Tuesday 6 March 2012

MUFFIN COKLAT CADBURY buat bekalan family tersayang...


MUFFIN COKLAT CADBURY

Assalammualaikum


Muffin nie asz buat sebagai bekal family di airport petang semalam. Resepinya asz ambil dari Yani My resepi.Asz sharekan disini. Resepi yang mudah dan sedap.Penggunaan tepung juga tak banyak mana dan tak perlu pukul adunan sampai kembang semangkuk, cuma perlu gaul atau kacau hingga sebati.


Alhamdullilah 12 orang family asz menunaikan umrah dan menziarahi kubur arwah abah di Mekah tahun nie.Mak, k.lang bertiga, k.ngah juga bertiga,ucu dan mak busu,mak long dan mak cik iaitu besan mak.Semoga mereka selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah.


Sedeh rasanya...macam nak juga terbang ke sana.  Terbayang2 muka arwah abah yang dah hampir 4 tahun meninggalkan kami. Asz rindu abah.... InsyaAllah ada rezeki nanti asz,adik,along dan bancik akan ke sana pula.Amin



MUFFIN COKLAT CADBURY
by: Yani My Resepi

Bahan-Bahan:
  • 200g coklat masakan Cadbury
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder





Cara-Cara Penyediaannya:

  • Cairkan coklat Cadbury. Gunakan kaedah "double boiler" .
  • Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. 
  • Panaskan oven sehingga suhu 170C.
  • Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. 
  • Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
  • Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  • Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  • Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sedikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.



No comments:

Post a Comment