Monday 16 January 2012

SAMBAL TELUR

SAMBAL TELUR

Salam semua...selamat petang...pastinya ramai yg dah bersiap2 nak blk rumah...masak apa yea ptg nie???ke... makan di kedai je??maklum la hari niekan gaji masuk...hehe

N3 hari nie asz nak sharekan resepi sambal telur pecah...ada jugak yg buat sambal telur rebus...mungkin ade yang suka telur nie hancur sedikit...macam yg asz buat nie...resepi yg mudah dan cepat di masak....


 
Bahan-bahannya : 

  • 1 cawan cili kering yang telah di kisar.
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 
  • 4 biji bawang putih(ditumbuk)
  • 1/2 inci belacan (ditumbuk)
  • 3 biji telur ayam
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air  


      
    Cara-caranya Penyediaannya : 

    • Tumis bahan2 yg ditumbuk iaitu bawang merah,putih dan belacan hingga naik bau. 
    • Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga garing atau masak 
    • Masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnya 
    • Biarkan garing sampai mesra. 
    • Bila dah cukup rasa masukkan air.
    • Masukkan telur sebiji demi sebiji, kecilkan api dan kacau perlahan. 
    • Apabila agak kering, bolehlah dihidangkan.







    No comments:

    Post a Comment