Monday, 16 June 2014

FRESH BLUBERRY CHEESE CAKE sempena HARI BAPA...












As salam dan selamat bertemu kembali...setelah lama menyepi...
           
             "SELAMAT HARI BAPA"

Buat semua bapa@ayah@abah@daddy... juga buat yang dirindui arwah abah...kejap masa berlalu hampir 4 tahun arwah abah meninggalkan kami...hanya doa yang dapat kami kirimkan...


Ya ALLAH.. Sampaikanlah seumpama pahala bacaanKu kepada roh ayahku dan bapa mertuaku... Hj Md Yusof bin Ahmad & Hj Ab Aziz bin Isa. Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


Buat suamiku tersayang...Noor Azlan Bin Ab Aziz...semoga terus mencapai impian seorang ayah dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan terpilih dunia & akhirat. Terima kasih kerana memberikan asz,tisya & haziq kasih sayang...

Tidak lupa juga buat abang2 dan adik ipar ku along, bancik, b.mie,b.mat,sopi(bakal ayah), dan ipar2 ku along zahan, b.bidi, b.tam, b.ni, wan n fadhli(bakal ayah) "Selamat Hari Bapa" semoga menjadi ayah yang hebat buat anak2 mu di dunia & akhirat...InsyaAllah :)





FRESH BLUEBERRY CHEESECAKE


Base Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria


Bahan-bahan:
  • 100g tepung kek/tepung superfine
  • 90g gula kaster
  • 55ml minyak masak
  • 50ml susu segar
  • 20g serbuk coklat
  • 10g ovallet
  • 3biji telur gred A
  • 1/2 st baking powder
  • 1/2 st esen vanila



Cara-cara Penyediannya:
  • Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.
  • Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
  • Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.
  • Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit atau hingga masak.











Bahan-bahan Untuk Cheese Filling:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 sudu perahan lemon atau perisa vanila
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream 
  • 3 biji Telur - pukul sedikit
  • fresh bluberry


Cara-cara Penyediaannya:

  • Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. 
  • Campurkan gula, parutan & jus lemon (atau perisa vanila) dan tepung jagung. 
  • Pukul lagi sehingga smooth.
  • Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. 
  • Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. 
  • Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama dan masukkan fresh blueberry ke dalam adunan dan kacau.
  • Tuangkan adunan ke atas base span kek tadi. 
  • Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
  • Sejukkan kek pada suhu bilik. (Biarkan sekejap di dalam oven supaya tidak merekah) 
  • Sejukkan sekurang2 nya 6 jam untuk di sapukan dengan cream cheese frosting.




Cream cheese frosting 



Bahan-bahannya:

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising


Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • Gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  • Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Hias kek dan sejukkan semula sebelum di potong.






2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Sungguh menggamit selera. Selamat haribapa buat semua yg bergelar bapa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam watie....thanks wati..selamat harai bapa juga :)

    ReplyDelete