Friday 24 February 2012

NASI GORENG KERABU

NASI GORENG KERABU

Assalammualaikum




Kebetulan nasi semalam ada lebih, daripada terbuang , asz pun keluarkan la sayur-sayuran dan ulaman yang ada. Nasi goreng nie boleh la cuba bagi sesiapa yang minat ulam-ulaman dan penggemar sayur-sayuran sebabnya pelbagai sayur dan ulam-ulaman asz masukkan dalam nasi goreng nie.

Rencahnya pula boleh la letakan isi ayam ataupun ikan bilis sahaja pun dah ok...macam asz letak ikan bilis je...letak ikan masin pun sedap jugak...


NASI GORENG KERABU 

Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi sejuk (diperoikan) 
  • 3 s/b minyak 
  • garam 
  • daun selom
  • 2 biji telur

Sayuran yang dihiris:
  • serai 
  • daun kesum 
  • daun selom 
  • bunga kantan 
  • kacang panjang
  • daun limau purut

Bahan yang ditumbuk:
  • 8 tangkai cili api 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis




Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak. 
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 
  • Pecahkan telur dan kacau.
  • Masukkan nasi dan kacau rata. 
  • Masukkan bahan sayuran yg dihiriskan. 
  • Letakkan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan daun selom atau salad. 










2 comments: