Saturday 18 February 2012

PUDING TRIFLE order from KAK AIZAH

PUDING TRIFLE

Assalammualaikum 



Selamat bersua lagi setelah semalam dan pagi tadi penuh dengan aktiviti sekolah dan menyiapkan order daripada member2 asz sempena "potluck" majlis Maulidur Rasul dan Mesyuarat PIBG pada malamnya.


Untuk order "potluck" asz siapkan Puding Trifle untuk Kak Aizah dan "Ayam Masak Beriani untuk Kak Masnun, asz nye "potluck" pulak asz siapkan Nasi Beriani. Nanti asz update kan resepinya k..;))






Petang pula balik dari training Nettball team dalam pukul 6 lebih asz masakkan pula order daripada Kak Midah untuk Mesyuarat PIBG asz masakkan Mee Udang Basah dan Puding Roti Marble. Kebetulan asz pun AJK terima juga la order tersebut, letih masa tue takyah cakap la...Meeting start pukul 8.15 malam apa lagi macam lipas kudung  la menyiapknnya. Abis meeting dalam pukul 10.30 malam, terus cabut balik, dah x tahannnn....apa lagi "i need rest!!!"





PUDING TRIFLE

Bahan-bahannya :
  • kek swiss roll - apa2 perisa pun boleh asz guna marble swiss roll
  • 1 tin buah-buahan campuran
  • 1 tin susu cair
  • 1 peket jeli kristal- perisa ape2 pun bleh asz guna perisa strawberi 
  • 1 tin buah laici
  • 1 biji buah kiwi
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 7 sudu gula pasir
  • 1 tin air-sukat guna tin susu


Cara-cara Penyediaannya:


Lapisan pertama (bawah sekali)
  • Potong swiss roll anggaran 1.5 cm.
  • Susun dalam bekas sebaiknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi susunan kek asz x nampak terlindung dengan kastard. Nanti asz buat lagi kasi nampak itu kek...:)
  • Tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.


Lapisan Kedua
  • Campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula ke dalam periuk dan masak di atas api sedehana.
  • Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.
  • Bila mula mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat .
  • Kemudian angkat dan tuangkan ke atas lapisan yang pertama tadi.
  • Taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.



Lapisan Ketiga
  • Masak jeli kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.
  • Bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.
  • Taburkan buah-buahan campuran ke atasnya asz taburkan buah kiwi dan laici .
  • Sejukkan dalam fridge dalam 3 jam dan boleh lah di hidangkan.






TQSM Kak Aizah....:))

No comments:

Post a Comment