Wednesday 16 April 2014

FISH FILLET with YOGURT MINT-SAUCE



As salam dan selamat pagi buat semua...
Semoga beroleh keberkatan dan kejayaan hendaknya hari nie....terutamanya buat pasukan olahraga SMKPP11(2)...




Buat sahabat ku deena semoga kau terus ceria bersama meraka yang tersayang...

Hati ini ALLAH yang berikan untuk kita...
Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata...
Tapi janganlah lupa...
Hebatnya hati juga boleh menghancurkan Iman kita...
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu...
Jadi jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya...
Kadangkala kita terlalu menjaga hati orang lain... 
Sehingga membuatkan hati kita sendiri terseksa...

















Tahniah buat semua atlet yang berjaya mendapat pingat dan bagi tidak, InsyaAllah ada rezeki akan datang,...yang penting anda dah berusaha sebaik-baiknya dan mencapai the best PB masing-masing... bangga dengan ilman... starting from zero...dan baru berjinak-jinak dgn sukan semasa dia form 4 tapi semangatnya harus di puji...hehe..bagi yang terlibat untuk acara petang nie...Best of luck k... :) 


Kadangkala bukan mudah mendapat penghargaan daripada orang lain... cukuplah Allah SWT yang mengetahui dan menghargainya...InsyaAllah  :)

Entri hari ini sepatutnya asz sertakan bersama dengan entri lamb chop tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan...asz tangguhkan dulu...


Fish fillet nie asz buatkan kuahnya berasingan dengan lamb chop...tapi kalau di makan dengan gravy cendawan yang ada pun sedap jugak.


Kuah untuk fillet asz buatkan yogurt mint-sauce...memang beri kelainan rasenya...kena cuba baru tau...hehe











FISH FILLET with YOGURT MINT-SAUCE

Bahan-bahannya:
  • 4 keping kepingan ikan dory (di potong 2)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 inci halia - kisar 
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk tepung ubi/ tepung gandum
  • 1 mangkuk breadcrumps











Cara-cara Penyediaannya: 

  • Perap isi ikan tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram & garam. 
  • Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
  • Panaskan minyak yg byk dlm kuali. 
  • Pecahkan telur dan kacau rata
  • Ambil isi ikan dory tadi dan lumur ikan dengan tepung ubi/gandum sehingga rata
  • Celupkan ke dalam telur. 
  • Lumur pula dengan breadcrumps
  • Masukkan dlm minyak yg panas 
  • Goreng hingga garing. 
  • Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak. 
  • Hidangkan bersama-sama salad dan garlic bread atau wedges.









YOGURT MINT-SAUCE

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan plain low-fat yogurt
  • 1/2 batang timun (dibuang kulit dan bijinya)
  • 2 tangkai daun parsley
  • 3 helai daun pudina



Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan bahan-bahan tersebut dan dikisar halus.
  • Siap untuk dihidang bersama fish fillet tadi.




GARLIC BREAD
Bahan-bahannya:
  • Roti Perancis
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu mentega
  • 3 tangkai daun ketumbar
Cara-cara Penyediaannya:
  • Blend kering bawang putih bersama-sama daun ketumbar.
  • Gaulkan bersama mentega dan sapukan pada roti perancis yang telah di potong tadi.
  • Bakar selama 10- 15 minit pada suhu 140c
  • Hidangkan bersama fish fillet tadi atau buat cicah dengan gravy :)




4 comments:

  1. Salam asz...sedapnya nampak fish fillet with yogurt mint sauce nie...
    Kene cuba nie.....izinkan mama CnP yerr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mama...alhamdulilah mmg menyelerakan buat anak2 dan suami...sekali skala xmkn nasi... :) silakan mama

      Delete
  2. assalam asz. sedap menu ikan tu. Selama ni kalau beli hidangan mcmni kuat betul bau hanyir ikan..lain kali boleh cuba resepi ni. buat sendiri baru puasa hati yekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam mel......mmg hanyir kalau xkena cara buatnya...sbb tue asz still basuh ikan dgn air garam...dan perapkan dgn halia+bwg putih n garam...mmg puas k buat sendiri mel.. :)

      Delete