Wednesday 25 January 2012

AYAM MASAK PAPRIK

AYAM  PAPRIK

Assalammualaikum dan selamat malam semua....

Asz bercuti lg hari nie. Seminggu sekolah cuti...
Mengalahkan sekolah ramai sgt pelajar cinanya...yg ada 2 org jer students cina. Yang bestnya bukan cuti saje tapi berganti tau....Nanti siap la berganti 2 hari Sabtu...

N3 malam nie asz sharekan resepi yang ringkas, cepat, mudah dan sedap di makan...tue dia banyak pakej dlm satu menu...hehe



AYAM  PAPRIK

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya (asz gn nenas untuk masamkan kuah paprik)
  • 3 helai daun limau purut - disiat2
  • 7 sudu besar sos cili
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • sedikit brokoli, jagung muda dan karot
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa





Cara-cara Penyediaannya:


  • panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing
  • masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap
  • kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

  • kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air. 
  • selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran.
  •  kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan  bawang besar
  • hidang dan hiaskan.






No comments:

Post a Comment