Saturday 31 March 2012

BLUEBERRY CHEESE CAKE order from K.Salwa..

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Assalammualaikum


Selamat berhujung minggu semua...mencuri masa berblog sekejap malam nie...sekejap lg dah nak ke sekolah. Malam nie giliran asz pulak tidur menjaga pelajar2 sekolah asz, bekhemah 3 hari 2 malam di sekolah.... teringat "camping" zaman2 sekolah dulu... macam2 barang yang diangkut dari rumah...nasib baik lesung batu x bawak...kalau tak macam leh angkut rumah sekalik...hehe


 Masa zaman di USM dulu join Kelana Siswa...pegang pulak jawatan QM Makanan...satu group pulak dengan angah,azmah dan pu-G, memang kecoh la time tue... rindu plak zaman2 blajar dulu kan... hermmmm...


N3 malam nie ditempah oleh kak Salwa...teringin nak makan katanya...asz buatkan untuk berat 1.3 kg... lama dah asz tak buat ciskek nie...memang feberet asz dan anak2 buah asz yang lain...sedap bangat!!! 









BLUEBERRY CHEESE CAKE
 by :  Along Roz (My Resepi)


Bahan-bahan Untuk Base:

  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive (kalau xde, apa2 biskut pun boleh)

Bahan-bahan Untuk Filling:

  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 sudu perahan lemon atau perisa vanila
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream 
  • 3 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling












Cara-cara Penyediaannya:

  • Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  • Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. 
  • Campurkan gula, parutan & jus lemon (atau perisa vanila) dan tepung jagung. 
  • Pukul lagi sehingga smooth.
  •  Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. 
  • Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. 
  • Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  • Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  • Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
  • Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). 
  • Sejukkan sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong.( Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  • Untuk topping,ratakan filling blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.













TQSM k.salwa..:))

Friday 30 March 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE order from KELAB GURU SMKPP11(2)

CHOCOLATE MOIST CAKE

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua readers....









Kek nie order dari k.ayu iaitu pengerusi kelab guru sekolah asz untuk Perhimpunan Bulanan bagi meraikan Besday guru2 yang lahir dari Januari hingga Mei...:))



CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:


  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder








Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.







CHOCOLATE GLAZE


Bahan-bahannya:
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream
Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.


*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...

Cara-cara Penyediaannya:

  • Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  • Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
  • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  • Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
  • Alas redai dengan tray atau dulang.
  • Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
  • Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
  • Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
  • Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.












TQSM k.ayu...:))

Thursday 29 March 2012

IKAN SEMBILANG BERSAMBAL

IKAN SEMBILANG BERSAMBAL


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua




Fuhhh....fuhhh...berabuk dah blog asz setelah 4 hari off...hehehe.Agak sibuk minggu nie...lepas sekolah asz terus ke sekolah Presint 16 untuk latihan pusat bola jaring team Putrajaya,lepas tue singgah tinjau team bola tampar sekolah bertanding di Taman Pancarona dan malamnya pula menyiapkan tempahan kek dan cup cake,lepas tue dah tentu tidur x sedar diri dah...:))

N3 hari nie asz masukkan menu biasa bagi semua suri rumah terutamanya dapat en.asben yang gemar ikan sembilang...Tapi asz x berani nak beli ikan nie di pasar2 biasa...sebab ada yang kata ikan tue di bagi makan dengan perut ayam,tue yang bertentu jugak asz beli ikan nie. Selalu beli dengan orang kampung je,yang dah kenal orangnya...

Ikan nie kalau disalai kemudian masak lemak cili padi dengan pisang lagi la menyelerakan, ada juga yang disalai dan cicah air asam macam asz makan di rumah kakak ipar asz, k.ezan...masa tue bau air asam k.ezan buat pun dah terkecur air liur...hehe. Makan pula ramai2 time tue, kakak k.ezan,uda pun ada sekali dengan anak dan menantunya...ape lagi laju je la makan...memang sedap, tapi bagi ikan yang dicicah air asam kena la salai lama sikit, kalau masak lauk embal2 pun ok...







Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering kerinting
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar belacan

Bahan untuk ikan :

  • 4 ekor ikan sembilang (yg besar asz kerat 2)
  • Bersihkan ikan basuh dan toskan. 
  • Letak garam dan serbuk kunyit dan goreng seperti biasa.



Cara-cara Penyediaan Untuk Sambal  :

  • Panaskan sedikit minyak, goreng cili dan bawang.
  • Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula pasir dan garam.
  •  Tumis semula bahan yang telah di tumbuk sehingga wangi dengan minyak jagung(minyak masak pun boleh) hingga garing.
  •  Masukkan garam, asam keping dan bila dah garing masukkan ikan goreng tadi. Kacau dan kemudian rasa.
  • Angkat dan makanlah dengan nasi putih.





Monday 26 March 2012

PUDING BUAH NAGA with SOS VANILA

PUDING BUAH NAGA

Assalammualaikum











N3 hari nie asz buatkan puding buah naga makan bersama sos vanila.Buah naganya asz beli di Tesco Nilai minggu lepas...Malam tadi asz bawakan ke rumah k.lang, campurkan sekali dengan buah longan dan ais...hurmmm sedap2...rasa pejal longan,dan puding yang lembik2 masuk terus jer dalam mulut...letak pulak ais...nyaman ja rasanya...:))







PUDING BUAH NAGA 
  

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar serbuk
  • 400 ml air
  • gula pasir 1 cawan
  • 1 biji isi buah Naga 














Cara-cara Penyediaannya Puding:

  • Rebus agar-agar bersama 200 ml air masukkan gula. 
  • Blender buah naga dengan 200 ml air dan tuang ke dalam adunan agar-agar tadi.
  • Kacau sebati.
  • Biarkan sekali didih & tutup api.
  • Masukkan ke dalam bekas acuan pilihan dan sejukkan dalam 2-3 jam.
  • Hidangkan dan makan bersama sos vanila.
















SOS VANILA


Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 s/b tepung karstad
  • 3 s/b gula











Sunday 25 March 2012

PISANG GORENG RANGUP makan panas2 ...

PISANG GORENG 

Assalammualaikum

Pisang goreng nie feberet arwah abah...arwah mmg rajin sangat tanam pokok pisang ,kalau setandan pisang masak ditebang. Maknanya berturut hari la menu goreng pisang...hehe . Dapat pulak makan panas2 mmg menyelerakan.


Di Putrajaya nie susah skit nak dapat kan pisang goreng.Memang xde langsung jual tepi2 jalan...kalau nak, kena la carik di Food Court yang bernasib baik  ada jual pisang goreng, tapi kalau susah sangat asz p jer Pasar Presint 8 beli pisang...balik rumah goreng...:))






PISANG GORENG 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu santan pekat (santan kotak)
  • 1.2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu marjerin
  • air secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:
  • Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil.
  • Setelah cair ,tutup api dan ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan kecuali marjerin cair dan air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit,gaul sebati (guna tangan pun boleh tapi guna senduk pun ok)
  • Pastikan adunan agak pekat ,pekatnya seperti santan kotak td.
  • Setelah adunan pekat sekata masukkan marjerin cair td,gaul rata.
  • Celupkan pisang yang telah di belah 3 atau 2 dan goreng sehingga garing, kemudian boleh la dihidangkan panas2 k.