Saturday 28 July 2012

SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan buat semua readers yang beragama islam...


Kejap dah seminggu kita berpuasa...pastinya pelbagai menu atau juadah terhidang semasa berbuka dan bersahur...selalunya menu2 spesel menjadi pilihan,kalau nak cepat kita tunjuk2 jer di Bazar Ramadhan...hehe


Tahun nie menu berbuka asz kebanyakannya mengikut selera anak dara asz Batrisyia. Puas jugak memujuk dia bertahan pada hari pertama dan kedua berpuasa...Alhamdulilah dapat dia berpuasa sampai ke hari nie...:))







N3 asz pada hari nie juga adalah menu faberet dia...sup tom yam..tapi xnak yang pedas sangat....kalau nak ikut  selera ayahnya..kena lah asz racit cili padi kemudian...






SUP TOM YAM CENDAWAN + AYAM

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 7 tangkai batang cili padi (sepatutnya ditumbuk tapi asz tak tumbuk takut tisya pedas sgt)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam/ 1 kiub tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam 
  • sedikit minyak
  • sebungkus kecil cendawan (siat2kan kecil2)






 Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar 
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  •  Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan cendawan dan biarkan sekejap.
  • Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.












No comments:

Post a Comment