Friday 10 February 2012

NASI AYAM PLANTA

NASI AYAM PLANTA

Assalammualaikum semua...dan selamat malam...


Bersua lagi kita malam nie...semalam lepas balik drp rumah k.lang,asz baring je terus lelap...bila dah tido awal, maka awal juga la asz dah terjaga...4.30 pagi asz dah bangun...

N3 tengah malam nie asz kongsikan resepi Nasi Ayam Planta. Asz masak pagi tadi untuk bekalan en.asben, asz  dan tisya ... Ni lah penangan terbangun awal...huhu

Tisya anak dara asz agak kureng makan nasi...tapi bila nasi ayam agak selera juga lah dia makan...tue yang kadang2 kena ikut selera dia juga...kalau tak makin langsing la badan dia...asyik dengan menu feberetnya saje iaitu sup, ataupun bihun...

Menu nie asz ambil dari blog k.ita Masam Manis...menu yang menarik, k.ita ambil dari buku masakan Planta Resepiku Warisanku oleh Mohmad Jafni Abu Bakar. 

Selalunya asz jarang guna Planta dlm resepi Nasi Ayam, asz selalu gunakan minyak masak atau sedikit minyak Sapi untuk rasa dan bau yang sedap... bila dah masak nasi ayam planta nie, memang ada sedikit kelainan dari segi rasanya....yaaaa agak enak juga...hehe



  
NASI AYAM PLANTA

Rujukan: K.Ita 
by : Pn. Hajah Sabariah
Sumber : Buku Resepi Planta


Bahan-bahan Ayam
  • 1 ekor ayam - dipotong 10
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 senduk kicap manis
  • 1/2 senduk gula
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu minyak bijan
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 5 inc halia - dikisar
  • 3 susu jintan manis-dikisar
  • 3 sudu ketumbar-dikisar



Cara-cara Penyediaan Ayam:

  • Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk
  • Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi.
  • Campurkan semua bahan- bahan di atas.
  • Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.
  • Perap sekejap.
  • Panaskan minyak yg banyak dan goreng ayam tadi.





    Bahan-bahan Sup Ayam:

    • 2 kepingan ayam di potong kecil dan dicuci bersih
    • air secukupnya
    • 1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - dihiris
    • 3 ulas bawang putih - dihiris
    • 1/2 inc halia - dititik
    • 1/2 kiub ayam
    • 1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
    • 2 sudu mentega
    • 1 mangkuk kecil carot
    • 1 mangkuk kecil saderi


    Cara-cara Penyediaan Sup Ayam:
    • Panaskan mentega,
    •  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 
    • Masukkan halia dan air, biar hingga air didih.
    • Masukkan kiub ayam dan sup bunjut.
    • Kacau rata kemudian masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. 
    • Masak hingga ayam masak dan empuk.
    • Bila dah masak, keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasik.
    • Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.




    Bahan-bahan Nasi
    • 4 cwn beras - cuci bersih toskan
    • air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
    • 1 senduk planta
    • 5 ulas bawang putih - dikisar
    • 1 inc halia - dikisar
    • 2 batang serai - dititik
    • sekuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 5 ulas bunga cengkih
    • garam secukup rasa.

    Cara-cara Penyediaan Nasi:

    • Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan2 untuk menanak nasi.
    • Masukkan air rebusan ayam dan beras.
    • Tanak nasik sehingga masak.




    Bahan-bahan Sos Cili
    • 3 ulas bawang putih - kisar
    • 1 inc halia - kisar
    • 6 biji cili merah -  dikisar
    • 2 senduk sos cili
    • 1 senduk sos tomato
    • garam dan gula secukup rasa
    • 3 sudu besar planta

     Cara-cara Penyediaan Sos Cili:



    • Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
    • Masak atas api dan kacau.
    • Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.
    • Perasakan dengan garam dan gula.






    Bahan-bahan Sos Kicap

    • 1 sudu besar planta
    • 2 ulas bawang putih - kisar
    • 1 inc halia - kisar
    • 1 senduk kicap manis
    • 3 biji cili padi - dihiris


    Cara-cara Penyediaan Sos Kicap:

    • Tumiskan semua bahan sos kicap dgn planta.
    • Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.


      No comments:

      Post a Comment