Saturday 29 September 2012

ROTI JOHN LADA HITAM...

ROTI JOHN LADA HITAM



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua...






Ke mana kita hari nie???asz dah di kampung skrg....sejak raya yang lps, baru minggu nie berkesempatan nak balik Melaka...rindu sgt dh dgn semua di kampung...sudah pastinya rindukan emak n masakannya yg tip top...dapat pulak kalau mak buat sarapan roti canainya...fuhhhh...kn bg tau nie..hehe

N3 petang nie asz hidangkan menu Roti John Lada Hitam....selalunya roti nie asz buat tuk bekal ke sekolah...menu lengkap ngan sayur2annya dan kenyang smpi petang...roti Perancis nie panjang, asz bahagi 2...yang  separuh lg asz bagikan jiran depan rumah, kak Ros....







ROTI JOHN LADA HITAM



Bahan-bahannya:

  • 1 buku roti Perancis (kalau di Melaka ada jual roti John)
  • 1 sudu besar daging cincang 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji telur 
  • serbuk lada sulah / lada hitam
  • garam
  • sos cili 
  • mayonis 
  • tomato 
  • salad
  • kubis ungu 
  • timun 
  • minyak






Cara-cara Penyediaannya:


  • Bawang besar dipotong kiub 
  • Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu 
  •  Masukkan daging cincang 
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam 
  • Masak hingga agak kering kemudian angkat 
  • Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata 
  • Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak 
  • Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan 
  • Tekapkan roti Perancis yg telah dibelah dua (jgn putus
  • Masak sampai kekuningan,dan angkat.
  • Letakkan timun,tomato,bawang racik, sos cili dan mayonis. 
  • Hidangkan ketika masih panas k.














Tuesday 25 September 2012

TETEL MASAK LEMAK CILI PADI dgn REBUNG

TETEL MASAK LEMAK CILI PADI BERREBUNG






Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang disayangi.....

N3 tgh hari nie adalah masakan kampung....mungkin ada yang tak pernah dengar tetel....:)) 

Tetel tue adalah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang atau lemak ....kalau nak ikutkan memang xsihat daging tetel nie..tapi sekali-skala masak sodap tau!!!  Ada yang msk asam pedas...ada yang buat msk kari atau dalca dan ada yang buat sup...

Tapi kalau nak beli kena la pandai pilih...kalau x nanti ada yang tercabut gigi mengunyahnya...hehe, kalau nak cepat lembutkannya...rebus jer dlm preseure cooker...15 minit dah lembut.....

Kalau buat nie....asz selalu lebihkan sedikit kuahnya...supaya esok sarapan dapat pekena cekodok @ lempeng cicah kuah lemak nie...










TETEL MASAK LEMAK CILI PADI BERREBUNG


Bahan-bahannya

  • 20 tangkai cili padi (diblender)- kalau xthn pedas kurangkan la kuantitinya yea  :))
  • 1 inci kunyit hidup- di blend bersama cili padi
  • 1 mangkuk besar rebung-dibersihkan dan ditoskan
  • 1/2kg daging tetel
  • 500 ml santan ( dalam 3 cawan santan-asingkan yang patinya)
  • Air-anggaran mengikut masa yang diambil untuk merebus daging
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam keping





















Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebuskan daging tetel sehingga daging menjadi empuk.
  • Bila daging telah empuk, dalam sukatan air yang tidak terlalu banyak, masukkan rebung dan cili padi dan kunyit yang telah diblend. Biar seketika dan kacau.
  • Masukkan santan dan asam keping.
  • Masukkan garam secukup rasa kacau sebati. 
  • Biar seketika sehingga mendidih. Jika warna  kuning kuah kurang menarik kuningnya....tambahkan sedikit dgn kunyit serbuk tau...:))
  • Hidangkan  






















Sunday 23 September 2012

NASI LEMAK PANDAN bekalan ke Fraser Hill

NASI LEMAK PANDAN


Assalammualaikum ....dan selamat berhujung minggu yg tinggal beberapa jam jer lagi...:))







Nasi lemak nie asz buat untuk bekalan asz dan family ke Fraser Hill pada hari Isnin sempena cuti Hari Malaysia yang lepas. Asz p meneman suami p kayuh basikal di sana bersama abangnya dan member2nya yang lain....

Kebetulan terjah blog kak Hana....tertarik asz tgk menu nasi lemak pandannya...tue yg try test...:)) rasanya sama hebatnya dengan nasi lemak ori....tapi kelainan dr segi kalernya yang menarik....cube2 la yea nnti  :))




NASI LEMAK PANDAN
Sumber : Kak Hana's Family


Bahan-bahan

  • Beras
  • Air pandan secukupnya (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pewarna hijau


Cara-cara Penyediaannya:

  • Basuh beras bersih. 
  • Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler hijau kurang menarik, tambah sedikit dgn kaler hijau k...:))
  • Masukkan ke dalam rice cooker dan masak.
  • Dah masak  gaulkan supaya santan sebati dengan nasi.
  • Hidangkan bersama hidangan sampingannya yg lain iaitu sambal ( asz buat sambal sotong kering dengan ikan bilis) ,ikan bilis goreng, telur dadar dan timun.































SAMBAL SOTONG KERING

Bahan-bahannya :

  • 7 ekor sotong kering
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 bj bawang besar (2 biji dikisar dansebiji lg diracit)
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa



Cara-cara Penyediaannya:


  • Sotong dibersihkan & disiang.
  • Lada kering dan bawang besar di kisar halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15 minit.
  • Masuk sotong kering dan ikan bilis dan gaulkan rata.
  •  Masuk pula kicap pekat,garam & gula secukup rasa. 
  • Gaul sekata selama 10 minit dan terus angkat untuk dihidangkan.















Friday 21 September 2012

CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS tiruan bangggg....

CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....






Memang fames la biskut nie kan.......harga pun mmg x tahan...100gm dkt 8 hinggit.......nak mewah kn la buat sendiri untuk anak2 mkn sepuas ati....hehe....mau taknya....bila jalan jer kat Alamanda tue dari jauh dah bau semerbak....Tisya n Haziq dh hapal dah tempat dia....kn la beli srg sebungkus...mcm2 versi ada...choc chips atau  yg mewah dgn kekacangnya...

Versi yang nie asz buat time raya hari tue..al-maklum tuan rumah baru dapat mengupdate....:))  Walaupun x sehebat FA yang sebenar...tp masih laku lagi di mulut anak2...tue yg penting...;))









CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS
Sumber:  Nad'z Cute Oven


Bahan diayak :

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Secubit garam


Bahan-bahan lain : 

  • 250 gm mentega - suhu bilik
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang - (asz guna badam cincang + walnut)
  • 50 gm kismis hitam - dibelah dua



















Cara membuatnya :

  • Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  • Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
  • Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  • PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
  • Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  • Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.





























Wednesday 19 September 2012

NASI AYAM, AYAM BEREMPAH....

NASI AYAM, AYAM BEREMPAH....

Assalammualaikum dan selamat siang semua.....:))








Hari nie asz masukkan N3 menu2 yang tergendala....rajin snap gambar tapi tak berkesempatan mengupdatenya....menu faberet anak dara asz Tisya......nasinya asz buat mcm biasa,tumiskan dgn planta dan renehkan dengan kismis dan parutkan carot. Tujuannya untuk memeriahkan warna nasi...:))




NASI AYAM, AYAM BEREMPAH....

Bahan-bahan Ayam
  • 1 ekor ayam - dipotong 10
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 senduk kicap manis
  • 1/2 senduk gula
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu minyak bijan
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 5 inc halia - dikisar
  • 3 susu jintan manis-dikisar
  • 3 sudu ketumbar-dikisar

Cara-cara Penyediaan Ayam:

  • Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk
  • Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi.
  • Campurkan semua bahan- bahan di atas.
  • Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.
  • Perap sekejap.
  • Panaskan minyak yg banyak dan goreng ayam tadi.











Bahan-bahan Sup Ayam:

  • 2 kepingan ayam di potong kecil dan dicuci bersih
  • air secukupnya
  • 1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inc halia - dititik
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu mentega
  • 1 mangkuk kecil carot
  • 1 mangkuk kecil saderi


Cara-cara Penyediaan Sup Ayam:
  • Panaskan mentega,
  •  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 
  • Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
  • Masukkan kiub ayam dan sup bunjut.
  • Kacau rata kemudian masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. 
  • Masak hingga ayam masak dan empuk.
  • Bila dah masak, keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasik.
  • Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.


























Bahan-bahan Nasi
  • 4 cwn beras - cuci bersih toskan
  • air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
  • 1/2 senduk planta/minyak sapi
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inc halia - dikisar
  • 2 batang serai - dititik
  • sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 ulas bunga cengkih
  • semangkuk kismis
  • 1/2 mangkuk kecil parutan carot/lobak merah
  • garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Nasi:

  • Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan2 untuk menanak nasi.
  • Masukkan air rebusan ayam,kismis,parutan carot dan beras.
  • Tanak nasik sehingga masak.



Bahan-bahan Sos Cili
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inc halia - kisar
  • 6 biji cili merah -  dikisar
  • 2 senduk sos cili
  • 1 senduk sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar planta

Cara-cara Penyediaan Sos Cili:


  • Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
  • Masak atas api dan kacau.
  • Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.
  • Perasakan dengan garam dan gula.