Saturday, 14 January 2012

TERUNG GORENG BERLADO...

TERUNG GORENG BERLADA

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu semua...

Kemana kita hari nie...???asz ingat nak ke Bangi sekejap ptg nie...nk meninjau2 kedai yummi di sana...kedai yummi tue kedai menjual bahan2 n barang2 buat kek...asz kn siapkan 2 tempahan cupcake minggu nie...

Tapi sebelum tue asz selitkan 2 N3 untuk petang nie...kedua2 nya adalah menu hidangan tengah hari...menu yg mudah untuk semua suri rumah tukar selera masak...:))


TERUNG GORENG BERLADA


Bahan A:
  • 4 Biji Terung Hitam panjang  
  • 1 Biji Bawang Besar dipotong bulat

Bahan B :
  • 5 ulas Cili besar merah
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas Bawang putih 
  • 4 ulas Bawang kecil 
  • 1 keping asam keping



Cara-cara Penyediaannya :

  • Potong terung seperti masak pajeri.
  • Panaskan satu cawan minyak.
  • Tambah sedikit garam dalam minyak.
  • Goreng terung dan asingkan.
  • Tumbuk bahan B. 
  • Kurangkan minyak untuk menumis.
  • Tumis bahan B hingga naik bau.
  • Kacau hingga garing,masukkan terung,gaul and rasa garam.
  • Tutup api dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment