Monday, 13 February 2012

TELUR BUNGKUS ala2 THAI

TELUR BUNGKUS

Assalammualaikum








Hari nie kena masak, masakan xpress...sampai rumah dah pukul 6 lebih. Berat juga kepala isteri2 yang bekerja nie nak fikirkan menu ape nak dihidangkan setiap hari kan???terutamanya hari kerja. Selalunya menu yang simple, mudah dan cepat dimasak menjadi pilihan hati...macam asz nie la...hehehe


Tue yang Telur bungkus jadi pilihan...tapi kannn.... Ingat nak masak telur bungkus je, tengah siapkan bahan2....tisya jenguk dapur, tanyakan "ummi masak ape tue??? tom yam nasi along ada x????sudah!!!! huhu....nak xnak kena la juga diturutkan...dia kan susah skit nak makan nasi, bila dia minta tom yam dengan nasi kena la umminya buatkan juga...tapi kena la kan...tom yam makan dengan telur bungkus...bagus juga tue...baru ngam!!

Isi telur bungkus nie asz masakkan isi ayam ala2 Thai rasanya...macam paprik pun ada ...sebabnya rasa masam manis tue ada....xpe la asalkan dapat memenuhi permintaan perut kami berempat pada petang nie...:))


TELUR BUNGKUS

Bahan-Bahan
  • 3 biji telur 
  • 1 mangkuk isi ayam atau daging ( dicincang) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 ulas bawang besar ( dihiris nipis) 
  • 1 biji tomato ( dicincang kasar)
  • 1 mangkuk kecil saderi (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil carot  (dipotong dadu)
  • 2 camb sos tomato 
  • 1 camb sos tiram 
  • garam secukup rasa 
  • daun ketumbar ( dihiris )



Cara-cara Penyediaannya:
  • Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. 
  • Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam atau daging. 
  • Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. 
  • Masukkan tomato, saderi dan carot , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.
  • Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur secara gulung.
  • Sedia dihidangkan.









No comments:

Post a Comment

Post a Comment