Friday, 27 June 2014

CHOCOLATE SPONGE CAKE.... kek padang bola yang tidak pernah menjemukan Ammar Haziq :)






As salam....cepatnya masa berlalu...hari nie adalah Jumaat terakhir di bulan Syaaban...  Ramadhan pula berkunjung tiba...




"Marhaban Ya Ramadhan....Selamat datang bulan suci Ramadhan 1435 Hijrah/ 2014 Masihi...." Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua...somoga semua amalan kita di bulan suci ini mendapat keberkatan dan lebih baik dari  tahun2 sebelumnya...amin

Semalam prasekolah haziq buat majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir dari bulan 1 hingga bulan 6... seperti biasa bila di tanya..sure nak kek padang bolanya saje... huhu... nak ikutkan badan dh xlarat dah semalam...sebabnya baru sampai dari kampung checkup kaki husband dgn pakar...tp siap pulak haziq n tisya sanggup nak menolong n meneman asz buat kek malam tue...heheh.. akhirnya ku gagahkan jua...demi anak2... :)  



Asz buat kek yang mudah dan cepat di masak jer..kek coklat span... dan hiaskan bentuk padang bola pada keknya...memang dia excited sangat dgn kek nie...biar pun dah banyak kali membuatnya...hehe




Majlis sambutan yang sangat meriah...siap dijemput badut...sure la budak2 happy sangat...terima kasih buat semua cikgu2 prasekolah yang berjaya melaksanakan majlis ini dan yang penting budak2 happy sangat...Terima kasih cikgu :)

Semoga ammar haziq menjadi anak penyejuk hati .... anugerah dan amanah Allah SWT buat ummi & ayah...se




Di sini asz kepilkan skali pic step2  buat kek nie...


CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber : Kak Nina Sweetlily

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette (asz x letak)
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder 
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung/minyak masak/butter yg di cairkan

Cara-cara Penyediaannya :
  • Pukul telur, gula dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk.
  • Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan.
  • Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik dan kacau rata.
  • Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c.
  • Bila kek dah masak.keluar je dr oven, hentak2 skit dengan perlahan.
  • Lepas tu terus sejukkan kek di redai dan apabila dah sejuk baru lah dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing.









kek yang telah siap di bakar...asz buat dua lapis....


Krim Mentega
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 150gm mentega
  • 350gm krimwell
  • 180gm sirap gula/susu krimer pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising


Cara-caraPenyediaannya:

  • Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  • Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
  • Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan untuk hiasan kek.



Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega







pukul hingga betul2 kembang dan bertanduk




buatkan lapisan krim antara kek...








letakkan kek yang kedua di atas lapisan krim tadi


 sapu nipis krim di keliling kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan nozel rumput, supaya krimnya melekat antara kek dan krim...



Ini kek yang telah selamat di hias...nak cepat dah time nie...hehe

No comments:

Post a Comment