Tuesday 28 February 2012

FAUX CUSTARD ECLAIRS berbelit lidah...

 FAUX CUSTARD ECLAIRS 

Assalammualaikum 


Selamat malam kepada semua readers...N3 malam nie adalah salah satu menu pencuci mulut yang berasal dari Perancis.

 Asz memang terpikat bila pertama kali melihat menu nie. Dapat pula haziq dan tisya lagi la xcited sungguh nak makan. Tapi lain kali asz nak buat pula perisa coklat, mesti lagi xcited deme.....hehe

Sebenarnya kalau eclairs nie kena buat pastrinya,tapi malas nak menguli asz cuma gunakan biskut "ladyfingers", biskut nie juga asz gunakan untuk buat tiramisu.

Rasanya memang ada sedikit kelainan, tambah2 lagi bila makan selepas disejukkan.








FAUX CUSTARD ECLAIRS 
by:Andrea Jourdan


Makes 4 Éclairs.

INGREDIENTS
  • 250g Sugar
  • 250 ml water
  • 1 tbs corn flour
  • 2 eggs yolks
  • 200g cold butter
  • 2 tbs custard flour
  • 8 ladyfingers (Savoyard cookies)

Method
  • In z saucepan, heat sugar and water until mixture thickens to form syrup.
  • Combine cornstrach, custard flour with egg yolks in a bowl.
  • Slowly pour in syrup and mix well.
  • Transfer back to saucepan.
  • Allow mixture to thicken over low heat, stirring constantly.
  • Remove from heat and allow to cool for 10 minutes.
  • Add butter and stir until mixture is thick.
  • Allow to cool completely.
  • Transfer to a pastry bag with a small tip.On 4 ladyfingers, pipe batter onto one side.
  • Put a few slices of strawberry on top.
  • Top with remaining ladyfingers.
  • Refrigerate before serving.











FAUX CUSTARD ECLAIRS

 4 keping Éclairs.

Bahan-Bahannya
  • Gula 250g
  • 250 ml air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 200g mentega sejuk
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 8 kuih berbentuk jari (cookies Savoyard)

Cara-Cara Penyediaanya:
  • Dalam periuk , masukkan gula dan air masak sehingga pekat seperti sirap.
  • Campurkan tepung jagung, tepung kastard dengan kuning telur di dalam mangkuk.
  • Perlahan-lahan tuangkan ke dalam sirap tadi dan gaul rata.
  • Biarkan campuran memekat di atas api kecil dan kacau sentiasa.
  • Ketepikan, sejukkan selama 10 minit.
  • Tambah mentega dan kacau sehingga campuran menjadi pekat.
  • Biarkan sejuk sepenuhnya.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag, dan paipkan ke atas 4 keping biskut.
  • Letakkan hirisan strawberi di atasnya.
  • Letakan kepingan biskut di atasnya.
  • Sejukan dahulu sebelum di hidang.










Monday 27 February 2012

PANNA COTTA pengubat hati....

PANNA COTTA

Assalammualaikum


Dapat "panna cotta" sejuk2 nie memang sedap... nyaman je rasenya...lupe segala kisah sedeh...petang td. Tahniah buat "nettball team" asz..." Terbaekkk buat tahun nie...Alhamdulillah... Fight for last game dis Thursday...InsyaAllah ada rezeki kita tahun nie...:))


Resepi nie asz ambil dari dapur DTS, asz mohon share di sini. Memang menarik, tapi nak lagi sedap kena la disejukkan terlebih dahulu k.




Resepi ringkas...buat dua cawan je..share anak-beranak..hehe. Selalunya mangga panna cotta di blend halus, tapi asz x suka sangat,tue yang potong segi je mangga2 tue...baru sedap mengunyahnya...:) 




PANNA COTTA
by: DTS


Bahan-Bahannya:
  • 7 g gelatin halal (asz guna jenama "Nur")
  • 3 camca besar air
  • 2 1/2 cawan susu penuh krim 
  • 1/4 cawan gula
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 biji mangga di potong dadu.





Cara Penyediaannya:
  • Ambil sedikit mangga, potong kiub sederhana besar, kisar selebihnya hingga menjadi puree.
  • Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  • Gelatin halal tadi disatukan bersama air, kacau rata dan ketepikan dan biar gelatin mengembang.
  • Masukkan susu dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak atas api sederhana.
  • Bila gula hancur dan susu mula kelihatan hendak mendidih, matikan api.
  • Masukkan esen vanila dan gelatin tadi. 
  • Kacau rata2 hingga gelatin larut. 
  • Tuang dalam gelas2 yang telah disediakan, tuang 2/3 penuh. Buat hingga siap
  • Isikan setiap gelas tadi dengan hirisan kiub buah mangga. 
  • Biarkan wap panasnya hilang dan simpan dalam peti sejuk sekurangnya 4 - 5 jam hingga mengeras.
  • Sudukan puree buah mangga dalam setiap gelas tadi. 
  • Hidangkan sejuk.








Saturday 25 February 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI melaka mari....

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalammualaikum


Asam pedas permintaan kak Sariha, dia minta asz masukkan N3 menu asam pedas Melaka. N3 yang dulu asz masakan asam pedas ikan Tenggiri kali nie asz gunakan ikan pari.

Asz memang suka ikan pari, ada yang masak asam pedas berempah tapi asz suka yang ori xnak campur rempah, campuran lada + asam + daun kesum pun dah cukup menyelerakan.



Berhati-hati ketika memilih ikan pari, kalau tersilap pilih dapat yang jenis mudah hanyir, mak asz kate yang hanyir tue basuh macam mana pun bila masak tetap berbau. Akhirnya lauk tue pun terbuang jer. Masa pilih try bau skit tau.



Untuk menambahkan lagi aroma asam pedas ikan pari nie tambah sedikit serbuk lada hitam dan buat pula kuahnya agak pekat dari asam pedas ikan lain memang baru terasa "kaw" bila makan dengan nasi.Cicah dengan lempeng atau cekodok pun sodap!!! hehehe... Tapi kalau letak lada hitam jangan banyak sangat takut cirit pula nanti dlm 1 sudu lebih je k...:))


ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan ini dikisar:  

  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 1 inci halia 
  • ½ sd teh lada hitam 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 ulas bawang putih 
  • sedikit belacan

Bahan Yang Ditumis:

  • ½ sd teh halba 

Bahan-bahan Lain:

  • 5 keping ikan pari atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan) 
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 mangkuk lada mesin/ cili boh
  • 3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
  • 1.5 liter air 
  • 5 biji bendi / terung 
  • 1 sd besar garam 
  • 4 tangkai daun kesum/daun limau purut/daun kari
  • sedikit gula



Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis halba hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan lada mesin atau cili boh, kacau sehingga lada masak gunakkan api sederhana.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. 
  • Masukkan ikan dan sebatikan bersama daun kesum.
  • Masukkan air, bendi dan bahan lain 
  • Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat . 
  • Biarkan 5 minit baru diangkat dan hidangkan.






Friday 24 February 2012

NASI GORENG KERABU

NASI GORENG KERABU

Assalammualaikum




Kebetulan nasi semalam ada lebih, daripada terbuang , asz pun keluarkan la sayur-sayuran dan ulaman yang ada. Nasi goreng nie boleh la cuba bagi sesiapa yang minat ulam-ulaman dan penggemar sayur-sayuran sebabnya pelbagai sayur dan ulam-ulaman asz masukkan dalam nasi goreng nie.

Rencahnya pula boleh la letakan isi ayam ataupun ikan bilis sahaja pun dah ok...macam asz letak ikan bilis je...letak ikan masin pun sedap jugak...


NASI GORENG KERABU 

Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi sejuk (diperoikan) 
  • 3 s/b minyak 
  • garam 
  • daun selom
  • 2 biji telur

Sayuran yang dihiris:
  • serai 
  • daun kesum 
  • daun selom 
  • bunga kantan 
  • kacang panjang
  • daun limau purut

Bahan yang ditumbuk:
  • 8 tangkai cili api 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis




Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak. 
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 
  • Pecahkan telur dan kacau.
  • Masukkan nasi dan kacau rata. 
  • Masukkan bahan sayuran yg dihiriskan. 
  • Letakkan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan daun selom atau salad. 










Thursday 23 February 2012

KEMBUNG SALAI MASAK LOMAK CILI PADI

IKAN KEMBUNG  SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


Assalammualaikum




Lama betul asz tak masak lemak cili padi...dapat pulak yang kaw2 pedas, aroma ikan salai...fuhhh..hehe  Menu nie ringkas dan senang kalau semua bahan dah ada dalam fridge, campak2 je...;))



IKAN KEMBUNG  SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan2 A:
  • 2 ekor ikan Kembung (disalai)
  • 1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan)
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping 


Bahan2 B :

  • 10 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup



Cara-cara Penyediaannya :

  • Ikan Kembung disiang dan dibersihkan, kemudian disalai (kalau dapat atas dapur kayu lagi sedap,tapi kalau xde atas gas pun ok)
  • Campurkan bahan tumbuk, air, asam keping dan ikan di dalam periuk.
  • Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau, berhati2 ketika mngacau jangan sampai ikan td pecah.
  • Kacau sehingga ikan td sebati dgn cili padi, asam dan garam.
  • Masukkan santan cair dan kacau supaya santannya tidak pecah.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan pula santan pekat.
  • Kacau hingga mendidih dan padamkan api. 
  • Kemudian hidangkan




Wednesday 22 February 2012

SOTONG GORENG TEPUNG BERBIJAN

SOTONG GORENG TEPUNG

Assalammualaikum


Tiap kali p pasar malam di Taman Seroja, Salak Tinggi...tisya mesti pesan "ummi beli sotong yea, goreng tepung tau" .... hehe . Tau dah sure dia teringin nak makan tepung2 nya yang garing tue...

Kalau dah buat, sepinggan kecil dah tentu khas untuk dia....adik pun dah pandai mintak sama... ayah dan ummi share je la selebihnye...huhu







Sotong goreng tepung nie,selalu yang "frust" kalau makan di kedai, dapat yang buat goreng macam cekodok tue....aduiii...rase nak cakap je, tue "cekodok sotong" bukan "sotong goreng tepung..." tue yang puas hati buat sendiri lagi byk dapat telinga2 tepung yang garing2 tue...

Kali nie asz gaulkan sekali bersama bijan hitam, menarik dan sedap juga...rase bijan yang lemak2 tue.


SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-Bahan:

  • 3 Sudu Tepung jagung 
  • 3 Sudu Tepung gandum 
  • 3 Sudu Tepung beras 
  • 2 biji telur & sedikit garam 
    (dipukul) 
  • 5 ekor sotong (potong bulat) 
  • sedikit bijan hitam



Cara-cara Penyediaannya:

  • Bersihkan sotong 
  • Campur dan gaulkan 3 jenis tepung dan bijan hitam 
  • Panaskan miyak, celup sotong ke dalam telur Kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan.
  • Sedia untuk dihidangkan.