Saturday, 7 January 2012

AYAM MASAK KURMA

AYAM MASAK KURMA

Assalammualaikum...

Lewat bersiaran asz hari nie....agak sibuk sedikit hari nie ...mak,adik asz n suaminya datang tidur semalam di rumah...adik n suaminya ada majlis kahwin member sekolahnya dolu2 di Dewan Puspanita Presint 10 esok...

Pagi lg asz dah keluar ke pasar beli ape yg dirancang untuk juadah  mereka nanti... Antara menu yg berjaya menjadi pilihan hati asz hari ini ialah...Ayam masak Kurma, ikan Patin goreng, sup sayur Park Choy bercendawan, puding Kiwi dan nasi Himpit bersama Kuah Kacang... 

Untuk entri yg nie asz sharekan resepi Ayam Masak Kurma, resepi yang lain nanti asz masukkan lg k...:))




AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ayam ( dipotong2 dan di bersihkan 
  • 2 paket rempah kurma
  • 1 labu bawang besar ( hiris )
  • 3-4 biji bawang merah ( hiris )
  • 3 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 1/2 inci halia ( tumbuk )
  • 4 biji kentang ( kupas kulit dan potong 4 )
  • 200 g santan pekat
  • 1-2 keping asam gelugur
  • rempah 3 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, pelaga )
  • garam, serbuk perasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • daun ketumbar – hiasan
  • Cili padi – letak sebiji2 – hiasan
  • Lobak merah - tambahan




Cara2nya :
  •  Tumis bahan hiris, bahan tumbuk dan rempah 3 sekawan hingga wangi dan naik minyak.
  •  Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur dengan sedikit air.
  •  Masukkan ayam, kacau seketika.
  • Kemudian masukkan air dan kentang.
  • Tutup periuk dan masak hingga ayam 3/4 empuk.
  • Masukkan santan pekat, asam gelugur, cili padi. kacau selalu…
  •  Bila ayam empuk sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan… dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan...




Resepi nie sgt sesuai kalau di makan dgn nasi Beriayani @ nasi Minyak ataupun seangkatan dgn nye... tapi  asz lbh suka kan nasi putih...tapi bile teringin buat jgk... Selamat mencuba yea...;))


No comments:

Post a Comment

Post a Comment