Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

TELUR KICAP SWEET SOUR alahai kojap dah siap!!!!

TELUR KICAP SWEET SOUR

Assalammualaikum


Selamat pagi semua...bagi yg bercuti,ke mana kita arinie???asz free arinie,xde training nett ball...tapi esok sambung balik. Arinie kena lah tunaikan janji nak bawak semua keluar jln2...En.asben xde seminggu,asz la yg kena drive jawabnya...huhu

N3 pagi nie asz masukkan menu yg sangat ringkas dan cepat di makan dan yang paling penting anak2 dan anak2 buah asz suka. Balik drp training dah pukul 5 lebih, so mane yang sempat je la...





TELUR KICAP SWEET SOUR


Bahan-Bahannya

  • 4 biji telur 
  • 2 ulas bawang besar (dihiris) 
  • 2 sudu besar kicap pekat 
  • 3 sudu kicap manis 
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu air asam jawa 
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang saderi (dipotong)
  • 1 biji lada merah(di potong)
  • 1 biji lada hijau(dipotong)
  • garam secukup rasa 
  • minyak utk menumis dan menggoreng





Cara-cara Penyediaannya:

  • panaskan minyak 
  • goreng telur satu persatu 
  • kurangkan minyak utk menumis 
  • tumis bawang besar 
  • masukkan air,garam, kicap,sos cili,sos tomato dan air asam jawa dan kacau
  • masukkan lada merah dan hijau,daun saderi serta kacau sebati
  • akhir sekali masukkan telur yg digoreng tadi
  • hidangkan








Monday, 13 February 2012

TELUR BUNGKUS ala2 THAI

TELUR BUNGKUS

Assalammualaikum








Hari nie kena masak, masakan xpress...sampai rumah dah pukul 6 lebih. Berat juga kepala isteri2 yang bekerja nie nak fikirkan menu ape nak dihidangkan setiap hari kan???terutamanya hari kerja. Selalunya menu yang simple, mudah dan cepat dimasak menjadi pilihan hati...macam asz nie la...hehehe


Tue yang Telur bungkus jadi pilihan...tapi kannn.... Ingat nak masak telur bungkus je, tengah siapkan bahan2....tisya jenguk dapur, tanyakan "ummi masak ape tue??? tom yam nasi along ada x????sudah!!!! huhu....nak xnak kena la juga diturutkan...dia kan susah skit nak makan nasi, bila dia minta tom yam dengan nasi kena la umminya buatkan juga...tapi kena la kan...tom yam makan dengan telur bungkus...bagus juga tue...baru ngam!!

Isi telur bungkus nie asz masakkan isi ayam ala2 Thai rasanya...macam paprik pun ada ...sebabnya rasa masam manis tue ada....xpe la asalkan dapat memenuhi permintaan perut kami berempat pada petang nie...:))


TELUR BUNGKUS

Bahan-Bahan
  • 3 biji telur 
  • 1 mangkuk isi ayam atau daging ( dicincang) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 ulas bawang besar ( dihiris nipis) 
  • 1 biji tomato ( dicincang kasar)
  • 1 mangkuk kecil saderi (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil carot  (dipotong dadu)
  • 2 camb sos tomato 
  • 1 camb sos tiram 
  • garam secukup rasa 
  • daun ketumbar ( dihiris )



Cara-cara Penyediaannya:
  • Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. 
  • Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam atau daging. 
  • Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. 
  • Masukkan tomato, saderi dan carot , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.
  • Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur secara gulung.
  • Sedia dihidangkan.









Wednesday, 18 January 2012

SUP TELUR BERSOO HOON DAN BROKOLI

SUP TELUR BERSOO HOON
DAN BROKOLI


Assalammualaikum semua...


N3 lagi....hehe...jangan boring plak tau...baru ada kelapangan tue yang tengah berderet N3 nak di updatekan... 

Menu nie feberet anak dara asz tisya...dia kurang skit makan nasi....yg dia suka masakan bersup...tue yg kena masakkan sup selalu untuk dia...tp bila dah masak, satu family pun tumpang ler makan skali...dapat pulak sambal belacan dgn ikan goreng...lagi la berselera....huhu




SUP TELUR BERSOUN DAN BROKOLI

Bahan-bahannya :
  • 1/2 cekak soo hoon (dikerat pendek dan rendam hingga lembut)
  • 1/2 cekak fucuk tauhu (di potong kecil,rendam dan toskan)
  • 6 keping cendawan black fungus segar
  • 2 - 3 biji telur
  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • 3 biji bawang merah(ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • Semangkuk brokoli
  • Garam secukup rasa 
  
 







     Cara-cara Penyediaannya :

    • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
    • Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau.
    • Masukkan air dan masukkan fucuk tauhu,soo hoon, cendawan black fungus dan garam secukup rasa.
    • Masak sekejap dan masukkan telur satu-persatu di tempat yang berlainan supaya tidak bertindih.
    • Kacau perlahan sehinggga telur itu mengeras dan masukkan brokoli.
    • Kemudian kacau sekejap, rasa dan tutup api.






    Monday, 16 January 2012

    SAMBAL TELUR

    SAMBAL TELUR

    Salam semua...selamat petang...pastinya ramai yg dah bersiap2 nak blk rumah...masak apa yea ptg nie???ke... makan di kedai je??maklum la hari niekan gaji masuk...hehe

    N3 hari nie asz nak sharekan resepi sambal telur pecah...ada jugak yg buat sambal telur rebus...mungkin ade yang suka telur nie hancur sedikit...macam yg asz buat nie...resepi yg mudah dan cepat di masak....


     
    Bahan-bahannya : 

    • 1 cawan cili kering yang telah di kisar.
    • 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 
    • 4 biji bawang putih(ditumbuk)
    • 1/2 inci belacan (ditumbuk)
    • 3 biji telur ayam
    • air asam jawa
    • garam dan gula secukupnya
    • minyak untuk menumis
    • 3 cawan air  


        
      Cara-caranya Penyediaannya : 

      • Tumis bahan2 yg ditumbuk iaitu bawang merah,putih dan belacan hingga naik bau. 
      • Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga garing atau masak 
      • Masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnya 
      • Biarkan garing sampai mesra. 
      • Bila dah cukup rasa masukkan air.
      • Masukkan telur sebiji demi sebiji, kecilkan api dan kacau perlahan. 
      • Apabila agak kering, bolehlah dihidangkan.