Sunday 22 January 2012

CHEESE TART

CHEESE TART


Assalammualaikum wbt...
Lewat bersiaran...sambil tgk bola malam nie. MU vs ARSENAL.... sekarang MU leads 2-1..... 


Mlm nie xdan nak bicara panjang lebar....kepenatan selepas selesai  berBBQ bersama family asz di kampung....cuma nak masukkan satu N3 pastry....cistart...mesti ramai yg pernah menikmatinya.... nikmatnya selepas mengigit crustnya yg rapuh dan gabungan rase filling dan cream cheese....
















CHEESE TART
by : Azita



Tart Crust @ Shell

Bahan-bahan :

  • 170gm marjerin 
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla





Cara-cara Penyediaan :


  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.



Nota :


Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.





Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara Penyediaan:

  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. 
  • Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



Filling :


Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.




No comments:

Post a Comment