Tuesday, 18 September 2012

PRINCESS DOLL CAKE for TISYA,ALONG,FIFA n AFIQ BIRTHDAY

PRINCESS DOLL CAKE 

Assalammualaikum dan Salam sejahtera buat semua yang dirindui....
        Lama sangat dah rasenya asz p bertapa....dn lama juga la "Asam Garam" menyepi tanpa berita....hehe. Tuan rumah leka benar beraya sebulan dan sibuk mengadap  pelajar2 PMR asz yang tinggal beberapa hari saje lagi untuk exam....apakan daya ...sampaikan blog pun terabai...:))






N3 asz pagi nie adalah kek yang asz buat khas untuk anak dara asz Tisya, sempena Ulang Tahun Kelahirannya yang ke-6,baru2 nie....Majlis kali nie dibuat di rumah Kak Lang asz di Salak Tinggi....kebetulan family asz dari Melaka datang beraya ke rumah kakak n asz.






Bila dah buat Majlis Hari Jadi.....maka dengan rasminya yang2 kecil2 nie pun mengaku Birthday masing2....sebab tue kena sediakan untuk semua kalau tak mahu ada yang duk meraung atau merajuk...ermmmm...tiup lilin pun semunya nak merasa..kalau ada yang xdapat tiup...kena la,dihidupkan semula api lilinya...sampai la semua berpuas hati...hehe



Malam tue kami buat BBQ dan meraikan Ulang Tahun Kelahiran 4 orang serentak iaitu Tisya anak asz,Along asz iaitu Jamal, Fifa dan Afiq anak Kak Lang asz....kesemuanya lahir pada bulan September.

Macam2 menu malam tue, kakak2,adik n mak sediakan menu BBQ iaitu ikan,sotong,kambing,sosej dan ayam. Asz pula puding dan kek. Mak Long asz bawakan jagung untuk di bakar.....Alhamdulilah semuanya berjalan lancar...







CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder


Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan.(asz gunakan acuan span kek dan buat trs 2 adunan)
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.







BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
  • Sebelum hiaskan princess doll kek, asz potongkan sedikit kelilingnya bagi mendapat bentuk skirtnya...







7 comments:

  1. comelnya la kek barbie doll nih...adda kecik2 dulu xde pun kek2 cm skrg..dpt pulut kuning ngn telur pun jadi la..mana ada lgi kek2 cmnih..hiihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks adda....mmg pun...kalau ada mau jdk tatapan yg lain...bikin gempak la kalau mak buatkan kek mcm nie ms kecik2 dulu...hehe

      Delete
  2. salm asz cygg,
    mizz u la..cantik pulak kek tue..pink lg:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm zila cyggg....mizz u too la...:) almaklum tuan rumah lama dah x mengupdate...thanks dear....i like too :))

      Delete
  3. Build-it-yourself Search Engine Marketing SEO in your Web-site

    My web site :: lawyer search engine optimization
    Also visit my web page leads for lawyers

    ReplyDelete