ROTI CANAI
Cara-cara Penyediaannya:
*1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 14 keping roti
canai. Mengikut size sendiri.
Assalammualaikum
dan salam sejahtera dan selamat pagi buat teman-temanku....
Sebut je roti canai...tekak dah mula la terasa2 roti canai mak... asz memang rasa roti canai mak yang terbaik yang pernah asz makan setakat ni. Kalau dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah.
Apa yang asz rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal.
Selalunya kalau ramai yang balik mak buat dalam sekilo tepung. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 14 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tue belum termasuk kalau ada yang request nak roti sardin atau pun roti telur...
Tue yang takut xde sapa yang mewarisi resepi dan kepakaran tue asz pun cuba dan mengagahkan diri membuatnya... time2 bujang dulu mak suruh belaja buat dalam 2 keping jer...bila dah terer baru leh nak buat sekilo tepung...hehehe
ROTI CANAI
Bahan-bahan :
- 1 kilo tepung gandum
- 4 sudu majerin
- 500ml air
- 3 sudu susu pekat
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 1 biji telur
Cara-cara Penyediaannya:
- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
- Tuang air sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
- Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing2...
*1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 14 keping roti
canai. Mengikut size sendiri.










Slmt berpuasa As.nengok roti canai As ni....elok jadinya...nampak rangup je bhg luar...mmg tip top.akk mmg tak pass buat roti canai. anak2 pula suka betul mkn roti canai.nanti nak cuba resepi As ni....
ReplyDeleteThanks mama..tue la asz blaja drp mak...mmg kalau buat tue semua xsabar nak duduk mkn...hehe, nnti mama try k...mesti lg tip top gituee..hehe
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Thanks WOM....salam kenalan juga.....akan dikunjungi...:))
Delete