Sunday 19 February 2012

MACARONS i LIKE!!!!

MACARONS

Assalammualaikum 


Akhirnya....:)) Semalam Kak Faezah tagkan gambar Macarons hasilannya yang pertama....Aduuussss teruja sungguh... memang dah lama nak try...tapi tak juga buat...Tue yang bila tgk macarons kak Faezah so gagahkan jua hari nie membikinnya...



Memang manis macarons nie...mau taknya dua jenis gula kena bubuh, iaitu gula kastor dan gula icing. Macam asz yang 1st time makan nie memang tak tahan juga rasa manisnya, tapi sedap!!! Rasanya yang unik disebabkan ada rasa2 badam yang melazatkan cookies nie... Filling dia pula asz letakkan Nutella...uhhh lagi la laaazaaat....hehehe








Harganye pun boleh tahan...banyak digunakan sebagai "hantaran" dan "door gift" sekarang. Mungkin teknik penghasilannya menyebabkan harganya tinggi...dari segi pukul putih telur kena sampai kental, sebelum bakar kena keringkan dulu, suhu tak boleh terlalu tinggi dan macam2 lagi. tapi ape2 pun asz puas hati, walau pun x berapa nak cun..hehehe. Nanti asz try lg sampi cantik molek!!!!




MACARONS
by :Yani


Bahan-bahannya:


Bahan A
  • 2 biji (80 gm) telur putih L size
  • 60 gm gula kastor
Bahan B
  • 80 gm almond powder
  • 120 gm gula aising
  • sedikit esen vanila

Inti:(boleh gunakan salah satu)


Coklat filling
Peanut Jem
Strawberi Jem
Nutella














Cara-cara Penyediaannya: 
  • Ayak Bahan B dan asingkan.
  • Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. 
  • Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tue tak jatuh)
  • Masukkan sikit demi sedikit bahan B yg diayak td ke dalam telur putih. 
  • Kacau perlahan-lahan iaitu secara kuap-balik.
  • Bahagikan kepada 2 adunan (sebab adunannya sedikit)~tapi asz bahagikan 4 bahagian
  • Letakkan pewarna bagi setiap bahagian( Lebih elok gunakan pewarna serbuk supaya x terlebih letak)
  • Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag.
  •  Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. 
  • Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.
  •  Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons (untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  • Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. 
  • Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  • Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. 
  • Sejukkan sebelum diletak filling (asz guna nutela).

** utk rujukkan sendiri lain kali:
kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
kurangkan suhu atau masa bakar.



















No comments:

Post a Comment