Saturday, 28 January 2012

NASI BUKHARI

NASI BUKHARI


Assalammualaikum...





Hari nie asz nak sharekan satu lagi resepi nasi...Nasi nie selalunya di masak bersama2 daging atau ayam. Tapi asz asingkan,lauknya asz buatkan ayam masak kuzi. Nanti asz masukkan N3 nye k..




NASI BUKHARI


Rujukan : Chef Hanieliza


Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
  • 2 biji buah tomato [belah 4]
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan susu cair/yogurt
  • 1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
  • 4 s/b minyak sapi
  • 1 mangkuk kecil kismis
  • garam
  • gula


Bahan tumis:

  • 10 ulas bawang merah ]
  • 4 ulas bawang putih ] tumbuk
  • 3 cm halia ]
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga





Cara-cara Penyediaannya:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  •  Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  • Masukkan air, garam,kismis dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan buah tomato. Biarkan mendidih.
  • Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering saperti nasi biasa.
  • Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan ayam kuzi atau dalca serta acar timun mentah.


No comments:

Post a Comment