Monday, 23 January 2012

MEE KARI ala CHEF WAN

Assalammualaikum...


Selamat Tahun Baru Cina 2012  kepada rakan-rakan  dan students asz yang berbangsa cina.... meriah betul malam nie dan malam semalam, berdetum detam meletup2 bunga api sana sini….bunga api pulak bukan yang biasa2 ....macam bunga api di pertunjukkan Floria  Putrajaya jer...hehehe. Semuanyer bercahaya memang meriah  dengan percikan ...kite orang siap duk kat luar nak tengok bunga api…tumpang sekaki...;))  


N3 malam nie berasaskan mee...menu yang agak berat...sebabnya kaya dgn pelengkap rencahnya...



Rencah yg paling wajib ada dalam mee kari sudah tentu la kerang...yg lain2 ikut la selera masing2.... fish ball @ tauhu @ sayur-sayuran dll...






MEE KARI ALA CHEF WAN


Sumber : Chef Wan


Bahan-Bahan:
  • 350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
  • 200 gm bebola ayam
  • 150 gm udang
  • 250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
  • 600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
  • 200 gm taugeh (dicelur)
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
  • 3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
  • 2 s/besar minyak sayuran
  • 40 gm rempah kari (dijadikan pes)
  • 500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
  • 3 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
  • 2 cm halia }
  • 3 cm kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 kumtum bunga lawang
  • 3 biji bunga pelaga
  • 2 biji tomato
  • 3 tangkai daun kari
  • 650 ml air
  • 1/2 s/kecil garam
  • 1 keping asam keping




Cara-cara Penyediaannya: 

  • Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning,di atas api kecil.
  • Masukkan pes rempah kari, daun kari, tumis sehingga harum.
  • Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak di atas api sederdana selama 5 minit.
  • Masukkan udang dan bebola ayam.
  • Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.
  • Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.
  • Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya.



4 comments:

  1. asmah... akak sukaa sangat mee kari.. kalau terrrtengok, susah hati ni.. mcm nak kene buat. tak cukup rempah pung xpe asal mee kari tu masih mee kari. ikikiki.. tapi kalau makan ngan bawang goreng tu.. mak haii sedap la sangat ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak..suka sgt...tp kdg2 bila beli frust gak akalu dpt yg cair jer kuahnya dan x bhn2nya ciput...hehe

      Delete
  2. Asmah, sedapnya mee kari.. Akak suka gak mee kari.. Perah asam limau dan boh cili potong..mmg best.. Kuah kena panas2 baru lagi umph..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mmg umphh kn kak kalu pns2...

      Delete