Tuesday, 24 January 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES

MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalammualaikum...

Panasnye petang nie... cuaca sekarang tak menentu.... perubahan iklim skrg nie boleh menyebabkan berlakunya gangguan kepada ekosistem sedunia tempat manusia dan haiwan bergantung dan juga menyebabkan kesan-kesan kepada sistem kesihatan. Salah satu kesan kepada kesihatan ialah demam denggi....hehe...kan dah keluar biologi....

Tapi mmg kn berjaga2 bila melibatkan kesihatan nie... Bknnya ape kan ada perpatah "mencegah lebih baik drp mengubati"...bukan ke banyak sgt kes demam denggi skrg nie.

N3 petang nie asz sharekan resepi kek...kebetulan ada lebihan cheese yg asz gunakan untuk buat cheese tart...drp terbiar lama dlm fridge asz buatkan marble cheese brownies. Tapi asz gunakan acuan bentuk lengkung...dan cheesenya gn ape yg ade je...





MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan Brownies : 

  • 250g butter 
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B 
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair 
  • 1 1/2 cwn tepung gandum 
  • 1 tsp baking powder 
  • 1 tsp soda bikarbonate 
  • 1 tsp esen vanilla 







Cara-cara Penyediaannya:


  • Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati. 
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
  • Masukkan tepung,BP dan SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
  • Panaskan oven pada suhu 175 C.  
  • Sapukan butter atau marjerin pada loyang bagi mengelakkan melekat.
  • Tuang adunan cheese dahulu kemuian tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. (asz taburkan choc cip pada dasar loyang lengkung)
  • Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 




Bahan-bahan lapisan cheese: 

  • 250g cream cheese 
  • 1 cwn gula castor 
  • 1 biji telur gred B 



Cara-cara Penyediaannya: 

  • Pukul cream cheese hingga gebu. 
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. 
  • Masuukan adunan ke dalam loyang dan bakar bersama adunan brownies.


No comments:

Post a Comment