Sunday, 15 January 2012

MASAK LOMAK CILI PADI IKAN TENGGIRI DENGAN REBUNG...

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN TENGGIRI DENGAN REBUNG

Assalammualaikum...

Memasak adalah satu keseronokan bagi asz...sangat2 teruja dalam mencube resepi2 baru...nikmatnya kalau masakan yg dihasilkan sesempurna seperti yg diinginkan...dan lagi la seronok bila dihidangkan dan dimakan hingga licin...hehehe

Ape2 pun jika tidak menjadi atau tidak sempurna... tidak lah cpt mengalah atau melatah...beli lg bahan2nya... dan mencuba lg... sehinggalah bnr2 menjadi... usahakan tangga kejayaan.... cewaahhh... 

N3 kali nie asz sajikan salah satu menu terkenal bg org nogori....iaitu masak lemak cili api... 




MASAK LEMAK CILI PADI IKAN TENGGIRI DENGAN REBUNG

Bahan2 A:

  • 1/2 ekor ikan Tenggiri sederhana besar
  • 1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan)
  • 1 mangkuk rebung masam
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping 





Bahan2 B :
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup



Cara-cara Penyediaannya :

  • Ikan Tenggiri disiang dan dibersihkan.
  • Campurkan bahan tumbuk, air, asam keping, rebung dan ikan di dalam periuk.
  • Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau, berhati2 ketika mngacau jangan sampai kepingan ikan td pecah.
  • Kacau sehingga ikan td sebati dgn cili padi, asam dan garam.
  • Masukkan santan cair dan kacau supaya santannya tidak pecah.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan pula santan pekat.
  • Kacau hingga mendidih dan padamkan api. 
  • Kemudian hidangkan.







2 comments:

  1. Salam. Masak lomak cili api memang kegomaran turun menurun. Bukan namo e orang nismilan kalau tak makan lomak cili api. Lobeh berapi lobeh sodap hehe..

    ReplyDelete
  2. wsalam kak...mmg dapat lak podas2 n masam2 skit...:))

    ReplyDelete