .... 






Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Walaupun dah menjengah 9 hari berpuasa tak terlambat lagi rasanya asz  ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa sahaja tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa...InsyaAllah...

Kita sebagai suri rumah juga tak ketinggalan berperang dgn dapur bagi menyediakan juadah berbuka. Besar pahalanya bila menyediakan makanan untuk orang berbuka nie kannn...
Bagi asz menunya xperlu lah terlalu hebat dan membazir sangat...cukup sekadar untuk mengalas perut dan makanan tersebut menjadi kegemaran suami dan anak-anak...kalau buat ikut selera kita...alamatnya ada yang terbuang pula...

Menu asz kali nie, asz jamukan dengan masakan kampung... iaitu keli salai masak lemak cili api dengan keladi... yang bestnya kali nie asz guna limau pagar sebagai ganti limau kasturi untuk memasamkan sedikit kuahnya...sape pernah cuba...pasti tau kehebatan limau nie...walaupun saiznya kecil berbanding limau kasturi tapi baunya lebih harum dan menyelerakan bila diperah ke dalam masakan.Asz dapat dari rumah kakak ipar ...kalau basuh ikan guna limau nie pun boleh...mmg mngancam tekak baunya.... Certry dan tengok gambarnya tau....:)










KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN KELADI

Bahan-bahan:

  • 6 ekor atau secukupnya ikan keli salai
  • 10 biji cili api (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)~ ditumbuk /blend
  • 1 inci kunyit hidup @ 1/2 sudu atau secukupnya serbuk kunyit~ditumbuk/blend
  • semangkuk keladi yang telah direbus setengah masak
  • Santan secukupnya
  • 5 biji perahan limau 2 keping asam keping/gelugur
  • Garam dan gula.







Cara-cara penyediaan:


  • Masukkan bahan yg telah ditumbuk/blend ke dalam kuali atau periuk. 
  • Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit ,keladi dan  asam gelugur/keping
  • Masakkan bahan tersebut sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan keli salai dan masaklah sehingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Akhir sekali baru diletakkan perahan limau
  • #Kuah terpulang kepada anda, kalau ingin berkuah lebihkan santan












Saturday, 19 January 2013

ASAM PEDAS PATIN TEMERLOH

Assalammualaikum dan selamat tengah hari buat semua yang tersayang....




Alhamdulillah dpt kembali berkongsi menu masakan setelah sekian lama menyepi....kesibukan apabila sekolah mula di buka dan bermacam2 tugas perlu diutamakan dahulu....dan sekali sekala saje dapat ber BW....maaf yea...;))






Pagi lagi dah asz keluar rumah hari nie, nak ke SMK9(2) untuk ke Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 oleh Tengku Adnan....yang terlibat hanya pelajar2 Tingkatan 2 dan Darjah 2....fuhhhh...kereta xyah ckp la...mmg full....kalau la sambutan ibu bapa ke Majls Mensyuarat Agung PIBG pun setara macam nie juga.... alangkah bagusnyakannnnn.........semoga duit RM100 tue dapat digunakan sebaik2nya....:)

N3 hari nie asz masakkan asam pedas ikan patin....biasenya patin masak tempoyak....kalinie asz buat asm pedas pula...dh nama pun org Melaka....patin nie abang ipar dan suami beli time mereka ke Temerloh hari tue.... masing2 mengirim sorang 5 ekor....ikan Patin yang dijual di pasar2 besar atau di pasar malam, tak berani pula nak beli..takut bila masak rasa payaunya kuat sgt...asz suka buat kuahnya pekat2....baru terangkat rasenya....hehe





ASAM PEDAS PATIN TEMERLOH 

Bahan yang dikisar:  

  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 1 inci halia 
  • ½ sd teh lada hitam 
  • 1 inci kunyit hidup
  • sebatang serai (diketuk) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • sedikit belacan

Bahan Yang Ditumis:

  • ½ sd teh halba 

Bahan-bahan Lain:

  • 5 keping ikan patin ~asz gunakn 4 keping belah kepala (dibersihkan) 
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 mangkuk lada mesin/ cili boh
  • 3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
  • 1.5 liter air 
  • 5 biji bendi / terung 
  • 1 sd besar garam 
  • 4 tangkai daun kesum/daun limau purut/daun kari
  • sedikit gula





Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis halba hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan lada mesin atau cili boh, kacau sehingga lada masak gunakkan api sederhana.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. 
  • Masukkan ikan dan sebatikan bersama daun kesum.
  • Masukkan air, bendi dan bahan lain 
  • Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat . 
  • Biarkan 5 minit baru diangkat dan hidangkan.



















Thursday, 20 December 2012

FILLET DORI GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum 




Selamat malam dan selamat beristirehat buat semua....terima kasih di atas kunjungan anda semua....

Semoga masakan yang dikongsikan menjadi idea berguna buat semua bagi menyediakan menu untuk santapan bersama yang tersayang...InsyaAllah

Alhamdulillah.... bersyukur sangat...keputusan PMR tahun nie sangat memberansangkan... Panitia Matematik dapat mengekalkan pencapaian A dan lulus 100%....berkat usaha semua guru Matematik kak Ani,kak Intan dan kak Hajjar, tak lupe juga buat zul yang banyak membantu dan beri galakan kepada pelajar2... buat anak2 didik teacher tersayang... 3P,3R dan 3E....it's rewards 4 your own effort.... ;) 

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan... teruskan usaha...ini baru permulaan buat kamu...PMR bukan segalanya... SPM nanti yang lebih penting,  so time tue nanti pulun betul2...InsyaAllah ada rezeki yang terbaik buat kamu...semoga terus berjaya sayang...

Terima kasih n love u all... tiada apa yang lebih mengembirakan bagi seorang guru...bila melihat kejayaan anak2 muridnya....tq so much  ;)




Maaf yea ...nie adalah N3 tertangguh... asz masak bersama brussels sprout goreng butter hari tue...xdan nak mengupdate sekali....

Fillet ikan nie, boleh di beli di pasaraya...asz beli di Carefour Alamanda..murah sangat,2 keping 500gm ,RM3.50... kalau macam asz nie ada 4 orang...cukup jer... kalau nak makan lebih,boleh lah beli yang sekilo...;)

Kalau rajin boleh lah buat sosnya sekali...ade yang makan bersama sos sweet sour @ sos lemon @ sos lemon... Asz buat fillet nie just cicah sos dan thousand island, berulamkan brussels sprout...
sekali skala ubah selera apa salahnya kannn....hehe...








 


FILLET DORI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 2 keping fillet ikan dori atau boleh guna isi ikan tenggiri/merah
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu jintan manis ~ blend halus
  • 1/2 sudu ketumbar ~ blend halus
  • 2 ulas bawang putih ~ blend halus
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • sedikit air garam halus
  • 2 biji telur
  • Minyak masak secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan semua tepung, serbuk kari,jintan manis,ketumbar,lada hitam, bawang putih dan air garam.
  • Gaul rata kesemua bahan-bahan tersebut.
  • Setelah selesai, sediakan sebuah mangkuk kecil dan pukul telur sehingga kembang.
  • Kemudian, celupkan fillet ikan ke dalam telur dan salutkan dengan campuran tepung tadi.
  • Sediakan kuali dan panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah minyak betul-betul panas barulah dimasukkan fillet tadi dan goreng hingga garing.
  • Hidangkan panas2 bersama sos thousand island atau sos tomato bersama salad.(asz makan bersama brussels sprout goreng butter)