Tuesday, 1 July 2014

SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL buat anak berbuka puasa





As salam dan selamat pagi buat semua...ahamdulillah...dah masuk hari ke-3 kita menjalani ibadah puasa...semoga kita terus kuat dan dapat menghidupkan bulan yang penuh berkah ini.

Dari Abu Hurairah , ia berkata,Rasulullah memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

InsyaAllah...

Macam mana la agaknya ragam anak2 kecil yang berpuasa yea...hehe... macam2 gaya nak memujuk mereka supaya bertahan sehingga berbukakan... kalau asz, kena la memujuk mereka dengan hidangan berbuka yang mereka suka atau kena la bukakan siaran tv kartun jer la sepanjang petang bagi meraka leka....huhu, Tapi jangan lupa ingatkan solat mereka yea...nanti penat jer meraka menahan lapar...tapi solat 5 waktu dilupakan...

Anak2 asz bila tiba jer pukul 3 dia orang dah menanya dah...  menu apa berbuka hari nie ummi??? bila jawab lauk faberet mereka...fuhhh senyum excited sampai ke telinga la jawabnya...hehe..memang abis cover muka penat tadi... hehe...maka bersilat la kita di dapur menyiapkan juadah feberet masing2...nasib baik la 2 orang kanak2nya..kalau 10 tah macam mana la nak melayan...hehe




N3 hari nie asz hidangkan menu simple tapi menyelerakan....satay begedil ...saje untuk menarik minat anak2 makan....asz selangkan dengan lada capsicum dan tomato ceri...tapi asz sure x semua anak2 suka makan sayur-sayur tue...so kalau macam tue boleh la di selangkan dengan sosej atau nugget...pun  menarik minat makan anak2 juga kan...tambah pula dapat makan dengan sup ayam atau tom yam...memang laju dan berseleralah anak2 asz makan.








SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL

Bahan-bahan:
  • 1 kilo kentang (dikupas kulit)
  • 400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)
  • 50 gram daun bawang (dipotong halus)
  • 50 gram bawang goreng
  • 2 tangkai cili dipotong halus 
  • 1 sudu lada sulah
  • 5 sudu tepung serbaguna 
  • 3 biji telur (dipukul)
  • sedikit garam.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Beberapa potong capsicum 
  • 10 biji tomato ceri
  • 10 batang lidi satay










Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
  • Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
  • Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
  • Panaskan minyak menggoreng. 
  • Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
  • Angkat dan cucukkan dengan lidi satay berselang dengan capsicum dan tomato ceri,siap dihidang dan boleh la dicicah dengan sos cili atau kicap pedas 





















No comments:

Post a Comment