Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Rendang Hijau Campuq Cik Kiah....





Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua ... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...semoga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian buat asz dan family...Aminnn...

Alhamdulillah 2 minggu lepas asz diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama-sama suami, mak, mak long , kakak dan abang ipar asz... 






13 hari perjalanan begitu sekejap rasanya...perjalanan bermula dari Madinah selama 4 hari dan di Mekah selebihnya sukar dilupakan...indah+seronok+sayu+tersentuh+bersyukur berkisar di dalam hati ini apabila melihatkan Masjid Nabi dan Baitullah... setelah sekian kalinya dapat asz kembali ke sini setelah 19 tahun meninggalkannya... 




Air mata tak tertahan lagi bila menziarahi pusara arwah abah di Saraya, Mekkah... rasa dekat dengannya...lama akak bersabar untuk ke sini...Alhamdulillah... akhirnya dengan izinNYA akak datang bah...




Inspirasi buat kami sekeluarga untuk selalu ke sini apabila jasad arwah abah disemadikan di tanah haram Mekkah... bertuahnya abah menjadi pilihanNYA...

16 NOV 2009...tarikh keramat buat kami semua...rindunya hanya Allah SWT yang tahu... mudah2an kami dipanggil menjadi tetamuNYA lagi... InsyaAllah...












Buat kesekian kalinya...asz gagahkan jua setelah sekian lamanya mood berblog kelaut...hehehe...

Tah macam mana arinie...boleh terjebak balik agaknya...rindu....memang rindu sangat nak berblog...huhuhu
Sempena 1 Ramadhan hari nie...asz redah jua agar boleh menjadi perkongsian bersama teman2 untuk menyediakan juadah berbuka...


Rendang hijau...perghhh ...dengar jer dah buat asz keliuq tau...nak2 kalau air tangan mak yang buat untuk kami sekeluarga...memang tak sabar nak tunggu kering selalunya...siap dah sepinggan nasi masing2...hehehe.



Mak kalau buat rendang nie..memang buat campuq daging + paru + hati = RENDANG HIJAU CAMPUQ.....memang mabeles habaq ang.. buat pulak cili api hijau kasi lebey....fuhhhh berasap sedap...kena try...asz buat daging dan paru aje tau...en.suami x berapa makan hati sangat....hehe...bahan2nya  mudah xyah nak tumis2 bagai...campak2....kacau2... siap...hehehe



RENDANG HIJAU CAMPUQ...
Sumber : Mak (Hjh Askiah Muhit)

Bahan-bahannya:
  • 1kg daging batang pinang(xde pun xpe tp lama skit masak k)~ potong kecil
  • 1 kg paru~ rebus sekejap dan potong kecil
  • 1 kg santan pekat
  • 3 batang serai ~diketuk
  • 3 inci halia ~ diketuk
  • 2 inci lengkuas ~ diketuk
  • 4 buku bawang besar~diracit nipis
  • 4 ulas bawang putih~ diracit nipis
  • 2 cawan air
  • 3 sudu kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit (Racit halus / siat2kan jer)
  • garam dan gula secukup rasa















Bahan-bahan Kisar:
  • 40 tangkai cili api hijau
  • 10 tangkai lada hijau 




Cara-cara Menyediakannya:
  • Rebus paru dlm 3 minit dan dipotong kecil
  • Daging dipotong kecil 
  • Basuh bersih paru dan daging
  • Masukkan ke dalam kuali besar/periuk
  • Masukkan kesemua bahan2, masak dalam api sederhana dan kacau sehingga agak kering.
  • Boleh lah dihidangkan

















Add caption

Friday, 4 July 2014

ROTI JOHN DAGING rezeki untuk berbuka.



As salam dan selamat berhujung minggu buat semua...
Tentunya hari yang di tunggu buat semua... dapat bermalas-malasan  hari nie... hehe
Bagi suri rumah pula pasti ada yang dah mula merancang menu berbuka petang nie.... apa nak masak yea????

Petang nie asz dan adik beradik semua berkumpul di rumah mak...kami selalunya buat "potluck" untuk berbuka...masing-masing bawa makanan dan makan buka bersama....bila dikumpul ...macam-macam menu la gamaknya. Bila ramai2 nie...seronok berbuka memang terasa... dapat pula lauk utama tue mak yang masak, sure berselera la masing2...dengarnya adik kata mak nak masak daging masak rempah...fuhhh...memang tip top laaa kalau mak masak lauk tue....lauk faberet kami semua....dapat pulak kalau mak buat roti canai....ermmm... kecur dah air liur ku...huhuhu

Asz pun belum set lagi nak masak apa petang nie....macam nak buat dessert...tapi tengok la nanti ape yang jadik..hehe

Roti john daging nie asz buat hari Khamis yang lepas.Kali nie asz letakkan daging burger dan tambah sedikit dgn udang kering bagi penyedap rasa dan cepat di masak. Kalau yang guna daging biasa...asz galakkan tumis dulu dagingnya...supaya dagingnya masak...kalau tak nanti takut hanyir sedikit baunya...

Asz buat dua batang,sebatang asz sedekahkan pada jiran k.ros. Alhamdulillah bertukar menu buka lagi kami hari tue. K.ros pula bagi asz kuah dalca dan sambal tempoyak,menarik dan sedap sambalnya,xpernah lagi asz buat macam tue....kn belajar nie...hehe





ROTI JOHN DAGING

Bahan-bahannya:

  • 2 batang roti john
  • 1 batang timun (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • sedikit daun sup & bawang(dihiris kecil)  
  • 4 helai daun salad
  • 3 biji telur
  • 1 sudu serbuk lada hitam/sulah
  • sedikit garam dan gula
  • 2 sudu rempah kari daging
  • minyak 





Bahan-bahan inti(dikisar):
  • 2 keping daging burger
  • 2 sudu udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih





Cara-cara Penyediaannya:
  • Kisar semua bahan-bahan untuk inti.
  • Satukan kesemua bahan tadi dengan bahan2 yang dihis ke dalam sebuah mangkuk.
  • Pecahkan telur dan masukkan garam,gula,rempah kari dan lada hitam.
  • Kacau rata kesemua bahan-bahan tadi.
  • Belah dua roti john (asz potong dua sebab kuali leper asz xmuat...)
  • Letak rata bahan-bahan tadi ke atas roti yang telah dibelah dan masakkan dengan api perlahan.
  • Masak sehingga kekuningan dan angkat
  • Susunkan hirisan timun, bawang, daun salad dan letakkan mayonis dan sos cili.
  • Potong ikut saiz yang dikehendaki dan boleh lah dihidangkan.





















Tuesday, 1 July 2014

SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL buat anak berbuka puasa





As salam dan selamat pagi buat semua...ahamdulillah...dah masuk hari ke-3 kita menjalani ibadah puasa...semoga kita terus kuat dan dapat menghidupkan bulan yang penuh berkah ini.

Dari Abu Hurairah , ia berkata,Rasulullah memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

InsyaAllah...

Macam mana la agaknya ragam anak2 kecil yang berpuasa yea...hehe... macam2 gaya nak memujuk mereka supaya bertahan sehingga berbukakan... kalau asz, kena la memujuk mereka dengan hidangan berbuka yang mereka suka atau kena la bukakan siaran tv kartun jer la sepanjang petang bagi meraka leka....huhu, Tapi jangan lupa ingatkan solat mereka yea...nanti penat jer meraka menahan lapar...tapi solat 5 waktu dilupakan...

Anak2 asz bila tiba jer pukul 3 dia orang dah menanya dah...  menu apa berbuka hari nie ummi??? bila jawab lauk faberet mereka...fuhhh senyum excited sampai ke telinga la jawabnya...hehe..memang abis cover muka penat tadi... hehe...maka bersilat la kita di dapur menyiapkan juadah feberet masing2...nasib baik la 2 orang kanak2nya..kalau 10 tah macam mana la nak melayan...hehe




N3 hari nie asz hidangkan menu simple tapi menyelerakan....satay begedil ...saje untuk menarik minat anak2 makan....asz selangkan dengan lada capsicum dan tomato ceri...tapi asz sure x semua anak2 suka makan sayur-sayur tue...so kalau macam tue boleh la di selangkan dengan sosej atau nugget...pun  menarik minat makan anak2 juga kan...tambah pula dapat makan dengan sup ayam atau tom yam...memang laju dan berseleralah anak2 asz makan.








SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL

Bahan-bahan:
  • 1 kilo kentang (dikupas kulit)
  • 400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)
  • 50 gram daun bawang (dipotong halus)
  • 50 gram bawang goreng
  • 2 tangkai cili dipotong halus 
  • 1 sudu lada sulah
  • 5 sudu tepung serbaguna 
  • 3 biji telur (dipukul)
  • sedikit garam.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Beberapa potong capsicum 
  • 10 biji tomato ceri
  • 10 batang lidi satay










Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
  • Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
  • Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
  • Panaskan minyak menggoreng. 
  • Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
  • Angkat dan cucukkan dengan lidi satay berselang dengan capsicum dan tomato ceri,siap dihidang dan boleh la dicicah dengan sos cili atau kicap pedas 





















Wednesday, 9 April 2014

ROSEMARY LAMB CHOP with GARLIC BREAD



As salam buat semua pengunjung setia blog as yang kekadang suisnya On Off jer keaktifannya....hehe... 
Berbulan juga asz x bersiarankannn.... ;(
Skrg nie mood study melanda...alhamdulillah rezeki asz tahun nie berjaya di offer hlp tahun nie...dan yang penting cuti belajar selama 2 tahun...syukur kepadaMu Ya Allah... rezeki sangat2...asz buat di UKM...mudah untuk berulang-alik ke sana...doakan yea semoga urusan pengajian asz dipermudahkan...aminnn






Ok kita tgk skit menu asz arinie...
Lamb chop.... dulu2 kalau nak beli...xmampu rasenya...sepinggan sure harga rm15 ke atas...sekarang kalau p restoren yang gempak2 n exclusive sure kena dalam rm20 ke atas SEPINGGAN ok...huhu.. kalau makan 4 orang..dah sah2 kena 100 lebih....air pulak 4-8 hinggit segelas...fuhhh...mmg burn duit gitu2 jerk kannn... 

Tapi sekali-skala ape salahnya...asz try jugak kekadang... nak survey cara penyediaannya dan rasenya... bebaru nie asz try di Paddy House...ok gak rasenya cuma bila kita buat sendiri dapat la bermewah-mewah skit bahan-bahannya dan side dishes nya...

Kalau hari raya... nie la menu yang asz selalu hidangkan bila family asz n hubby datang...selalunya asz buat bersama chicken chop...sebab yang lelaki selalunya suka makan lamb n yang perempuan n kanak2 suka makan chicken chop...seronok dan hilang penat bila tgk mereka makan...alhamdulillah...semoga Allah SWT murahkan rezeki kami skeluarga.

Bagi yang belum mencuba membuatnya... penyediaan lamb chop nie tidaklah sesukar mana...dagingnya pun senang nak didapati...selalunya asz beli di pasar raya besar seperti di Giant atau Aeon di Alamanda...kena try buat terutamanya bagi peminat setia western food...bukan sahaja menjimatkan malah berbaloi2...hehehe :)







RESEPI  LAMB CHOP

Bahan-bahannya :

  • 5 keping daging kambing
  • 4 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 sudu kicap manis / pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 tangkai rosemery ( ambil daunnya)
  • sedikit olive oil / minyak masak
  • garam secukup rasa



Cara-cara Penyediaannya :
  • Basuh daging kambing dengan bersih dan toskannya.(Selalunya daging kambing asz beli di pasar raya besar seperti di Giant atau Aeon )~ senang dah siap dipotong 
  • Blend kasar bawang merah, putih dan halia.
  • Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi bersama kicap pekat dan sos tiram serta bahan-bahan lain.
  • Biarkan selama 30 minit atau sejam, selalunya asz perap semalaman dan masukkannya ke dalam palastik agar perapan sekata.
  • Bakar daging sehingga masak.(asz bakar guna "magic pan" supaya daging tidak terlalu kering dan masak sepenuhnya dengan api yang kecil)~ jangan bakar terlalu lama sehingga menyebabkan dagingnya kering dan liat
  • Hidangkan bersama-sama salad ataupun side dishes yang lain ~ asz rebus skit brokoli 





GRAVY

Bahan-bahannya:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 cawan cendawan shitake segar(boleh juga cendawan tin tapi selalu asz gn jenama hosen)
  • Butter untuk menumis
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 kiub ayam
  • 3 1/2 cawan air
  • Lada hitam
  • Lada sulah
Cara-cara Penyediaannya:
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga berwarna kecoklatan
  • Masukkan tepung jagung (tanpa dibancuh) ke dalam tumisan bawang tadi. 
  • Tumis sehingga warna coklat.
  • Masukkan air.
  • Masukkan kiub ayam,cendawan(potong nipis),  lada hitam dan lada sulah.
  • Kacau sehingga mendidih. Kalau pekat atau masin, bolehlah ditambah air.
  • Kalau nak kuah yang agak pekat tambahkan tepung jagung yang di bancuh dan kacau rata.
  • Apabila kuah masak sekata tuangkan ke atas lamb chop tadi.




GARLIC BREAD

Bahan-bahannya:
  • Roti Perancis
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu mentega
  • 3 tangkai daun ketumbar
Cara-cara Penyediaannya:
  • Blend kering bawang putih bersama-sama daun ketumbar.
  • Gaulkan bersama mentega dan sapukan pada roti perancis yang telah di potong tadi.
  • Bakar selama 10- 15 minit pada suhu 140c
  • Hidangkan bersama lamb chop tadi atau buat cicah dengan gravy :)



Wednesday, 24 July 2013

STEAK DAGING & AYAM untuk MENU BERBUKA





Assalammualaikum dan selamat petang semua...

Demam melanda...badan seram sejuk jer nie...nak telan obat pose pula...apa kan daya gagah kan jua...
x mampu nak bercelotoh panjang...cuma ingin sharekan menu western untuk juadah berbuka pose yang asz buat 2 hari lepas...asz buat daging untuk suami dan ayam untuk anak2....sekali skala kita ubah selera la kannn....



Asz gunakan daging batang pinang, yang asz beli di kampung hari tue...dan masak gunakan periuk ajaib yang merah tue...(hehe ajaib la sgt),tapi mmg hasilnya sangat memuaskan....dapat daging steak yang still moist,cer tgk kat bawah tueeee  :)











STEAK DAGING & AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging batang pinang/daging ayam
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu butter/olive oil
  • 2 sudu mixed herbs


Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan kesemua bahan dan perap selama 3 jam.
  • Panggang daging di atas pemanggang
  • Jika daging sudah lembut dan masak, hidangkan bersama sos lada hitam.






Mashed Potato

Bahan-bahannya:
  • Beberapa biji kentang russet (dibasus bersih kulitnya dan rebus dgn kulit skali)
  • Susu segar
  • Lada hitam/ lada sulah
  • Butter


Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebus kentang sehingga empuk.Kupas kulitnya.
  • Toskan sehingga air tiada. Lenyekkan semua kentang.
  • Masukkan butter mengikut citarasa anda. Lenyek sehingga rata.
  • Masukkan lada hitam/ lada sulah menambah perisa.
  • Untuk hasil yang gebu dan rasa yang enak, masukkan susu segar mengikut citarasa anda.










GRAVY

Bahan-bahannya:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 tin cendawan butang(boleh juga cendawan butang yg fresh/kering)
  • Butter untuk menumis
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 kiub ayam
  • 3 1/2 cawan air
  • Lada hitam
  • Lada sulah


Cara-cara Penyediaannya:
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga berwarna kecoklatan
  • Masukkan tepung jagung (tanpa dibancuh) ke dalam tumisan bawang tadi. 
  • Tumis sehingga warna coklat.
  • Masukkan air.
  • Masukkan kiub ayam,cendawan,  lada hitam dan lada sulah.
  • Kacau sehingga mendidih. Kalau pekat atau masin, bolehlah ditambah air.
  • Kalau nak kuah yang agak pekat tambahkan tepung jagung yang di bancuh dan kacau rata.
  • Apabila kuah masak sekata tuangkan ke atas steak dan mashed potato.















KENTANG WEDGES CRISPY


Bahan-bahannya:
  • 6 biji kentang russet (bersaiz besar & bentuk lonjong) 
  • 1 ¼ cawan tepung beras 
  • ¼ cawan tepung jagung 
  • ¾ ~ 1 cawan air 
  • 2 sudu besar rata rempah kari daging 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis 
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam 
  • 1 biji telur ayam 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak secukupnya



Cara-cara Penyediaannya:
  • Basuh & bersihkan kulit kentang hingga bersih. 
  • Rebus kentang dalam air tenggelam setengah masak selama lebih kurang 10 ~ 15 minit. 
  • Angkat, tos, sejukkan seketika & potong bentuk baji (wedge). (Jika kentang jenis lain digunakan / yg bersaiz kecil, masa merebus perlu dikurangkan) 
  • Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung jagung dan segala jenis rempah, pati ayam, garam, telur & air lalu dikacau menggunakan whisker. 
  • Bancuh sehingga sebati dan menjadi batter yg sesuai utk menggoreng. 
  • Panaskan minyak dlm kuali. 
  • Bila minyak panas, celupkan kentang tadi lalu gorengkan seperti biasa. 
  • Balikkan bila nampak garing keemasan. 
  • Hidang kentang wedges goreng tepung ini dengan sos chili mayo atau kuah black pepper tue tadi