Sunday 19 February 2012

NASI BERIANI

NASI BERIANI

Assalammualaikum


Selamat petang semua...tak kemana-mana petang nie? asz kejap lagi nak keluar bawa anak-anak beriadah di tepi tasik depan Pullman. Masing-masing sibuk nak p main basikal. 

Kalau x balik kampung atau pun teman en.asben ambil gambar tue la aktiviti asz dan family pada hujung minggu. Kalau dibiarkan dia org terperap je dalam rumah lagi la kesian, paling tidak pun keluar p playground di bawah.


Petang nie asz sharekan resepi Nasi Beriani yang asz buat Jumaat lepas untuk "potluck" di sekolah. Menu nie ringkas dah mudah bagi sesiapa yang baru mencubanya buat pertama kali. Resepi nie asz ambil drp blog CMG. 


NASI BERIANI

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )
  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus (asz x letak)
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam secukup rasa
  • Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu





Cara-cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. 
  • Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. 
  • Tumis hingga wangi. 
    Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. 

  • Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  • Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan pewarna oren dan kuning.
  • Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  • Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi .
  • Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  • Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. Asz hidangkan dengan Beriani Ayam.







No comments:

Post a Comment