Sunday 22 January 2012

GARLIC ROLL with MUSHROOM SOUP

GARLIC ROLL

Assalammualaikum...

Sejuknya pagi nie....Putrajaya disimbahi hujan pagi nie....dapat pulak cuti sekolah lg la bemalas-malasan asz hari nie... hehehe...

Hmmmm....sedapnye bau dr dapur...harum semerbak satu rumah....dapat pulak duduk apartment mau satu blok  tersebar baunye....hehe

Pagi nie asz  sajikan suami, anak2 dan adik serta suaminya Garlic Roll bersama Mushroom Soup...
Memang menyelerakan....Bau dia je dah buat kita x sabar nak menikmatinya....hurmmmm



Anak-anak asz memang suka sangat Mushroom Soup...memang sentiasa je ada stok Mushroom soup segera kat rumah.... bila dia orang teragak je asz buatkan...


Selalunya Garlic Bread asz cuma buat spread dia dan sapukan di Roti Prancis dan bakar...tapi kali nie asz buat sendiri rotinya...tiada bandingnya rotinya segar, masih panas dan  baunya yang harum semerbak..... lagi la memuaskan hati jika rotinya dibuat sendiri....


Bau bawang putih dan daun ketumbar yang digabungkan mmg menaikkan lagi aroma roti ini...dapat pula dimakan panas2 dan dicicah dgn Mushroom soup...perggghhh...bukan main sodap...hehehe




Resepi  nie asz selongkar dari blog Kak Madiha , pastue tgk ada pulak di dapur Kak Ita Masam Manis lagi la jatuh hati pandang pertama.....terus  jer asz terpikat dah dgn resepi nie....hehehe .Tue yg tunggu ramai skit baru mencuba...kebetulan daun ketumbar pun ada lg dalam fridge...apa lagi, pagi2 lagi asz dah bangun menguli....:)) 

Resepi asal adalah dari blog My Singapore Kitchen milik   
Kak Suhaina. Terima kasih kerana sudi sharekan resepi nie kak...aromanya...gebunya dan keenakkan Garlic Spread tue mmg menyelerakan... 




GARLIC ROLL



Sumber : 
Kak Ita Masam Manis


Bahan-bahannya:
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2-3 sudu besar olive oil 





Cara-cara Penyediaannya:
  • Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  • Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
  • Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  • Doh akan naik sekali ganda
  • Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  • Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  • Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  • Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
  • Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  • Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  • Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
  • Kita akan mendapat 8 potongan doh
  • Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  • Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  • Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
  • Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.( asz taburkan mix herbs)
  • Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit





GARLIC SPREAD


  • 50 gm Butter bergaram (suhu bilik)
  • 3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
  • 2 pokok daun ketumbar ( dicincang halus)
  • secubit garam 
  • sedikit lada hitam kisar 
  • Gaulkan semua bahan
  • Siap digunakan.





No comments:

Post a Comment