Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

SUPER SAVER Asz Cookies 2014


As salam buat semua...  lain pula entry kali nie....hehe

Asz sedang mengadakan promosi istimewa sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal berkunjung tiba.

Di sini terdapat pelbagai jenis biskut raya seperti Snow Almond, Suji Cheese, Almond London, Famous Amos, Choc Almond Pretzels, Rainbow Pretzels, Choc Oreo Crunch, Almond Cheese, Tart Nenas dan Semperit dengan harga serendah Rm 24 untuk 50-60 keping biskut dalam satu bekas.

Tempahan perlulah dibuat sebelum 18 Julai 2014. Untuk tempahan/pertanyaan sila hubungi SMS/Whatsapp : 016-6300842(Asz)

Bagi pelanggan yang tinggal di kawasan sekitar Putrajaya,Dengkil,Salak Tinggi,Bangi dan Seri Kembangan kami menyediakan perkhidmatan secara terus. Bagi Penghantaran di sekitar Putrajaya adalah PERCUMA

































































































Friday, 21 September 2012

CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS tiruan bangggg....

CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....






Memang fames la biskut nie kan.......harga pun mmg x tahan...100gm dkt 8 hinggit.......nak mewah kn la buat sendiri untuk anak2 mkn sepuas ati....hehe....mau taknya....bila jalan jer kat Alamanda tue dari jauh dah bau semerbak....Tisya n Haziq dh hapal dah tempat dia....kn la beli srg sebungkus...mcm2 versi ada...choc chips atau  yg mewah dgn kekacangnya...

Versi yang nie asz buat time raya hari tue..al-maklum tuan rumah baru dapat mengupdate....:))  Walaupun x sehebat FA yang sebenar...tp masih laku lagi di mulut anak2...tue yg penting...;))









CHIP CHOCOLATE FAMOUS AMOS
Sumber:  Nad'z Cute Oven


Bahan diayak :

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Secubit garam


Bahan-bahan lain : 

  • 250 gm mentega - suhu bilik
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang - (asz guna badam cincang + walnut)
  • 50 gm kismis hitam - dibelah dua



















Cara membuatnya :

  • Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  • Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
  • Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  • PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
  • Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  • Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.





























Saturday, 11 August 2012

BISKUT SANGGUL MUTIARA

BISKUT SANGGUL MUTIARA

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua....

Apa aktiviti hari nie yea????asz....lepas jer sahur...kepala dah mcm2 pikir...merancang aktiviti seharian hari nie...byk kerja2 yang tertangguh yang perlu disettlekan hari nie sebelum balik kampung petang nie....

Time2 macam nie la...rase mcm nak jadik macam Boboboi....boleh pecah 3!!!...hehe...tapi apakan daya 2 tangan nie juga lah yang kena buat...nasib baik rumah, cik abang dah kasi clear 2 hari lepas...so asz clearkan yg bahagian2 yg complicated dan perlukan kepakaran sahaja...hehe












Ok la...disebabkan masa yang mencemburui asz hari nie...hehe (mcm ayat syarahan la pulak)....asz nak tunjukkan biskut yang xbrapa nak menyanggul sangat....biskut sanggul mutiara

Mana taknya....asz buat kuih nie pukul 2 pagi sampai sahur...lps tarawikh trs terlelap...alih2 terjaga pukul 2 pagi..mata pulak dah xboleh nak tutup balik...tue yg mengagahkan diri buat kuih nie sampai ke sahur...asz buatkn guna acuan dahlia yang kecil....tue yang kelopaknya x brape nak mengancam.......ape2 pun bahan2nya mudah dan  rasonya sodap!!! Sebabnya asz sukakan perisa Strawberi yang ada dalam resepi nie......asz cedok resepinya dari majalah Saji.








BISKUT SANGGUL MUTIARA
Sumber:Saji(Ogos)

Bahan-bahannya:

Bahan A:
  • 100 gm mentega
  • 40 gm gula icing
  • 1 sudu kecil perisa strawberi
Bahan B:
  • 120 gm tepung superfine
  • sedikit pwarna merah jambu
Bahan Hiasan:
  • Cip coklat

Cara-cara Penyediaanya:
  • Satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk.
  • Pukul hingga berkrim
  • Masukkan pula bahan B dan gaulkan doh sehingga lembut
  • Ambil sedikit adunan,masukkan ke dalam acuan.
  • Picitkan di atas dulang pembakar.
  • Hiaskan dengan cip coklat
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'c selama 15 ke 20 minit.