Sunday 15 January 2012

MEE GORENG ala-ala MAMAK...

MEE GORENG

Assalammualaikum....

Selamat pagi semua...semoga pagi Ahad ini memberi keceriaan dan keberkatan buat semua...

Apa perancangan hari nie??? kalau di Putrajaya byk tempat2 riadah yang boleh dibawa anak2 main basikal... Taman2 di Putrajaya sgt2 menarik...seperti Taman Botani, Taman Wetland, Taman Warisan dan terdapat juga banyak kolam renang awam di sini ..... bayaran masuknya pun murah je...dewasa RM2 dan kanak2 RM1...

Maklum la asz di sini tinggal di apartment... anak2 asyik main basikal dlm rumah jer...tue yg hujung minggu kalau tak balik kg asz bwk dia org beriadah.... selalunya dia org ajak mandi swimming pool  yg bersebelahan Pullman...

Dah sarapan? sarapan hari nie asz masak mee goreng ala2 mamak....xtau la kenape panggil mee mamak kn??? mungkin bezanya dia agak kering berbanding dgn mee2 yg lain.


MEE GORENG ala2 Mamak


Bahan-bahannya :
  • 2 kg mee kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 batang sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong kecil)
  • 60 gm isi udang dan isi ayam
  • 1 cawan cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • Sedikit minyak untuk menumis



Bahan hiasan:

  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng 
  • Limau nipis



Cara-cara Penyediaannya :

  • Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
  • Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
  • Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
  • Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
  • Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika sehingga sebati.
  • Apabila sudah sebati , bolehlah dihidangkan dan hiaskan dengan hirisan cili merah, daun bawang, limau dan taburkan dbawang goreng.



No comments:

Post a Comment