Monday 13 August 2012

CHIFFON CHOCLATE CAKE topping CHOC CHIPS....

CHIFFON CHOCLATE CAKE


Assalammualaikum....
Salam pagi Isnin buat semua yang tersayang....ada yang kata "Blue Monday"....hehe....mana taknya...hari pertama bekerja setiap minggu...mendung jer muka tue hari nie....cuba tgk hari Jumaat....ermmmm...senyum sampai ke telinga...heehee
Apa2 pun....bila mencari rezeki...hati kena sepenuh hati...sebab itu la punca keberkatan kita....

Tak boleh nak celoteh panjang...sebabnya nak siap2 ke sekolah dah...N3 pagi nie adalah order daripada student asz, Presanth Nair....pencinta kek  :))

Kali nie dia order kek chiffon coklat topping buttercream n chips. Thanks dear for ur order...:))














Bahan-Bahan Untuk Kek:
  • 200 gm gula,
  • 200 gm tepung gandum;
  • 5 biji telur
  • 15 gm serbuk koko
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara Penyediaannya:
  • Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
  • Masukkan esen vanilla,tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
  • Gaulkan adunan hingga sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang segi empat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200'c selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.











BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.




















No comments:

Post a Comment