Saturday, 14 January 2012

SARDINE ROLL....

SARDINE ROLL

Assalammualaikum....

Selamat petang semua...minum petang ape hari nie...???  Ape kate kita buat sardine roll...  daripada membazir jer roti... kadang2 terbiar jer kan sampai xpired....:))

Anak2 pun mesti suka...tapi kalau yang x makan bawang tue kena la kurangkan...dan kalau yang suka pedas lebihkan cili padi...biar berapi skit..hehehe.








SARDINE ROLL

Bahan2nya :

  • 1 buku roti 
  • 1 tin sardin 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 5 tangkai cili padi 
  • sedikit halia 
  • 1 biji tomato 
  • 1 biji kentang 
  • 1 biji limau kasturi 
  • minyak utk menggoreng
  • garam n gula secukup rasa 
  • sedikit tepung ubi(sbg pelekat)




  Cara-cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili yang di racik halus.
  • Bila bawang garing masukkan kentang yang juga di racik halus.
  • Tunggu sehingga kentang masak kemudian masukkan sardin, perah limau kasturi dan masukkan garam dan gula sucukup rasa.
  • Bila hampir masak masukkan tomato yang juga di racik halus dan masak sampai kering. 
  • Kemudian ambil roti dan leperkan sehingga nipis.
  •  Masukkan inti sardin tadi dan gulung dengan kemas.
  • Untuk kemasan roti tersebut gunakan tepung ubi sebagai pelekat roti.
  • Kemudian gorengkan roti tersebut di dalam minyak yang panas. tos kan dan hidangkan semasa panas


No comments:

Post a Comment