Showing posts with label SUP. Show all posts
Showing posts with label SUP. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

STEAMBOAT TOMYAM



Assalammualaikum dan salam hujung minggu buat semua....

Ke mana kita hari nie?Jom p shopping arinie....ada idea x mana tempat yg best shopping area KL?

Sogo?PV?Jln TAR+Masjid India?BTS?KLCC?hehe....last2 JJ Melaka gak asz p....haha...macam2 ada... 

Hari nie sebelum p jalan jom kita basuh dan bersihkan bunga2 lama dulu....sayangkannn....bunga lama bila dah dibersihkan n bila gubah balik...mcm bunga baru dah...cer ubah skit bentuk dan gaya gubahan tue sure cantik balik macam bunga baru....dan yang plg penting jimat skit  :)  






Apa menu buka hari nie?asz pun kadang2 abis idea gak....kdg2 rasa mcm2 nak buat... tapi tukang makannya...3 org jer....yg kecik 2 org tue xleh nak kira sgt...mkn ikut selera dia aje...bila buat tue...mmg rezeki jiran2 la time bulan pose nie...alhamdulilah x dapat banyak sedikit pun jadilah
dapat asz sedekah jiran sebelah n depan rumah... K.ros pun rajin berbalas juadah buka...seronok rasanya...macam tinggal di kampung pulak....:)




Menu hari nie asz buat beberapa hari yang lepas... steamboat tomyam...sedap di makan panas2...n kena makan sampai habis kalau dah masukkan bahan2nya...kalau x kembang semangkuk la jawabnya....sure tekak pun kembang jer rase kalau nak makan...hehehe

Pernah try x makan steamboat di MAEP,UPM???  fuhhhhh...mmg mewah gila bahan2nya...dia buat buffet... n bahan-bahan steamboat mmg byk sangat...pilih aje mane yang berkenan...kuahnya juga ada dua jenis...yang sup biasa dan yang tom yam...boleh la ke sana jika inginkan kelainan berbuka....bayarannya dalam Rm 20 lebih seorang...kalau kanak2 dalam Rm14...asz p tahun lepas...xtau la kalau harganya dah naik pula tahun nie....kalau lain harganya...maaf la yea... :)





STEAMBOAT TOMYAM

Bahan-bahannya:

  • 6 ketul rangka ayam-di potong kecil
  • 3 liter air
  • 3 btg serai - diketuk
  • 3 ulas bwg putih - diketuk / dihiris
  • 1 labu bawang besar - belah 8
  • 10 biji cili api - diketuk
  • 1 btg bunga kantan- dibelah 4
  • 3 biji tomato - belah 4
  • 1 inci halia -diracit halus
  • 5 helai daun limau purut - dicarik
  • 3 biji limau nipis - perah ambil jus
  • 2 senduk besar pes tomyam seafood
  • 3 sb susu cair
  • sedikit daun ketumbar/daun sup/daun bawang
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan steamboat (terpulang pada selera masing2)





Cara-cara Penyediaannya:

  • Tumis bawang,halia hingga naik baunya.
  • Masukkan rangka ayam ,serai,bunga kantan, pes tomyam dan sedikit garam kacau sebati dalam 5 minit.
  • Kemudian masukkan air.
  • Bila air dah mendidih baru masukkan daun limau , cili padi , tomato, air limau nipis, daun ketumbar
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bahan-bahan steamboat mulakan dengan bahan yang agak lambat empuk kpd yang plg cepat masak/celur.
  • Hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng atau daun ketumbar/daun sup/daun bawang.










Saturday, 28 July 2012

SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan buat semua readers yang beragama islam...


Kejap dah seminggu kita berpuasa...pastinya pelbagai menu atau juadah terhidang semasa berbuka dan bersahur...selalunya menu2 spesel menjadi pilihan,kalau nak cepat kita tunjuk2 jer di Bazar Ramadhan...hehe


Tahun nie menu berbuka asz kebanyakannya mengikut selera anak dara asz Batrisyia. Puas jugak memujuk dia bertahan pada hari pertama dan kedua berpuasa...Alhamdulilah dapat dia berpuasa sampai ke hari nie...:))







N3 asz pada hari nie juga adalah menu faberet dia...sup tom yam..tapi xnak yang pedas sangat....kalau nak ikut  selera ayahnya..kena lah asz racit cili padi kemudian...






SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 7 tangkai batang cili padi (sepatutnya ditumbuk tapi asz tak tumbuk takut tisya pedas sgt)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam/ 1 kiub tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam 
  • sedikit minyak
  • sebungkus kecil cendawan (siat2kan kecil2)






 Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar 
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  •  Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan cendawan dan biarkan sekejap.
  • Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.












Tuesday, 14 February 2012

TOM YAM cap AYAM

TOM YAM AYAM

Assalammualaikum dan selamat petang semua readers ...:))


Tom yam nie asz masak petang semalam yg request drp tisya...nampak x cili padinya sebiji2???.... terpaksa la sebabnya untuk si anak dara tue....tapi bila ummi dan ayahnya tumpang sekaki kena la kuah tom yam nie asz buat x pedas sangat tapi diletakkan sebiji2 cili padinya. Tapi kalau yang suka pedas elok la ditumbuk cili padi tue...






TOM YAM AYAM

Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 7 tangkai batang cili padi (sepatutnya ditumbuk tapi asz tak tumbuk takut tisya pedas sgt)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam/ 1 kiub tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam 
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (carot,saderi, jagung muda, tomato)




Cara-cara Penyediaannya:


  • Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar 
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  •  Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  • Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.



Friday, 20 January 2012

SUP TULANG BEREMPAH

SUP TULANG BEREMPAH

Assalammualaikum wbt...

Esok asz dah mula bercuti seminggu....dapat la bertenang2 di rumah dan balik kampung...hehe

Walaupun bercuti....kepala sentiasa ligat fikirkan kerja2 yang tertangguh...terutamanya menjahit manik...banyak baju yg tgh Q....tp yg penting kena siapkan baju Madam Askiah dulu...sape tue??? mak asz la...;))

Sekarang nie menjahit pun kn ada mood... baru boleh menilik sebiji2 manik tue...kalau tak, terbiar je la dlm kotak2 jahitan...Nak2 kalau baju tuannya sendiri lg la.....berkurun...ada function baru laju tangan tue menjahit....hehe

N3 kedua hari nie asz nak sharekan resepi sup tulang, asz lebih sukakan bahagian rusuk...bknnya ape, rusuk xde la berat sangat bila dibandingkan dengan bahagian lain,kalau x.... bayar berat tulang je la...dan bahagian nie agak kurang lemaknya...kalau tak bila sejuk jer ...mak aiiii tebal la lemak tepunya... 




Bahan-bahannya:
  • 1 kg tulang rusuk lembu
  • 4 biji ubi kentang - dipotong 4
  • air secukupnya
  • 1 sup bunjut tulang
  • 3 sudu rempah sup
  • 2 sudu rempah kurma
  • 2 tangkai daun sup - diracik
  • bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis



Bahan2 kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia

  • 1 sudu kecil jintan putih - disangai & ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - disangai & ditumbuk
  • 1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk




Bahan2 penumis:
  • 4 biji buah pelaga - diketuk
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-cara Penyediaannya :

  • Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut
  • Masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk
  • Sementara itu panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar, bahan2 tumbuk, sup bunjut tulang,rempah sup ,remaph kurma dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • Tuangkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi
  • Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan bawang goreng
  • Angkat dan hidangkan