Monday 2 December 2013

NASI ARAB MANDHI





Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pengunjung setia blog asz. Walaupun tuannya macam chips more...hehe sekejap ada sekejap hilang... bila dah cuti sekolah barulah asz berkesempatan nak mengupdate blog yang dah lama sangat bersawang... :)

Menu nie asz buat pada Khamis minggu lepas... adik dan mak datang singgah makan tengah hari sebelum mereka p bercuti...menu yang mudah cuma byk rempah ratus yang diperlukan dalam menu nie dan juga kebanyakan menu makanan arab yang lain...





Nie 1st time asz buat nasi arab..selalunya p makan di Marhabah (dpn MMU) atau di Saba' (Cyberjaya, order 2 set dah cukup untuk makan 4 orang...memang best nasi arabnya...boleh la p bila kelapangan...mmg x rugi, kalau ayam dalam rm8-10 dan kalau kambing dalam rm13-15.

Resepi nie asz ambil dari Blog Raidah, agak mudah cuma ada sukatan dan bahan yang asz tak gunakan.



NASI ARAB MANDHI
Sumber : Raidah

RESEPI AYAM
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( asz gunakan rempah campuran - ada asz sertakan dibawah bahan2nya )
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron (asz guna serbuk kunyit)
  • Aluminium foil.



Cara penyediaan ayam:
  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan serbuk kunyit(pewarna kuning). 
  • Perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. 
  • Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

##Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.








Resepi Nasi

Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus 
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning dan oren
  • Garam secukup rasa.







Cara penyediaan nasi:
  • Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. 
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  • Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering,titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan oren, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.



Resepi Sos Salatah:

Bahan-bahan sos:
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) 
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.




Cara penyediaan sos:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.




Sos Sadri Mayo

Bahan-bahan sos sadri:
  • 1 cawan mayonis
  • 3 batang daun sadri(dikerat pendek)
  • sedikit perahan lemon




Cara penyediaan sos sadri:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.





Homemade Rempah Kabsah 

Bahan-bahan rempah:
  • 1 sudu makan bunga cengkih 
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 sudu makan jintan manis 
  • 1 sudu makan jintan putih 
  • 2 sudu makan biji ketumbar 
  • 1 sudu makan buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit


Cara penyediaan rempah:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 tadi sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.


**Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.




Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato, kubis putih serta ulam2 kampung.
~ sedap di mKn bersama sos sadri.






Sunday 6 October 2013

NASI DAGANG KELANTAN senang jer rupanya.... :)



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua...
setelah beberapa bulan menyepi...timbul balik asz...hehe...hari nie baru berkesempatan mengupdate blog yg telah bersawang tebal....hehe..

Minggu nie asz sibuk menguruskan barang2 keperluan mak untuk menunaikan haji, alhamdulilah mak selamat berangkat ke Makkah semalam...rezeki yang tak diduga...mengantikan anak buah abang ipar yang tak dpt pergi disebabkan masalah mahram....semoga mak dikuatkan semangat,kesihatan yg baik dan dapat menziarahi kubur arwah abah di sana...sampaikan salam rindu kami kpd arwah....InsyaAllah mak balik pada 16 Nov ...sama tarikh arwah abah meninggal...Al-Fatihah dr kejauhan...rindu yang teramat sangat ...yang xdapat dilontarkan dgn kata2...semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....amin


Petang nie asz nak kongsi bersama menu yang tertangguh lama sudah....menu yang asz dan husband suka sgt...kalau p pasar malam hari Isnin/Khamis di rumah kakak di Salak Tinggi sure beli...tue la kannn...tak kenal maka x chintaaaa....


Dulu sebut jer ikan tongkol...kembang jer rase tekak nie...pada hal...try pun tidak.... alih2 bila sekali cube... wowwww...terangkat u...hehehehe....lepas2 tue selalu la membeli...tp kdg2 terkena juga gulai yang tak kena dengan selera...tue yang cuba juga membuatnya...terpaksa la minta tolong dengan kawan2 pantai timur resepinya...dan berasnya Masnun yang belikan dari Kelantan...tqsm  & sayang u olss...  :)


Dan yang memalaskan asz buat selama nie...sebab ada yang ajar...nasinya perlu dikukus...pastue kena kuarkan dan gaulkan pula dgn santan dan bahan2 yang lain...so yang nie asz terus jer guna rice cooker....mudah begitu...macam masak nasi lemak...sesuai la ngan asz yang pukul 6 lebih baru sampai rumah... :)


NASI DAGANG KELANTAN versi mudah....






NASI DAGANG

Bahan-bahannya:
  • 1  kg beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 4 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
  • 1 sudu besar rata halba
  • santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
  • santan cair 2 cawan (sesuaikan dgn sukatan air beras)




Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 2 - 3 jam. Toskan.(asz rendam sekejap jer)
  • Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi dan curahkan santan tadi serta bahan2 hirisan dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
  • Apabila sudah masak gaul sebati nasi dagang itu tadi.
  • Sedia di nikmati bersama dengan gulai ikan tongkol.



 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahannya:
  • 1 kg ikan tongkol (di siang & dibasuh bersih)
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi akar
  • 3 cm lengkuas ~ dihiris
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 biji kelapa (1 cawan santan pekat,2 cawan santan cair)
  • 1 batang timun ~ dipotong serong
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu serbuk jintan putih }
  • 1 sudu serbuk jintan manis}di gaul rata
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam}
  • garam secukup rasa













Cara-cara Penyediaannya:
  • Ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...biar seketika
  • Racit halus bawang merah, bawang putih, lengkuas,serbuk kunyit.
  • masukkan bahan-bahan yang telah di racit ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama rempah2nya
  • Kemudian, masukkan bawang yang siap digaul tadi, garam dan tumiskan hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit santan cair dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
  • Kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili api akar.
  • Kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih.
  • Hidangkan bersama-sama nasi dagang.








ACAR TIMUN

Bahan-bahannya:
  • 2 biji timun 
  • 1 biji lobak merah (carot)
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • sedikit cuka (asz x letak)



Cara Penyediaannya:
  • Cuci timun dan carot diracit halus memanjang (kecuali bahan empulurnya bg timun). 
  • Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.















Wednesday 24 July 2013

STEAK DAGING & AYAM untuk MENU BERBUKA





Assalammualaikum dan selamat petang semua...

Demam melanda...badan seram sejuk jer nie...nak telan obat pose pula...apa kan daya gagah kan jua...
x mampu nak bercelotoh panjang...cuma ingin sharekan menu western untuk juadah berbuka pose yang asz buat 2 hari lepas...asz buat daging untuk suami dan ayam untuk anak2....sekali skala kita ubah selera la kannn....



Asz gunakan daging batang pinang, yang asz beli di kampung hari tue...dan masak gunakan periuk ajaib yang merah tue...(hehe ajaib la sgt),tapi mmg hasilnya sangat memuaskan....dapat daging steak yang still moist,cer tgk kat bawah tueeee  :)











STEAK DAGING & AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging batang pinang/daging ayam
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu butter/olive oil
  • 2 sudu mixed herbs


Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan kesemua bahan dan perap selama 3 jam.
  • Panggang daging di atas pemanggang
  • Jika daging sudah lembut dan masak, hidangkan bersama sos lada hitam.






Mashed Potato

Bahan-bahannya:
  • Beberapa biji kentang russet (dibasus bersih kulitnya dan rebus dgn kulit skali)
  • Susu segar
  • Lada hitam/ lada sulah
  • Butter


Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebus kentang sehingga empuk.Kupas kulitnya.
  • Toskan sehingga air tiada. Lenyekkan semua kentang.
  • Masukkan butter mengikut citarasa anda. Lenyek sehingga rata.
  • Masukkan lada hitam/ lada sulah menambah perisa.
  • Untuk hasil yang gebu dan rasa yang enak, masukkan susu segar mengikut citarasa anda.










GRAVY

Bahan-bahannya:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 tin cendawan butang(boleh juga cendawan butang yg fresh/kering)
  • Butter untuk menumis
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 kiub ayam
  • 3 1/2 cawan air
  • Lada hitam
  • Lada sulah


Cara-cara Penyediaannya:
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga berwarna kecoklatan
  • Masukkan tepung jagung (tanpa dibancuh) ke dalam tumisan bawang tadi. 
  • Tumis sehingga warna coklat.
  • Masukkan air.
  • Masukkan kiub ayam,cendawan,  lada hitam dan lada sulah.
  • Kacau sehingga mendidih. Kalau pekat atau masin, bolehlah ditambah air.
  • Kalau nak kuah yang agak pekat tambahkan tepung jagung yang di bancuh dan kacau rata.
  • Apabila kuah masak sekata tuangkan ke atas steak dan mashed potato.















KENTANG WEDGES CRISPY


Bahan-bahannya:
  • 6 biji kentang russet (bersaiz besar & bentuk lonjong) 
  • 1 ¼ cawan tepung beras 
  • ¼ cawan tepung jagung 
  • ¾ ~ 1 cawan air 
  • 2 sudu besar rata rempah kari daging 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis 
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam 
  • 1 biji telur ayam 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak secukupnya



Cara-cara Penyediaannya:
  • Basuh & bersihkan kulit kentang hingga bersih. 
  • Rebus kentang dalam air tenggelam setengah masak selama lebih kurang 10 ~ 15 minit. 
  • Angkat, tos, sejukkan seketika & potong bentuk baji (wedge). (Jika kentang jenis lain digunakan / yg bersaiz kecil, masa merebus perlu dikurangkan) 
  • Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung jagung dan segala jenis rempah, pati ayam, garam, telur & air lalu dikacau menggunakan whisker. 
  • Bancuh sehingga sebati dan menjadi batter yg sesuai utk menggoreng. 
  • Panaskan minyak dlm kuali. 
  • Bila minyak panas, celupkan kentang tadi lalu gorengkan seperti biasa. 
  • Balikkan bila nampak garing keemasan. 
  • Hidang kentang wedges goreng tepung ini dengan sos chili mayo atau kuah black pepper tue tadi











Monday 22 July 2013

CEMPEDAK GORENG CRISPY

Assalammualaikum dan selamat petang semua...





Bestkan bau dia????kalau terbau...mmg dah kecur air liur nie...cempedak nie abang ipar asz yang bagi,masa balik kampung hari tue...cantikkan isinya...best,sayang nak makan...buat goreng pun skit2 jer...hehe  :)









Memang faveret asz la cempedak goreng nie...kalau dpt cempedak arwah abah punya lg la best...cempedak arwah abah warna oren isinya,teringat dulu kalau musim cempedak....byk sangat buahnya...asz kena jadik tukang pegang tangga, arwah abah panjat nak balut buah cempedak yang tinggi2...tapi sekarang x banyak yang dapat makan....banyak yang disedekahkan pada monyet2. Kadang2 habis yang muda2 pun dia gugurkan...Sayangkan...:( Tapi mak pesan jangan marah2 dia...kalau marah lagi la dia buat macam2...so kita orang niat sedekah jer la...tapi masih juga ada gak yang dapat di makan walaupun x banyak macam dulu...




CEMPEDAK GORENG CRISPY

Bahan-bahannya:
  • isi cempedak secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu marjerin
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng





Cara-cara Penyediannnya:
  • Panas kan minyak. 
  • Campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair.
  • Ambil marjerin masukkan kedalam adunan tadi dan kacau hingga larut.
  • Masukkan cempedak dan goreng.
  • Ceraikan cempedak goreng jika dia melekat satu sama lain (agar masak sekata)
  • Angkat bila cempedak di goreng sepenuhnya atau bila warnanya kuning keemasan.
  • Hidangkan panas2