Monday 2 December 2013

NASI ARAB MANDHI





Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pengunjung setia blog asz. Walaupun tuannya macam chips more...hehe sekejap ada sekejap hilang... bila dah cuti sekolah barulah asz berkesempatan nak mengupdate blog yang dah lama sangat bersawang... :)

Menu nie asz buat pada Khamis minggu lepas... adik dan mak datang singgah makan tengah hari sebelum mereka p bercuti...menu yang mudah cuma byk rempah ratus yang diperlukan dalam menu nie dan juga kebanyakan menu makanan arab yang lain...





Nie 1st time asz buat nasi arab..selalunya p makan di Marhabah (dpn MMU) atau di Saba' (Cyberjaya, order 2 set dah cukup untuk makan 4 orang...memang best nasi arabnya...boleh la p bila kelapangan...mmg x rugi, kalau ayam dalam rm8-10 dan kalau kambing dalam rm13-15.

Resepi nie asz ambil dari Blog Raidah, agak mudah cuma ada sukatan dan bahan yang asz tak gunakan.



NASI ARAB MANDHI
Sumber : Raidah

RESEPI AYAM
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( asz gunakan rempah campuran - ada asz sertakan dibawah bahan2nya )
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron (asz guna serbuk kunyit)
  • Aluminium foil.



Cara penyediaan ayam:
  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan serbuk kunyit(pewarna kuning). 
  • Perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. 
  • Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

##Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.








Resepi Nasi

Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus 
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning dan oren
  • Garam secukup rasa.







Cara penyediaan nasi:
  • Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. 
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  • Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering,titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan oren, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.



Resepi Sos Salatah:

Bahan-bahan sos:
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) 
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.




Cara penyediaan sos:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.




Sos Sadri Mayo

Bahan-bahan sos sadri:
  • 1 cawan mayonis
  • 3 batang daun sadri(dikerat pendek)
  • sedikit perahan lemon




Cara penyediaan sos sadri:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.





Homemade Rempah Kabsah 

Bahan-bahan rempah:
  • 1 sudu makan bunga cengkih 
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 sudu makan jintan manis 
  • 1 sudu makan jintan putih 
  • 2 sudu makan biji ketumbar 
  • 1 sudu makan buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit


Cara penyediaan rempah:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 tadi sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.


**Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.




Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato, kubis putih serta ulam2 kampung.
~ sedap di mKn bersama sos sadri.






19 comments:

  1. Assalamualaikum asmah mmg sdapkan nasi arab ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm UJ....mmg sedap...dan xrugi mencubanya UJ... ;)

      Delete
  2. Salam ...dah lama Asz menyepikan diri.....sedap tenguk juadah nasi arab Asz nie....
    MA pun dah lama xbuat juadah nie.....nanti bila senang MA nak cuba resipi Asz pulak.....izinkan MA copy resipi nie ye...
    Selamat bercuti & ceria selalu bersama keluarga tercinta......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm mama...maaf...kesibukan melanda...cuti sekolah br berkesempatan...semoga mama n family sihat san ceria sokmo...disamping juadah lazat yg mama sediakn...try mama..sekali skala buat puas ati dpt mkn ramai2...hehe...tqs mama..nie pun tgh bercuti ada family day di PD.... ;)

      Delete
  3. Kecur tgk asz..slalu buat kt umh..sbb ada pemint arab kt sini.he hee

    ReplyDelete
  4. Nk trylah resepi ni..biasa buat ayam grng rempah je..nk try ayam yg ni plak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tau rayhan...remoah campur bila dibakar mmg wangi. ;)

      Delete
  5. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah tue irfan...insyaAllah buat nnti saya order k :)

      Delete
    2. Saya dah dua kali order tapi beras tak sampai-sampai.Mungkin tahun 2015 Hafiz dah tak berniaga BERAS kot.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. teknik photografi tu yg bagus... awesome...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. What's Going down i am new to this, I stumbled upon this I've discovered It positively
    helpful and it has aided me out loads. I'm hoping to give a contribution & assist different customers like its helped me.
    Good job.

    Here is my page - gloom (Http://Bjnec.cn)

    ReplyDelete
  10. Asslamualaikum...sos saderi tu untuk makan dgn nasi jugak ke? Rasa sos tu macam yg kedai nasi Arab punya sos untuk cicah kebab ke? Sebab sekarang ni saya tgh cari resepi untuk buat sos kebab ayam... :D

    ReplyDelete
  11. Assalamialaikum...sos saseri tu untuk makan dgn nasi ke? Rasa dia sama dgn sos yg buat cicah kebab ke? Sebab saya Tgh cari sos yg sesuai dgn kebab ni... :D

    ReplyDelete