Sunday 29 July 2012

BISKUT DAHLIA CHEF HANIELIZA's....mood mengukis sudah bermula..hehe

BISKUT DAHLIA

Assalammualaikum dan selamat petang semua....
Sekejap jer dah petang...esok dahhhh kembali bekerja... asz masih di kampung lagi...malam nie baru bergerak balik lepas berbuka di rumah suami di Alor Gajah....







Hari nie genap 8 hari semua umat islam berpuasa...tapi yang best nya lagu raya ada yang dah berkumandang di radio-radio pilihan....Maka dengan itu mood raya macam dah marayau2 dalam badan nie... hehe, tapi asz sebelum raya nie  kena la berperang dengan 2 perkara besar , yang pertama persiapan raya dan yang kedua menanda kertas percubaan yang akan bermula minggu depan...semoga segalanya berjalan lancar..aminnn









Biskut pertama menjadi pilihan asz tahun nie adalah biskut tradisional dan menjadi biskut feberet asz...iaitu Biskut Dahlia resepinya asz ambil daripada resepi Chef Hanieliza...tapi kak liza punya lagi mekar2 bunga dahlianya...xpela nnti kalau sempat  buat satu lagi adunan...:))










BISKUT DAHLIA
sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahan :
  • 225 gm butter
  • 110 gm gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 s/k esen vanilla
  • 70 gm tepung jagung
  • 120 gm tepung kastad
  • 170 gm tepung rose/tepunng gandum
  • coklat chip sebagai hiasan

Cara-cara Penyediaannya:
  • Gaulkan butter dan gula ising sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
  • Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
  • Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
  • Letakkan coklat chip ditengah adunan yg dipamkan.
  • Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
  • Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara. 
















4 comments:

  1. Salam kenal Asz... feveret kite biskut dahlia ni dari zaman budak2 lagi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. FNF....salam kenalan jua..thanks sudi sggh di sini..:)) sama la ngan asz kuih lama....drp kecik mesti crk kalau p raya..:))

      Delete
  2. salam asz cyg
    wahh dah mengukis yew..fav btl kuih nie..time raya mana2 ada kan..chumill2 kukis asz tue:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm zila mucyuk....hehe
      tue la..try panas2kan oven tue...hujung mggu baru lancarkan projek..:)) cumill mcm tuannya..hehe...thanks zila :))

      Delete