Sunday 19 February 2012

PUDING ROTI MARBLE order from KAK MIDAH

PUDING ROTI MARBLE

Assalammualaikum 


Selamat pagi kepada semua readers yang setia mengunjungi blog asz yang baru berusia 3 bulan nie... terima kasih asz ucapkan.Dunia masakan adalah salah satu minat asz,minat nie datangnya daripada ibu asz sendiri...banyak masakan dan petua asz pelajarinya. Berpuas hati + seronok + hilang penat jika hasilnya menjadi terutamanya menu2 yang baru pertama kali mencuba dan tambah2 lagi bila hidangan tersebut habis di makan...


Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi cetusan idea bagi yang buntu dalam menyediakan menu2 istimewa buat yang tersayang....;))







N3 pagi nie adalah Puding Roti Marble yang ditempah oleh Kak Midah untuk meeting PIBG hari tue.Dua menu yang asz buat untuk meeting tersebut iaitu puding nie dan mee udang goreng basah.



PUDING ROTI MARBLE
Sumber : Pn Hana Kanazawa

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur (asz x ltk)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
  • pewarna pink





Cara-cara Penyediaannya:
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn).
  • Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal.  
  • Satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu lagi masukkan pewarna pink 2 titik. kacau cepat2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis!
  • Ketika melapis @ me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding @ agar2 nih mudah sejuk @ membeku.



No comments:

Post a Comment