Monday 6 February 2012

SAYUR CAMPUR GORENG TIRAM

SAYUR CAMPUR GORENG TIRAM

Assalammualaikum...




Bersua lagi kita petang nie. Apa aktiviti petang nie??? lepak2 je la kita kat rumah...petang nie asz selitkan N3 sayuran yang sememangnya ramai yg dah pakar2 masak menu nie..;))








SAYUR CAMPUR GORENG TIRAM


Bahan-bahannya:-

  • 1/2 batang karot - dipotong bunga
  • 1 mangkuk bunga kobis 
  • 1 mangkuk brokoli
  • 1 mangkuk kacang buncis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cendawan
  • semangkuk kecil isi ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air




Cara-cara Penyediaannya:-

  • Panaskan minyak & goreng bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam bersama sos tiram & sos cendawan.
  • Apabila ayam  masak secukupnya masukkan semua sayuran. Taburkan garam, gula, perasa secukup rasa.
  • Goreng seketika utk mengekalkan kerapuhan sayur & bolehlah dihidangkan.


2 comments:

  1. hehehe kita pun lepak2 kat umah je hari ni. hubby ngan anak2 dah naik boring. Esok tak tau le cam mana pula

    ReplyDelete
  2. tue la ....same la k.sam..blk kg tp duk umah jer...lepak2 n borak2 dgn adik...;))

    ReplyDelete