Saturday 10 March 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE order from ALONG SHAHIDA...

CHOCOLATE MOIST CAKE

Assalammualaikum



Kek nie order drp along shahida sempena birthday puterinya insyierah yang ke-7. Happy Besday auntie ucapkan...:))






CHOCOLATE MOIST CAKE


Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder










Cara-Cara Penyediaannya:
  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.

















TQSM along... :))

No comments:

Post a Comment