Tuesday, 13 March 2012

LAGSANA menu makan malam...

LAGSANA

Assalammualaikum


Menu nie asz buatkan untuk makan malam tadi. Wanie n faiz xnak makan nasi malam nie, so deme request masakan lain selain dari nasi.

Asz pun jenguk la dapur tengok ape yang boleh di masak untuk makan malam nie.Akhirnya lagsana menjadi pilihan. Bila sebut lagsana,tisya terus cakap "tue makanan garfield kan ummi???" hehe... gelak  asz dengar, ingat pulak dia, pada hal lama dah cerita garfield tue...


LAGSANA 
by:Nazlieza


Kepingan lasagna
Keju parut cheddar


Bahan Untuk Sos Merah
  • Daging cincang (asz guna cap Ramli)
  • Tomato puri (asz guna sos puri Kimball)
  • Bawang besar - dipotong dadu
  • Bawang putih - dicincang
  • Tomato buah - potong kecil
  • Carot (dihiris kecil)
  • Kobis(dihiris kecil)
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Minyak utk menumis 


Cara-Cara Penyediaan Sos Merah
  • Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
  • Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan kacau sebentar
  • Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan angkat.








Bahan Untuk Sos Putih

  • Butter
  • Tepung Gandum (bancuh dgn sedikit air)
  • Susu segar
  • Cream mushroom pasta sauce/four cheese pasta sauce
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara-Cara Penyediaan Untuk Sos Putih

  • Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
  • Masukkan susu segar, kacau sebati
  • Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.








Cara-Cara Penyediaan Lasagna

  • Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
  • Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
  • Letakkan sos merah diatas lasagna
  • Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
  • Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak (kita buat 3 lapisan lasagna )
  • Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit ( ini ikut oven masing2) Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran 






6 comments:

  1. Salam Asz.. buka je blog aduss ternmpak lasagna menu dinner mlm tadi ya.. sesungguh nya bila lama berpantang makan ni kan dik buat akak drooling la sgt pagi pagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm k.ani..
      yupp menu dinner mlm td, boring dh katenya nk mkn nasi...bkn menu diet tau,phm2 saje la lagsana kn mewah dgn cheesenya..tue pun kurangkn skit,tkt nak tabur byk2...xpe k.ani nnti dah abis pantang leh la nk mkn mane yg teragak..:))

      Delete
  2. memang pandai masak.. akak kalau lagsana ni makan kat restoren je. tak reti lagi nak buat sendiri. haii rasa nak hulur je piring kosong. hehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...xde la kak,akak lg la hebat,leh jd sifu asz...nie pun 1st trial k.izah,kaedah cuba jaya...hehhe,bak sini pinggan tue nnti asz letakkn sepotong..:))

      Delete
  3. rasa terguda betul tengok ni ..macam nak makan sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jom singgah ,join sama k.umi...:))

      Delete