Monday 19 March 2012

MEE LAKNA menu for breakfast...

MEE LAKNA 

Assalammualaikum dan selamat malam semua...








N3 hari nie asz nak sharekan menu breakfast di kampung asz minggu lepas iaitu mee  lakna. Anak asz memang penggemar setia menu berkuah nie...suka la dia dapat hirup2...Menunya pun mudah, nak lagi sedap letak la pelbagai perencah dan bahannya k..:))

MEE LAKNA  

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus mee kuning 
  • 3 camca besar minyak masak
  • ¼ kg daging ayam yang telah dibuang tulang dan dipotong kecil-kecil
  • ½ camca besar tepung jagung (cairkan)
  • 100 gm sayur kobis dan bunga kobis
  • 3 camca besar cendawan butang (jika ada)
  • 2 biji cili merah(dihiris)
  • 2 keping tauhu (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit kicap, garam secukup rasa
  • Secekak sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil carrot
  • Daun bawang, bawang goreng dan lada hijau /merah potong untuk hiasan









Cara-cara Penyediaannya:

  • Mee digoreng bersama minyak.
  • Masukkan 2 sudu kicap pekat.
  • Setelah lembut baru diangkat. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Masukkan bawang putih, daging ayam dan sedikit air sekurang-kurangnya semangkuk. 
  • Apabila sudah mendidih masukkan tauhu,carrot, kobis, bunga kobis, cendawan, cili dan akhir skali sawi.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan cecair tepung jagung tadi, garam dan kicap secukup rasa. 
  • Setelah masak, kuah ini dituangkan ke atas mee yang telah digoreng tadi.

    ....Hidangkan












8 comments:

  1. Salam Dik Asz ku... wah wah mee lakna menu sarapan yang menarik ni.. Kak Ani kalau dekat nak aja mintak sikit nih.. laju je Kak Ani makan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...k.ani cayanggg...bleh jer kak...nnti jln2 la cnie k..asz masakkn..;))

      Delete
  2. Salam Asz...
    terggoda mama tgk mee ladna Asz nie..hehehe

    ReplyDelete
  3. slm asz...nmpk sedap mme lakna tu...sesuai utk diet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak QH,mmg pun..sesuai sgt tuk berdiet...hehhe..

      Delete
  4. salam kenal .... :)) bestnya mee lakna ,kecur pulak tengok ... dah lama tak buat rindu pulak ... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wani..salam bekenalan juga..sekali skala buat untuk ubah selera mmg kecur liur juga seb makan..hehe

      Delete