Monday 21 January 2013

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE

Assalammualaikum dan selamat malam semua..








 Lama sangat rasanya tak membuat kuih nie...kalau time kecik2 dulu...bila tau jer mak nak buat kuih nie...suka la sangat....bukannya ape...suka nak menggetel menjadi bentuk bebola...xsabar punya pasal.....maka bermacam2 saiz la terhasil...gemuk bulat,bulat kecil, lonjong dan ada jugayang pecah terkeluar gulanya masa merebus...bila dah jdk mcm tue...mak ape lg...terus  tak bagi buat...siap pulak bagi sedikit doh untuk buat main2...hehe...gelak jer bila teringat balik...





Baru-baru nie asz beli di kantin sekolah rendah...hargenya nak tau brape???? 5 ketul RM2...emphhhh...mahal sangat rasenya...pada hal buatnya senang jer...tue yang bila x balik kampung minggu nie...siap la asz ke pasar cari kelapa dan bahan2nya yang lain...kali nie versi permintaan anak2...nak yang berwarna-warni...jgn gerun pulak tgk yea...hehe...

Haziq nak kaler hijau dgn biru...tisya pula kaler pink dan ungu...mak ayahnya pula belasah la ngappp keempat2 kaler tue semua...hehe




















BUAH MELAKA

Bahan-bahannya :

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan air (tambah airnya kalau adunan agak keras)
  • 1 ketul gula melaka/kabong - dipotong dadu kecil
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • secubit garam
  • 1/2 sudu pandan emulco (kalau guna daun pandan xyah letak)
  • sedikit pewarna 


*kalau gunakan perahan daun pandan (3 helai daun pandan + 1/2 air dan kisar,kemudian tapiskan airnya)









Cara-cara Penyediaannya:

  • Masukkan air dalam periuk dan didihkan.
  • Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas. Tuangkan air atau perahan daun pandan dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan sebentar
  • Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan gula melaka yang dipotong dadu kecil tadi ke dalamnya dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis
  • Apabila air sudah betul-betul mendidih, masukkan kesemua buah melaka yang telah siap tadi. 
  • Biarkan sehingga buah melaka tadi timbul dipermukaan air baru angkat.
  • Kelapa parut putih digaulkan dengan secubit garam
  • Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan hidangkan.













      Saturday 19 January 2013

      ASAM PEDAS PATIN TEMERLOH

      Assalammualaikum dan selamat tengah hari buat semua yang tersayang....




      Alhamdulillah dpt kembali berkongsi menu masakan setelah sekian lama menyepi....kesibukan apabila sekolah mula di buka dan bermacam2 tugas perlu diutamakan dahulu....dan sekali sekala saje dapat ber BW....maaf yea...;))






      Pagi lagi dah asz keluar rumah hari nie, nak ke SMK9(2) untuk ke Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 oleh Tengku Adnan....yang terlibat hanya pelajar2 Tingkatan 2 dan Darjah 2....fuhhhh...kereta xyah ckp la...mmg full....kalau la sambutan ibu bapa ke Majls Mensyuarat Agung PIBG pun setara macam nie juga.... alangkah bagusnyakannnnn.........semoga duit RM100 tue dapat digunakan sebaik2nya....:)

      N3 hari nie asz masakkan asam pedas ikan patin....biasenya patin masak tempoyak....kalinie asz buat asm pedas pula...dh nama pun org Melaka....patin nie abang ipar dan suami beli time mereka ke Temerloh hari tue.... masing2 mengirim sorang 5 ekor....ikan Patin yang dijual di pasar2 besar atau di pasar malam, tak berani pula nak beli..takut bila masak rasa payaunya kuat sgt...asz suka buat kuahnya pekat2....baru terangkat rasenya....hehe





      ASAM PEDAS PATIN TEMERLOH 

      Bahan yang dikisar:  

      • 1 labu bawang besar 
      • 5 biji bawang merah 
      • 25 tangkai cili kering 
      • 1 inci halia 
      • ½ sd teh lada hitam 
      • 1 inci kunyit hidup
      • sebatang serai (diketuk) 
      • 2 ulas bawang putih 
      • sedikit belacan

      Bahan Yang Ditumis:

      • ½ sd teh halba 

      Bahan-bahan Lain:

      • 5 keping ikan patin ~asz gunakn 4 keping belah kepala (dibersihkan) 
      • 1/3 cawan minyak masak
      • 1 mangkuk lada mesin/ cili boh
      • 3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
      • 1.5 liter air 
      • 5 biji bendi / terung 
      • 1 sd besar garam 
      • 4 tangkai daun kesum/daun limau purut/daun kari
      • sedikit gula





      Cara-cara Penyediaannya:

      • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis halba hingga kekuningan.
      • Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga naik bau.
      • Masukkan lada mesin atau cili boh, kacau sehingga lada masak gunakkan api sederhana.
      • Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. 
      • Masukkan ikan dan sebatikan bersama daun kesum.
      • Masukkan air, bendi dan bahan lain 
      • Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat . 
      • Biarkan 5 minit baru diangkat dan hidangkan.



















      Thursday 3 January 2013

      SERAWA DURIAN + PULUT + LEMPENG






















      Assalammualaikum
      Selamat malam semua...lama sudah tidak ketemuan...rindu pula rasanya...  ;)

      Maaf lah tuan rumah kesibukan menyediakan diri dan anak2 bila tiba musim persekolahan...

      Anak sulung asz tisya dah melangkah ke darjah satu dan haziq pula ke tadika... terasa tua pula bila anak dah mula bersekolah...kalau dah masuk "u" pula nanti terasa ape yea???? hehe
      Selamat belajar anak2 ummi... semoga beroleh keberkatan dan dimudahkan dalam segala urusan pembelajaran..... :))

      Rasanya tak terlambat asz nak mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013" buat semua rakan2 bloger dan teman2 tersayang... Semoga tahun ini menjadi lembaran baru yang lebih baik...


      Masa lalu adalah kenangan...masa kini adalah kenyataan...masa depan adalah harapan...selamat tinggal kenangan...selamat datang harapan....

      Selamat Tahun Baru 




      Sempena cuti tahun baru yg lepas...pagi2 lagi asben dah minta buatkan lempeng cicah serawa durian..kebetulan ada lagi 2 biji hasil membeli belah di pasar malam yg lps...pulut pun mmg ada stok...apa lagi...ke dapur rendam pulut la dulu...hehe, kurang2nya kena rendam 2 jam...tapi lama skit pun lg bgs...cepat skit masaknya...

      Asz buat lebih pulut dan serawanya...buat sedekah kawan2 makan di sekolah esoknya...





      SERAWA PULUT & LEMPENG DURIAN


      SERAWA DURIAN

      Bahan-bahannya:

      • 2 biji isi durian
      • 3 cawan santan
      • 3 cawan air
      • 1/2 ketul gula melaka(dihiris nipis)-kalau xde gula perang/gula merah pun boleh
      • 5 sudu gula pasir (kalau nak manis atau tawar bolehlah ditambah atau kurangkan gulanya)
      • sehelai daun pandan (simpulkan)
      • 1 cawan air (utk larukan gula melaka dan tapiskan)
      • 2 sudu tepung jagung (utk pekatkan sedikit kuahnya)
      • secubit garam (utk rasa yg lebih lemak)

      Cara-cara Penyediaannya:
      • Satukan santan, air, isi durian,gula melaka yang telah dilarutkan,gula pasir dan garam.
      • Kacau rata hingga mendidih dengan api sederhana.
      • Masukan bacuhan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga kuahnya agak pekat.
      • Tutup api dan hidangkan bersama pulut/lempeng/roti jala/roti buku...











      PULUT

      Bahan-bahannya:

      • 3 cawan beras pulut (dibilas bersih dan direndam sekurang2nya 2 jam)
      • 1 1/2 cawan santan pekat
      • 1 1/2 cawan air
      • 2 helai daun pandan (simpulkan)
      • garam secukup rasa
      • 1/2 sudu minyak masak (utk dapatkan pulut yg cantik berkilat)
      Cara-cara Penyediaannya:
      • Panaskan pengukus
      • Tanak beras pulut dan masukkan santan, air, garam,minyak masak dan daun pandan.
      • Gaul rata, agar semua pulut masak sekata.
      • Masak sehingga pulut betul2 masak
      • Hidangkan bersama serawa durian tadi






      LEMPENG



      Bahan-bahannya:

      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 cawan air
      • 1 sudu kecil garam
      • minyak masak secukupnya

      Cara-cara Penyediaannya:

      • Satukan tepung gandum, air & garam dan kacau sebati.Nak senang blendkan saje...lagi cepat... :)
      • Panaskan kuali leper, lagi senang kalau guna non stick pan, sebabnya tidak perlukan minyak yang banyak.
      • Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. 
      • Masak dengan api pelahan. 
      • Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
      • Bila dah agak kekuningan tandanya lempeng dah masak.
      • Hidangkan bersama serawa durian tadi.