Monday 24 December 2012

MIHUN GORENG TOM YAM

Assalammualaikum





Selamat pagi dan salam sayang buat semua....pagi yang agak mendung di Putrajaya...jgn ada yang monyok jer pagi2 nie kat tempat kerja tau..... opis mungkin agak lengang hari nie kann... maklum la,ramai yang sambung cuti sempena cuti  Krismas esok...sabau jela yea...hehe







Dah sarapan???jom join skali....:))

Hari nie menu bihun goreng tom yam... sesekali buat...mmg kena dgn selera...dapat pulak kopi "O" panas... aduhhh....segar skit pepagi nie...








MIHUN GORENG TOM YAM

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus mihun - direndam dan toskan apabila  lembut
  • 20 ekor udang
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit udang kering (dikisar)
  • 1/2 magkuk isi ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 kiub perencah tomyam (asz guna cap knorr- cap maggi atau cap x pun boleh)
  • 2 sudu cili mesin - asz tambah untuk lebih rasa pedas
  • 2 biji telur
  • 3 sudu kicap
  • seikat sawi - basuh dan dipotong kecil
  • semangkuk tauge (dibuang kepala hitamnya)
  • 2 helai daun limau purut - disiat2kan
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang putih,bawang merah,udang kering dan serai hingga wangi. 
  • Masukkan cili mesin dan ayam, kemudian kacau rata.
  • Masukkan pula perencah tomyam. Goreng dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan biarkan seketika baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam, kicap dan gula secukup rasa. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan sayur sawi dan juga daun limau purut yg telah disiat2kan
  • Masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut
  • Akhir sekali masukkan tauge dan kacau sebati ( asz masuk last skali sebab sukakan tauge yang still rangup) 
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan perahkan asam limau.











Thursday 20 December 2012

FILLET DORI GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum 




Selamat malam dan selamat beristirehat buat semua....terima kasih di atas kunjungan anda semua....

Semoga masakan yang dikongsikan menjadi idea berguna buat semua bagi menyediakan menu untuk santapan bersama yang tersayang...InsyaAllah

Alhamdulillah.... bersyukur sangat...keputusan PMR tahun nie sangat memberansangkan... Panitia Matematik dapat mengekalkan pencapaian A dan lulus 100%....berkat usaha semua guru Matematik kak Ani,kak Intan dan kak Hajjar, tak lupe juga buat zul yang banyak membantu dan beri galakan kepada pelajar2... buat anak2 didik teacher tersayang... 3P,3R dan 3E....it's rewards 4 your own effort.... ;) 

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan... teruskan usaha...ini baru permulaan buat kamu...PMR bukan segalanya... SPM nanti yang lebih penting,  so time tue nanti pulun betul2...InsyaAllah ada rezeki yang terbaik buat kamu...semoga terus berjaya sayang...

Terima kasih n love u all... tiada apa yang lebih mengembirakan bagi seorang guru...bila melihat kejayaan anak2 muridnya....tq so much  ;)




Maaf yea ...nie adalah N3 tertangguh... asz masak bersama brussels sprout goreng butter hari tue...xdan nak mengupdate sekali....

Fillet ikan nie, boleh di beli di pasaraya...asz beli di Carefour Alamanda..murah sangat,2 keping 500gm ,RM3.50... kalau macam asz nie ada 4 orang...cukup jer... kalau nak makan lebih,boleh lah beli yang sekilo...;)

Kalau rajin boleh lah buat sosnya sekali...ade yang makan bersama sos sweet sour @ sos lemon @ sos lemon... Asz buat fillet nie just cicah sos dan thousand island, berulamkan brussels sprout...
sekali skala ubah selera apa salahnya kannn....hehe...








 


FILLET DORI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 2 keping fillet ikan dori atau boleh guna isi ikan tenggiri/merah
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu jintan manis ~ blend halus
  • 1/2 sudu ketumbar ~ blend halus
  • 2 ulas bawang putih ~ blend halus
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • sedikit air garam halus
  • 2 biji telur
  • Minyak masak secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan semua tepung, serbuk kari,jintan manis,ketumbar,lada hitam, bawang putih dan air garam.
  • Gaul rata kesemua bahan-bahan tersebut.
  • Setelah selesai, sediakan sebuah mangkuk kecil dan pukul telur sehingga kembang.
  • Kemudian, celupkan fillet ikan ke dalam telur dan salutkan dengan campuran tepung tadi.
  • Sediakan kuali dan panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah minyak betul-betul panas barulah dimasukkan fillet tadi dan goreng hingga garing.
  • Hidangkan panas2 bersama sos thousand island atau sos tomato bersama salad.(asz makan bersama brussels sprout goreng butter)































Tuesday 18 December 2012

CUCUQ UDANG RANGUP





Assalammualaikum
Selamat sejahtera dan selamat petang semua...baru bangun tidoq ka cikgu2??? 

Esok kuar dah result PMR....waaaaa...risau +takut+gementar+runsing+berpoloh2....tapi tidur tetap nyenyak..makan tetap kenyang...hehe..
Ape2 pun aku redha dengan ketentuanNYA... semoga anak2 didikku tersayang memperolehi result yang cemerlang dan terbaik...terutamanya subjek matematik....aminnnn

Lapaq pulak petang2 nie kannn....hujan pulak tue....aduhhhh..

Nak makan ape....?nak makan ape....???  hehe...






Jom layan cucuq udang nak...???asz suka buat bancuhannya agak cair sedikit dari biase..supaya dapat banyak telinga kat cucuq udang tue...sedap makan kalau bunyi krup krap krup krapppp tue....dapat pulak tisya...tue je dulu dia carik...

Teringat zaman belajar di usm dolu2....  sanggup berjalan kaki 2 jam dari jeti ke Pulau Tikus semata2 nak makan "pasemboq yang sedap sangat" yang diura2kan oleh apai....huhu... sampai2 je bukan selera dah...layan penat kaki jer...apai jer yang perabiskan semuanya...macam nak nangis jer aku ngan reen time tue.... tapi tue yang jadi memori terindah buat aku+reen+apai...sure gelak + senyum sumbing bila teringatkan balik...rindu sangat kat dia orang...  :( 

Asz x suka letak baking powder atau pun yis...tapi yang gemarkannya untuk dapatkan cucuq udang gebus boleh la ditambahkan yea...





CUCUR UDANG RANGUP

Bahan-bahan penyediaannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 2 cawan udang
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 cawan tauge (dibersihkan dan dibuangkan kepalanya)
  • 1 cawan daun kuchai (dibersihkan dan hiriskan kecil)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu garam halus
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng






Cara-cara Penyediaannya:

  • Campurkan semua bahan dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
  • Gaulkan rata bahan-bahan tadi.
  • Masukkan telur dan air sedikit demi sikit sambil dikacau rata.
  • Habiskan kesemua air dan kacau rata.Kalau bancuhannya agak pekat,tambah sedikit air lagi.
  • Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
  • Ambil senduk kecil atau sudu, sudukan bancuhan cucur tadi 
  • Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
  • Bila cucur mulai timbul,bagi mengaringkan semua bahagian cucur,cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
  • Terbalikkan cucur dan goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
  • Bila dah garing, angkat dan toskan atau pun alaskan dgn tisu makanan supaya dapat serap minyak yang berlebihan.
  • Hidangkan cucur sementara masih panas...cicah bersama kuah lada atau kuah kacang.






SOS LADA


Bahan-bahannya:

  • 5 tangkai cili merah
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 sudu gula merah/gula melaka
  • 1 1/2 cawan air asam jawa atau 2 keping asam keping        (kalau guna asam keping sukatan air biasanya sama ) 
  • 2 ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • sedikit bijan sebagai hiasan


Cara-cara Penyediaan sos lada :

  • Masukkan cili,bawang putih dan air asam jawa/air ke dalam mesin pengisar kecuali asam keping.
  • Mesin sehingga halus, masukkan ke dalam periuk
  • Masukkan gula pasir,gula merah/melaka/asam keping dan garam. 
  • Masak dengan api perlahan hingga pekat.
  • Sejukkan,taburkan sedikit bijan dan bolehlah di hidang.










Sunday 16 December 2012

BRUSSEL SPROUT with Butter

Assalammualaikum 
Selamat pagi... semoga pagi ini membawa seribu rahmat buat semua... 





Ape tue yea Brussel Sprout????

Brussels Sprout berbentuk seperti kubis tapi kecil-kecil ukurannya. Tue yang 1st time asz tgk ingatkan kubis bantut...hehe.....Sayuran ini termasuk dalam keluarga kubis juga dan sangat digemari di Negeri Belanda .

Kandungan seratnya tinggi dan karbohidratnya rendah, tinggi vitamin dan katanya sesuai untuk pesakit diet Diabetes.

Asz juga pernah tengok di blog CMG...mmg teruja sangat nak merasanya... asz pulak mmg penggemar sayur2 yang rangup2 nie... abg mat buat guna madu n sawi mustard...asz jus goreng ngan butter +bawang putih+cili goreng...pun bagi asz dah sedap sangat...try la yea nnti...

Cube try tgk pokok dia...mmg unik sangatkan... tue la kehebatan sayur nie....SubhanAllah  :))


Gambar ehsan dari En. Google




Gambar ehsan dari En. Google










BRUSSEL SPROUT with BUTTER
Rujukan : CMG (Dapur Tanpa Sempadan)


Bahan-bahan Penyediaannya :
  • 250 gram Brussels Sprout
  • 3 ulas bawang putih, cicang halus
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 camca teh chili flakes (asz guna cili kering yg digoreng dan kisar)













Cara-cara Penyediaannya:

  • Mula keratkan sedikit bahagian bawahnya, kemudian buangkan daun2 yang kelihatan kekuningan.
  • Cuci bersih, selawat dan toskan. 
  • Buat belahan bersilang pada bawah semua brussels sprout .
  • Kukus brussels sprout tadi atas air mendidih selama 15 minit, angkat dan rendam dalam air berisi air batu, tujuan untuk membantutkan proses memasak. Biar berendam sekejap, boleh toskan.
  • Panaskan kuali atau non-stick pan. 
  • Panaskan mentega, tumis bawang putih dan chili flakes hingga harum dan juga secubit garam.
  • Kacau rata dan masukkan brussles sprout tadi, gaul rata dan masak sekejap hingga bahan2 bersalut. Boleh matikan api. 
  • Hidangkan segera sementara masih panas.












Friday 14 December 2012

RED VELVET CAKE

Assalammualaikum
Selamat malam semua....dinner ape yea malam nie..asz simple jer...sambal ikan parang ...alhamdulillah..kenyang...:))






RV kek nie ditempah khas ole GKMP Bahasa dan GKMP Sc+Math sekolah asz iaitu kak Asmah dan kak Ani...sempena  sambutan Hari Lahir guru2 yang lahir bulan Jun hingga Disember... Asz buatkan 2 tone...merah dan pink...sori x dapat nak postkan pic dalamnya...lupe bwk kamera...:))





RED VELVET CAKE

Bahan-bahan Untuk Kek :
  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda



* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.














Cream cheese frosting: 
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan  mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.








Cara-cara Penyediaan  Kek:  

panaskan oven: 175 c
  • Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  • Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. 
  • Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. ,masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  • Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Kemudian cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! .. kemudian terus masukkan dalam loyang pembakar...
  • Bakar selama 45 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco kek mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.... Selamat Mencuba    :))








TQSM Kak As n Kak Ani....:))

Thursday 13 December 2012

Just a Touch of Love...

Special for Angah...

Assalamualaikum


Bukan masakan yang asz nak postkan arinie... sekadar berkongsi minat dengan semua ...  ;) sebenarnya asz tgh dok pulun menyiapkan jahitan manik pada baju k.ngah... tue yg nk mengupdate masakan pun tertunda buat sementara waktu....





Khas untuk dipakai untuk hari konvokesyennya Ahad nie...asz dah jarang sgt menjahit... sekarang kalau jahit pun untuk baju2 sendiri @ anak dara asz @ mak @ kakak dan adik asz jer... kadang2 baru nak jahit tempahan... lain la dulu... time di Melaka n Kedah...nak terjojol biji mata nie bila nak menyiapkan tempahan manik...nak2 kalau musim raya...hehe....aduhhh x terkejar rasenya...asik kena stay up...haha 



Kalau di Melaka teman2 seperjuangan menjahit manik...kak ani, kak fizah dan kak faezah... selalu berkongsi kalau ade design2 baru..n sure lah akan bwk p sekolah nak tunjuk hasil masing2...happy sangat time tue....rindunya...dan di Kedah pula, asz selalu berkongsi minat dgn teman baik asz Sobri... mmg asz tabik la kat dia... rajin ya amat...sekarang siap ada butik...kalau duk dekat tue...mau dah jadik rakan kongsi ....  yea x sob???  hehe..gurau yea sob...  nanti boleh la jenguk2 blog dia yea...ataupun di FBnya...





Kak ngah x pernah ada baju dia yang bermanik rasenya...nie yg 1 st time kot asz jahit...Hopefully angah suka dgn jahitan nie....hadiah utk konvo yea...hehe.... Congrates!!!....finally...byk sgt rintangannya.... kalau arwah abah ada sure dia happy sangat ...Al-Fatihah buat abah....

we miss u...














Wednesday 12 December 2012

PUDING JELLY KONYAKU





Assalammualaikum 
Salam sayang dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang disayangi...
Bersua lagi hari nie....sempena cuti2 sekolah nie...boleh la asz mengadap....hehe...kalau tak...seminggu pun belum tentu asz update...;))




Alhamdulillah masih diberi peluang  menulis di blog kesayangan dan di samping tu dapat juga asz berkongsi resepi bersama teman-teman, masakan-masakan yang asz pernah cube,try n test...walau pun menunya tidak la sehebat mane...semoga perkongsian ini memberi input baru dalam menyediakan menu buat yang tersayang...




Hari nie asz nak sharekan dessert yang sangat mudah dan mmg sedap la kalau dimakan sejuk2...jelly nie agak mencabar juga mengunyahnya...agak liat2 sedikit...tapi best..hehe





PUDING JELLY KONYAKU

Bahan-bahannya:
  • 125gm serbuk konyaku jelly (yang dah ada gula dlmnya)
  • 500ml air
  • Buah-buahan (asz letak laici dan anggur)


Cara-cara penyediaannya:
  • Masak air hingga mendidih dan masukkan serbuk jelly.
  • Kacau hingga larut dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ke dalam acuan.
  • Masukkan buah-buahan tadi.
  • Biarkan sejuk seketika dan masukkan kedalam peti ais.
  • Hidangkan boleh juga dimakan dengan kuah kastard.










Thursday 6 December 2012

CREPE DURIAN

@ DURIAN CREPE

Assalammualaikum 
selamat malam buat semua...dan selamat melurus2kan pinggang yg dah sengal2 nie...hehe...asz pun baru dpt bermalas2 nie... urghhhhhh... wargghhhhh....(melampau).....;))





Crepe oooo....crepe....mmg tgh mengganas...mana la taknya...sana sinun asik kata demam crepe....aduhhh...risau tau dibuatnya!!! 

Sedap ke??? hebat sangat ke???apa yang bestnya???...mcm2 soalan menguasai kepala nie... bagi melegakan kerisauan + kerunsingan tue... asz kena cuba + try + test nie....maka asz  perlu la mengadap nota2 resepi dari sifu2 ternama... Kak ItaKak RahelEyna Haneyna (pencetus fenomena crepe nie), ZilaKak Ana dan ramai lagi sebelum membuatnya... hehe . Asz mohon share resepi daripada Kak Ita disini yea...:))





CREPE DURIAN
by : Kak Azlita Aziz

RESEPI CREPE

Bahan-bahannya:
  • 40 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung ubi
  • 20 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung kastard
  • 1 biji telur saiz A
  • 1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
  • 130 ml susu segar
  • 50 ml air (bergantung kepekatan)
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar gula halus
  • Pewarna kuning/hijau/oren
  • Perasa durian / durian paste 

Cara-cara Penyediaannya :
  • Satukan semua tepung kemudian di ayak
  • Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata ( asz guna blender je) ~ masukkan susu dan air dahulu baru blend skali dgn bahan2 lain....sonang...mcm buat roti jala..  hehe...
  • Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
  • Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
  • Kemudian di tapis




Crepenya....


Crepenya....



Isi durian.....

Cara Memasak Crepenya:
  • Sediakan pan untuk membuat crepe
  • Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
  • Kemudian perlahankan api ke sederhana
  • Oleskan pan dengan minyak makan atau butter 
  • Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
  • Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
  • Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
  • Tak perlu di balikkan
  • Buat sehingga habis
  • Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
  • Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  • Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu




Fresh Cream....























FILLING CREPE

  • 150ml fresh cream diputar hingga kental~ asz mix skali dengan 3 sudu isi durian
  • isi durian scukupnya

Cara membentuk crepe durian:

  • letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
  • lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah