Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

MEE KARI kerang lebih....






As salam dan selamat tengah hari buat semua.....tak terlambat juga rasanya asz nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua pengunjung setia blog asz yang macam "chips more" nie...hehe

Kebizian melanda beberapa hari nie...menyiapkan juadah raya bagi tetamu yang datang ke rumah asz pada hujung minggu lepas...seronok melayan tetamu hilang rase penat... nak2 bila melihat mereka berselera menikmati juadah yang disediakan walaupun xseberapa nak hebat sgt.... :)

Hujung mnggu lepas...menu western jadi pilihan asz untuk tetamu yang datang iaitu pokcu dan keluarganya dari Jasin, wett & family dan abg chik asz & family mentuanya...maaf jika ada kekurangan :)

InsyaAllah buat tetamu pada hari jumaat nie iaitu rakan2 sekerja en hasben dan teman2 rapat asz... asz hidangkan pula nasi bermenukan lauk2 kampung pula...harap2 berselera lah deme nanti yea... :)




Hari nie asz nak sharekan mee kari spesel asz...mmg keliur sgt pagi tue...apa lagi lepas hantar anak dan en hasben ke sekolah dan ke tempat kerja... asz pun p la pasau cari kerang dan bahan2 yang lain...ambik ko 2 kg kerang i sapu...hehe...puas ati buat bila tedapatnya lambakan kerang dalam mee kari i....hehe
Memang terangkat...licin semangkuk penuh en hasben, tisya & haziq masing2 makan...jom kita tgk resepinya yang terangkat tue :)

MEE KARI kerang lebih...

Bahan-bahan Kuah Kari:

  • 2 kg kerang
  • 2 batang serai
  • 3 sd rempah kari daging (BABAS)
  • 3 sd rempah kari ikan (BABAS)
  • 3 sd lada mesin
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 1 ikat sawi
  • fish ball,fish cake,tauhu ~ dipotong kecil
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • garam & gula secukup rasa





Bahan-bahan kisar:
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit lengkuas
  • 2 sd udang kering

Bahan-bahan tumis:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai - ketuk






Bahan untuk Mee dan Hiasan :

  • 1 kg mee kuning~celurkan
  • 5 keping tauhu nipis~goreng & potong nipis 
  • 3 biji telur~rebus dan belah 2
  • 2 biji limau nipis~ belah 4 
  • Daun bawang dan daun sup~dihiris
  • Cili merah/cili hijau~dihiris
  • Sawi~dicelur dan tos
  • Taugeh kering~ basuh bersih
  • Bawang goreng








Cara-cara Penyediaannya:

  • Satukan bahan kisar dengan rempah kari dan lada mesin dan secawan air, kacau sebati.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis, masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis.
  • Kacau sehingga naik bau dan lada benar-benar garing.
  • Masukkan 2 cawan air, dan bahan2 lain dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan santan pekat, garam, gula dan kacau sebati.
  • Masukkan kerang dan jangan dibiar lama bagi mengelakkan kerang liat.
  • Hidangkan mee bersama hiasan-hiasnya yang lain.








Friday, 11 July 2014

SOO HOON GORENG pedas memang terangkat u..



  Segala puji bagi Allah SWT kerana telah menganugerahkan kita segala macam nikmat, salah satunya dengan kurniaan menurunkan hujan melalui gumpulan awan. Allah SWT berfirman:

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴿٦٩


“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (QS. Al Waqi’ah [56]: 68-69)

Begitu juga firman Allah Ta’ala:


وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا ﴿١٤


“Dan Kami turunkan dari awan air yang mencurah-curah.” (QS. An-Naba ‘[78]: 14)


Allah SWT juga berfirman:


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِن بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَن مَّن يَشَاءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ ﴿٤٣

“Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya.” (QS. An Nur [24]: 43) iaitu dari celah-celah awan. (Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/262, Maktabah Syamilah)

Merupakan tanda kekuasaan Allah SWT, berdikari-Nya dalam menguasai dan mengatur alam semesta, Allah SWT menurunkan hujan pada tanah yang tandus yang tidak tumbuh tanaman sehingga pada tanah tersebut tumbuhlah tanaman yang indah untuk dipandang. Allah SWT telah mengatakan yang demikian dalam firman-Nya:


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۚ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴿٣٩


“Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahawa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Fushshilat [41]: 39)



Itulah hujan, yang Allah SWT turunkan untuk menghidupkan tanah yang mati.Alhamdulillah cuaca redup dan hujan turun agak lebat pada petang ini. Jarang sekali hujan turun sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Cuaca di siang dan malam hari juga agak panas.Sayu bila melihatkan rumput2 kering di tepi2 jalan. Inikan pula petani-petani..sedikit sebanyak akan terasa kesannya dari kemarau ini.Kalau dulu pokok bunga asz boleh siram 2 hari sekali tapi sekarang tak boleh dah...lambat jer skit nak tunduk malu lah dia...huhuhu...Syukur padaMu ya Allah SWT





Soo Hoon goreng nie asz masak untuk berbuka 2 hari yang lepas...ternampak soo hoon goreng kucai Zila Norzila terkeliur pulak rasenya... cuma asz tak dapt nak letak kucai...so guna ape yang ada di rumah jer..asz letak daun bawang+carrot+tauge...alhamdulillah habis kempunan i tau zila...hehe




SOO HOON GORENG

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus soo hoon 
  • 2 sudu lada mesin
  • 6 ekor udang basah (saiz sederhana)
  • 2 tangkai daun bawang (diracit seinci pjgnya)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1 biji limau nipis 
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • sedikit daun bawang & bawang goreng(hiasan)
  • minyak

Bahan-bahan(dikisar):

  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 uls bawang putih
  • 2 sudu udang kering





Cara-cara Penyediaannya:
  • Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama lada mesin, garam dan gula sehingga benar-benar masak ladanya dan naik bau.
  • Masukkan air dan kacau.
  • Masukkan telur biar seketika dan kacau rata.
  • Masukkan udang dan selepas itu baru masukkan soo hoon, carrot dan kicap, kacau sebati bahan-bahan tersebut.
  • Seimbangkan rasa masin+manisnya dan akhir sekali barulah masukkan daun bawang dan tauge(agar sayur-sayur ini tidak terlalu layur)
  • Hidangkan
































Monday, 24 December 2012

MIHUN GORENG TOM YAM

Assalammualaikum





Selamat pagi dan salam sayang buat semua....pagi yang agak mendung di Putrajaya...jgn ada yang monyok jer pagi2 nie kat tempat kerja tau..... opis mungkin agak lengang hari nie kann... maklum la,ramai yang sambung cuti sempena cuti  Krismas esok...sabau jela yea...hehe







Dah sarapan???jom join skali....:))

Hari nie menu bihun goreng tom yam... sesekali buat...mmg kena dgn selera...dapat pulak kopi "O" panas... aduhhh....segar skit pepagi nie...








MIHUN GORENG TOM YAM

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus mihun - direndam dan toskan apabila  lembut
  • 20 ekor udang
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit udang kering (dikisar)
  • 1/2 magkuk isi ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 kiub perencah tomyam (asz guna cap knorr- cap maggi atau cap x pun boleh)
  • 2 sudu cili mesin - asz tambah untuk lebih rasa pedas
  • 2 biji telur
  • 3 sudu kicap
  • seikat sawi - basuh dan dipotong kecil
  • semangkuk tauge (dibuang kepala hitamnya)
  • 2 helai daun limau purut - disiat2kan
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya








Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang putih,bawang merah,udang kering dan serai hingga wangi. 
  • Masukkan cili mesin dan ayam, kemudian kacau rata.
  • Masukkan pula perencah tomyam. Goreng dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan biarkan seketika baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam, kicap dan gula secukup rasa. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan sayur sawi dan juga daun limau purut yg telah disiat2kan
  • Masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut
  • Akhir sekali masukkan tauge dan kacau sebati ( asz masuk last skali sebab sukakan tauge yang still rangup) 
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan perahkan asam limau.











Monday, 19 March 2012

MEE LAKNA menu for breakfast...

MEE LAKNA 

Assalammualaikum dan selamat malam semua...








N3 hari nie asz nak sharekan menu breakfast di kampung asz minggu lepas iaitu mee  lakna. Anak asz memang penggemar setia menu berkuah nie...suka la dia dapat hirup2...Menunya pun mudah, nak lagi sedap letak la pelbagai perencah dan bahannya k..:))

MEE LAKNA  

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus mee kuning 
  • 3 camca besar minyak masak
  • ¼ kg daging ayam yang telah dibuang tulang dan dipotong kecil-kecil
  • ½ camca besar tepung jagung (cairkan)
  • 100 gm sayur kobis dan bunga kobis
  • 3 camca besar cendawan butang (jika ada)
  • 2 biji cili merah(dihiris)
  • 2 keping tauhu (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit kicap, garam secukup rasa
  • Secekak sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil carrot
  • Daun bawang, bawang goreng dan lada hijau /merah potong untuk hiasan









Cara-cara Penyediaannya:

  • Mee digoreng bersama minyak.
  • Masukkan 2 sudu kicap pekat.
  • Setelah lembut baru diangkat. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Masukkan bawang putih, daging ayam dan sedikit air sekurang-kurangnya semangkuk. 
  • Apabila sudah mendidih masukkan tauhu,carrot, kobis, bunga kobis, cendawan, cili dan akhir skali sawi.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan cecair tepung jagung tadi, garam dan kicap secukup rasa. 
  • Setelah masak, kuah ini dituangkan ke atas mee yang telah digoreng tadi.

    ....Hidangkan












Tuesday, 13 March 2012

MEE GORENG BASAH ala2 mak buat...

MEE GORENG BASAH

Assalammualaikum





N3 pagi nie adalah menu kegemaran kami adik beradik, kalau hujung minggu balik kampung mmg mak dah siap sediakan bahan2nya. Penggemar setia dikalangan kami adalah abang ipar asz,b.mie...Tau je mak nak goreng mee basah awal lagi dia dah tunggu di meja makan...;))








Selalunya mak siapkan kuahnya awal pagi, bila semua dah berada di meja makan barulah meenya dimasukkan, bukannya apa...kalau awal dah masuk tapi orang nak makan belum ada lagi di meja makan...alamatnya mee tue kembang semangkuk la jawabnya. Sama juga la kalau time hari raya,bila tetamunya dah datang baru lah meenya dimasukkan k...

Lagi meriah kalau dapat macam2 perencah dan haiwan seperti daging,ayam, udang, fishball atau fishcake didalamnya, ermmmm .... memang sodap la....hehe





MEE GORENG BASAH
 
Bahan-Bahan
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu udang kering (ditumbuk)
  • ayam/daging di potong kecil 
  • 4 sudu kicap manis 
  • 3 sudu cili giling 
  • 1 ikat sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk taugeh 
  • 6 biji fishball
  • 2 biji telur
  • 2 keping tauhu(dipotong kecil)
  • 1 lada merah (dihiris)
  • 2 keping fishcake
  • Garam dan gula secukup rasa
    •  







Cara-cara Penyediaannya:
  • Goreng bawang dan udang kering 
  • Masukkan cili,garam,gula dan kacau hingga garing 
  • Masukkan ayam/daging,masukkan air masak hingga daging empuk
  • Masukkan fishball,tauhu,telur dan kicap,kacau perlahan takut telurnya hancur.
  • Masuk mee kuning 
  • Akhir sekali masukkan sawi,lada dan taugeh 
  • Hidangkan