Thursday 12 January 2012

CEKODOK BILIS RANGUP

CEKODOK BILIS RANGUP 

Pernah dgr x nama menu nie???hehehe....mcm2 panggilan sbnrnye..ade yg panggil jemput2...ade yg panggil cucur...n kalu kat utara panggil cucuq..:)

Cekodok nie jgk byk sgt versi dia skrg...kalau ltk pisang pggl cekodok pisang, kalau jagung cekodok jagung dan mcm3 versi yg lain jgk... 

Tak susah mane buat...harge kalu jual kat kg pun leh tahan lg...kalu kat Putrajaya, bile teragak nak mkn cekodok pisang ada di jual Petronas...harga..??? 10 ketul dkt RM 2...tp cekodok sejuk laa...nak sedap buat jer....

Kalau cekodok bilis nie asz suka yg rangup2...org panggil telinga dia....ank perempuan asz pun sama kalau nk mkn crk yg telinga dulu...:))



CEKODOK BILIS RANGUP 


Bahan-Bahan:


  • ½ kilo tepung gandum 
  • 3 - 4 biji cili merah (ditumbuk)
  • Ikan bilis secukupnya (dibuang perut dan ditumbuk separuh lumat bersama cili) 
  • 1 - 2 biji bawang besar (dimayang) 
  • Garam secukup rasa 
  • Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh 
  • Minyak untuk menggoreng




Cara-cara Penyediaannya:

  • Tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dimasukkan dalam satu bekas dan dibancuh dengan air panas. 
  • Bancuhan jangan terlalu cair cukup sekiranya boleh dijemput dengan jari. 
  • Biarkan sejuk sebentar dan dijemput mengikut saiz yang disukai dan goreng dengan minyak yang panas sekali.




Cadangan Hidangan:

Boleh dicicah dengan cili sos atau sambal kicap.

*Cara Penyediaan Sambal kicap:

kicap manis yang dikisar dengan cili api

 1 biji bawang putih 

 1/4 inci belacan bakar

* campur semua dan kisar hingga lumat..hidangkan .




No comments:

Post a Comment